Nak cerita jugak walopun ceite nih berlaku akhir Oktober lepas.

Den terbaca pasal program Explore Singapore nih kat facebook. Nampak cam menarik coz ada fosil dinosaur, aquarium, etc. Katanye akan ada mini pameran untuk di explore oleh kids kat The Curve. Den bajet-bajet ada la fosil dino seko + beberapa ekor ikan laut kat The Curve tuh nanti. So beriya-iya la den dok hasut buong untuk bawa budak-budak ke situ.

So kitaorang pergi la The Curve dengan harapan menggunung tinggi dapat tengok fosil dinosaur.

Alih-alih memang berlain sungguh apa yang ada dekat The Curve tuh dengan apa yang ada kat minda den.

Rupa-rupanya ada dalam 6 booths ceite pasal tempat menarik kat Singapore yang tengah dipromote tuh. Depa memang target orang-orang kaya la kot sebab semua staffs kat booths tuh cakap omputih. Terlupa la plak den yang The Curve nih memang la untuk orang kaya huhuhuhuhu.

So dah alang-alang sampai kita joint jugak la aktiviti kat each booth tuh supaya dapat stamp untuk redeem goodies bag.

1st booth - Lee Kong Chian Natural History Museum. Budak-budak mewarna gambo ketam & belangkas kat sini. Ada la seko patung dino dibuat daripada belon. Staff tuh cakap kat the real museum kat Singapore tuh ada 3 real fossils dinosaurs.
Staff kat booth 1 dok melayan budak-budak mewarna
the only dino yang ada kat situ
2nd booth - Gardens. Taman Bunga. Kena susun bunga-bunga jadi bentuk 3D. Fudhail malas nak buat. End up den & buong la buat huhuhuhu. Dapat 2 batang pen. Kat Singapore taman nih dipenuhi dengan macam-macam jenis bunga.
mini garden
3rd booth - S.E.A AquariumOcean Discovery. Kena buat obor-obor 3D. Nih pun mama & papa gak yang buat tapi papa la yang paling bersungguh-sungguh buat muahhahhaha. Masa nih budak-budak dah berlari ke hulu ke hilir. Depa tak heran pun nak buat aktiviti ape pun. Haish...
Kat Singapore ada pakej untuk tido bermalam di dalam kawasan aquarium nih.
beriya-iya papa siapkan obor-obor kertas tuh
5th booth - Just Education. Magic is science. Math and science are magic. Sorang staff nih tunjuk 1 dadu besar hitam bila goncang jadi 8 dadu kecik warna putih. Rupa-rupanya semua dadu kecik tuh duduk dalam dadu hitam tuh. Dadu hitam tuh ada magnet & terlekat pada tudung botol tuh. Nih pun mama & papa gak yang excited tengok magic show nih huhuhuhu.
depa lagi suka bergelinjangan di sini
6th booth - F1 is School. Staff tunjukkan perbezaan kita tekan minyak masa start nak berlumba kat F1 membawa perbezaan walopun beberapa saat. Katanye kalo di Singapura nanti ada 3 fasa. 1st stage dia akan ukur baju F1 untuk kita. 2nd stage dia akan bagi kete F1 kecik untuk kita spray & hias. Final stage kete F1 kecik tuh kita akan bawa berlumba di trek panjang berapa km ntah.

4th booth - Fort Siloso. Pegi booth nih last sekali sebab takde staff nye kat situ tadi lepas kitaorang abis buat aktiviti kat booth 3. Kena cari 2 coins kat kubu kat situ. Mama jugak la yang cari coins tuh coz si F tak nak buat. Yang best nye coins tuh kitaorang boleh bawa balik as a souvenir. Serious chantek coin tuh. Berat & macam emas betoi.
coins yang chantek tuh
Last sekali pergi kat booth untuk redeem goodies bags. Dapat 2 goodies bags sebab kitaorang isi dua passports untuk kedua orang anak kedongdang tuh.

Banyak booths tak sempat ambil gambo coz dok kalut dengan budak-budak nih.

Okay la for experience cuma keciwa takde fosil dinosaur. Best jugak la goodies nye. Dapat pencil color mini & botol air plastik leper. Dapat jugak 1 keychain sebab jawab soalan dalam borang questionaire.

Kalo ada duit berlebih memang best kot pegi ke tempat-tempat yang dipamerkan nih di Singapore tuh. In sya Allah bila ada rejki nanti, bley la bawa budak-budak ke sini.

0 Comments