Ceite malam menjelang merdeka, 30 Ogos lepas.

Lepas Maghrib, ajak buong lepak kat kedai mamak biasa tuh. Sekali tuh buong kata moh la bawa budak-budak jalan ke iCity. 

Mula-mula den cam malas coz sure la jalan jam coz orang nak celebrate merdeka kat situ tapi surprisingly jalan lengang k. Maybe coz ramai orang balik kampung or pegi bercotian.

So ke iCity la kami dengan baju basahan, tab tak charge & tak bawak stroller nye. Memang kampung abis la dressing. By 8 pm kitaorang sampai sana.

Dah almost 2 tahun tak jejak kaki ke iCity, dah banyak perubahan. Sebahagian apartment mewah dah siap, lampu-lampu dah sangat berkurangan, banyak mainan & attractions lain.

Tapi one thing for sure, everything is extra expensive.

Kena beli tiket iCity & kena top up untuk masuk entrance mana-mana tempat, main games, beli food, etc. Den beli kad RM 50. Tolak rege kad RM 2, ada RM 48 untuk all stuff. Ingatkan dah cukup dah.

Alih-alih nak tengok lampu pun dah kena RM 15/person. So tiket den, buong & F je dah RM 45.

Dapat la the whole family naik kuda pusing, den, budak-budak naik keretapi & den & F naik kapal. Lepas tuh tengok la air pancut bergerak ikut lagu. Then pegi tengok ikan kat kolam.
Tengok air menari ikut irama lagu
Anak bujang sorang nih naik kuda pusing pun takut
Naik keretapi yang pusing 4 round je
Verdict : Entah lah…cam not worth it je.

Dah la lampu-lampunya almost 70% berkurang. Nak tengok lampu-lampu yang dah tinggal sikit tuh pun dah kena bayar RM 15/person. Tak semua games budak bawah 2 tahun cam Aisy bley naik. So takde la kegumbiraan bersama keluarga. Food of coz la extra mahal.

So memang la tak best compare dengan iCity masa baru-baru bukak dulu.

Kalo parents yang ada 4,5 orang anak, sure jenuh la nak menyediakan bajet untuk bergumbira di sini.

Lama lagi la kot nak menjejak kaki ke iCity nih lagi.

Gambo memang tak ambil banyak coz bateri tab kong. Guna kamera hp memang la gambo kelam kelabu semuanya.

0 Comments