Buku nih den dah lama beli untuk untuk anak bertuah den tapi tak pernah baca langsung.

Bukunye simple coz buku budak-budak but still ada banyak fakta yang den tatau pasal all the khalifah. Antaranya:

Saidina Abu Bakar As Siddiq

- pemerintahannya selama 2 tahun sahaja
- dia korbankan semua harta benda untuk perjuangan Rasulullah
- Rasulullah kahwin dengan anaknya, Aisyah
- membina Masjid Nabawi bersama Rasulullah
- merupakan ketua rombongan haji yang pertama dalam sejarah
- dilantik menjadi khalifah atas cadangan Saidina Umar & a few other people
- al Quran disalin dalam bentuk kitab atas saranan Saidina Umar
- melantik Saidina Umar sebagai pengganti (the next khalifah) sebelum beliau meninggal dunia sebab sakit pada umur 63 tahun
- selepas meninggal dunia, tanah miliknya dijual & digunakan untuk bayar semula gaji yang diterima semasa beliau menjadi khalifah

Saidina Umar Al Khattab
- mencadangkan pada Rasulullah untuk memperkenalkan azan
- menyarankan supaya ditambah 'solat itu lebih baik daripada tidur' dalam azan Subuh
- memulakan tradisi solat terawih secara berjemaah
- mencadangkan penggunaan Kalendar Hijrah
- menyerahkan separuh hartanya untuk perjuangan Rasulullah
- Rasulullah kahwin dengan anaknya, Hafsah
- khalifah pertama menggunapakai gelaran Amirul Mukminim
- membahagikan tentera kepada rejimen-rejimen yang diketuai oleh seorang komander
-  larang pembinaan kediaman mewah sebab sukakan kesederhanaan
- membentuk struktur pentadbiran kerajaan Islam (jabatan ketenteraan, polis, pendidikan, kehakiman, kerja raya & perbendaharaan)
- merupakan pemerintah pertama dunia yang pisahkan badan kehakiman daripada badan pemerintahan
- merekodkan harta setiap pegawai
- siasat & selidik perkhidmatan yang diberikan oleh gabenor kepada rakyat
- gaji beliau amat sedikit
- pemerintahan selama 10 tahun 6 bulan 4 hari
- mencadangkan khalifah yang baru dilantik berdasarkan undian terbanyak daripada 6 orang sahabat
- mewujudkan negara berkebajikan. Miskin, tua, yatim piatu, cacat Islam & bukan Islam dibantu Baitulmal
- penuh keadilan, kesederhanaan & sangat tegas
Saidina Uthman bin Affan
 
- sangat kaya & kacak
- beli telaga & dermakan pada orang Mukmin
- biayai pembesaran Masjid Nabawi
- menantu Rasulullah. Kahwin dengan Ruqayyah, kemudiannya dengan Ummu Kalsom
- kemaskini al Quran & digunakan sehingga sekarang
- seragamkan versi bacaan Al Quran
- menubuhkan tentera laut yang pertama
- perkenalkan azan kedua semasa solat Jumaat
- mulakan tradisi sediakan makanan berbuka puasa semasa Ramadhan
- lemah lembut, baik hati & sentiasa memaafkan kesalahan orang
- selepas 40 hari dikepung di dalam rumah oleh pemberontak, beliau dibunuh dengan kejam pada usia 82 tahun
Saidina Ali bin Abu Talib
 

- menantu Rasulullah, kahwin dengan Fatimah
- terror dalam bidang syariah & kehakiman
- sangat adil & sederhana
- meninggal dunia selepas ditetak dengan pedang beracun

Bila baca buku ni, ada macam-macam perasaan dalam hati coz pemerintah yang dok ada sekarang nih memang tak dapat mencapai benchmark segala segi samada daripada segi attitude & kaedah pemerintahan all the khalifahs.

Sayu sayat hati coz tak berpeluang nak merasa pemerintahan khalifah yang berlandaskan al Quran & sunnah. Pemerintah yang tak pandang langsung harta dunia, sangat bersederhana, sangat kasih & sanggup berkorban apa saja untuk menegakkan agama Islam.

No wonder jugak orang selalu sebut-sebut pasal pemerintahan Khalifah Umar coz memang antara empat-empat khalifah, pemerintahan masa zaman beliau yang macam extra gemilang daripada segi ketegasan, keadilan & kebajikan kepada rakyat.

Teringat plak kat arwah Tok Guru Nik Aziz. Rupa-rupanya beliau yang ada ciri-ciri kepimpinan ala khalifah.

p/s Den nak kena start baca buku-buku ilmiah camnih supaya dapat muhasabah diri extra skit.

0 Comments