Walaupun movie ini ditayangkan pada 1994, den baru berpeluang tengok movie ini pada tahun ini.

 

Den memang begitu, movies yang gegak gempita berpuluh tahun lepas pun ada je yang den tengok baru-baru ini hehehheheheehe.

 

Den memang hendak tengok movie ini kerana ianya merupakan movie di tangga pertama di dalam senarai 250 movies terbaik IMDB. 

 

Movie tentang persahabatan di antara Andy (Tim Robbins) dan Red (Morgan Freeman) serta kehidupan di dalam penjara Shawshank.

 

Andy yang melalui pelbagai cabaran di penjara tidak pernah berputus asa untuk meneruskan kehidupan di dalam penjara. 

 

Motto dia ‘get busy living or get busy dying’. 

 

Andy tolong uruskan cukai kakitangan penjara.

Dia buat money laundering untuk warden.

Dia membina perpustakaan dan membantu  beberapa orang banduan dapatkan diploma. 

 

Disebabkan warden membunuh William, banduan yang sanggup memberi keterangan bahawa banduan lain yang sebenarnya membunuh isteri Andy dan kekasihnya, Andy membuat keputusan untuk melarikan diri dari penjara.

 

Movie ini memang terbaik.

10/10 markah daripada den.

 

Bila selesai tengok movie ini, memang secara tidak langsung terbandingkan dengan Prison Break Season 1 yang den baru selesai tonton minggu lepas.

 

Seolahnya Prison Break mengambil sedikit sebanyak inspirasi daripada movie ini gamaknya.

 

Antara persamaan yang den perasan adalah:

1. hero simpan peralatan di dalam Bibble.

Andy menyimpan rock hammer kecil untuk ketuk dinding bagi membuat laluan terowong.

Scofield menyimpan skru untuk membuka mangkuk tandas ke jaringan paip.

2. kedua-dua orang hero adalah cerdik pandai.

Andy adalah timbalan presiden bank serta cerdik dalam bidang ekonomi dan geologi.

Scofield adalah seorang jurutera struktur yang mempunyai kiraan IQ tinggi (den terlupa berapa).

3. kedua-dua hero membuat kerja untuk warden.

Andy membuat money laundering.

Scofield membuat replika Taj Mahal.

4. Andy dan Scofield dan kawan-kawan sepenjara masing-masing membuang simen yang dipecahkan di laman penjara.

5. Shawshank dan Fox River Prison adalah penjara dengan keselamatan tinggi (maximum security prison).

6. ketua pengawal yang jahat walaupun Bellick dalam Prison Break lebih kejam dan jahat gila.

7. sesetengah watak pun lebih kurang sama.

Red di dalam movie dan Abruzzi di dalam drama boleh mendapatkan barang-barang untuk banduan.

Red ketua di bengkel kayu.

Abruzzi ketua kerja-kerja rencam.

Seorang banduan membela burung (movie). Sorang banduan membela kucing (drama).

Seorang mamat muda yang poyo. Twinner mamat rap (drama). William mamat punk (movie).

Antara perkara lain yang den terjumpa bila menonton movie ini adalah:

1. pengarah movie ini dan The Green Miles adalah orang yang sama.

The Green Miles adalah salah satu movie yang den minat banget.

2. kedua-dua movies adalah adaptasi daripada novel karya Stephen King.

Salah satu movie yang den kategorikan sebagai my feel-good movie.


sumber google

0 Comments