Kesimpulan den datang seminar nih:

1. dengan harga tiket RM 100 untuk perkongsian ilmu pada iklan di FB nih sangat-sangat kuasa 100 berbaloi-baloi tak tau nak cakap macam mana. Kalo tiket VIP harga asal RM 257 pun den still rasa sangat berbaloi-baloi untuk attend seminar nih;

2. ilmu yang sangat-sangat bermanfaat. Sebelum nih den tatau apa pun pasal FB Ads. Sekarang den dah tau skit pasal FB Ads. Dapat belajar info pasal produk, copywriting, ambil gambar, etc;

3. membuka mata den seluas-luasnya bahawa ada ramai sangat sebenarnya orang Melayu yang berjaya dalam bisnes samada online atau offline dengan perkongsian kisah inspirasi daripada anak-anak murid sifu & Mood Republik;

4. menyedarkan den bahawa memang ramai orang yang nak berniaga dengan kehadiran lebih kurang 3000 peserta pada seminar tuh;

5. Sifu ajar dengan penuh semangat. So peserta pun jadi semangat sekali. Den pun tak sangka den akan enjoy dengan seminar nih. Seronok rupa-rupanya attend seminar yang cenggini. Kalo team building opis camnih kan baguih...eh...eh...terkait dengan progam opis plak hehheehehhee;

6. kalo nak berjaya macam anak-anak murid sifu yang lain, den rasa memang la kena ikut kelas Apprentice tuh sebab sifu & the team boleh focus untuk ajar kita in detail apa patut kita buat untuk menjayakan bisnes produk kita tuh. Banyak mana sangat la kan sifu sempat bagi info dalam masa yang singkat dengan peserta yang sangat ramai. Apa yang sifu sempat ajar tuh semua in general. So untuk suit kan dengan produk & kehendak kita, memang la kena pi masuk kelas Apprentice tuh;

7. walopun den rasa ramai yang hadir kat seminar nih dalam 95% dah ada bisnes sendiri, den rasa orang yang belum start buat bisnes pun sesuai sangat untuk attend seminar nih for exposure & guidance. Sebagai orang yang belum ada bisnes, den rasa lepas seminar nih kita boleh buat keputusan samada nak buat dropship dulu, jadi agen atau stokis produk orang lain atau jika kita memang nak buat produk sendiri jugak, kita boleh amik ilmu dalam seminar nih untuk membantu kita membuat keputusan dan business plan yang lebih baik untuk produk kita; dan

8. serious sangat berbaloi-baloi den menghadiri seminar nih.

Den ada sembang dengan buong pasal berangan-angan nak masuk Kelas Apprentice yang sifu anjurkan tuh. In sya Allah bila dah start meniaga nanti & ada rejki nak menyediakan commitment fee untuk kelas Apprentice tuh, den akan cuba untuk joint kelas tuh nanti.

0 Comments