Masa dapat info dari group whatsapp kursus MARA tentang program MyMarket nih, den macam teruja nak joint tatau pasai pa padahal barang yang dok ada ciput je kot heheheheheehe.

Ajak konco-konco kat opis joint depa macam tak berminat.

Coba ajak 2 orang kawan dalam kursus MARA tuh joint. Alhamdulillah Dyana yang memang buat bisnes jual pakaian wanita tuh sudi nak joint bersama-sama. 1 tapak booth RM 200 untuk 3 hari (29 - 31 Jan 2016). So kitaorang kongsi la sorang RM 100.

Mula-mula buong cam tak bagi joint coz dia kata kesian budak-budak ditinggalkan. Tapi den pujuk la kata dah bayo RM 100 + nak cari experience. Akhirnya dia ijinkan jugak la.

Disebabkan den memang busy kat opis, den memang tak sempat buat preparation apa pun. Malam plak den memang tak buat apa-apa coz dah berazam tahun nih nak spend masa dengan budak-budak waktu lepas keje.

Khamis lepas baru den senaraikan barang apa yang ada. Mujur gambar buong dah ambil sebelum-sebelum nih. So den buat jadual harga asal barang + shipping cost. Then lepas balik keje baru decided dengan buong berapa harga nak letak untuk each items.

Bila dah buat jadual baru nampak yang ada certain items tak berbaloi untuk dibeli coz shipping cost nya lagi mahal dari harga barang tuh sendiri. Ada barang yang tatau nak dijual rege berapa coz harga barang + shipping cost dah tinggi. So nak kena sit down nanti & finalizekan apa yang boleh diorder next time untuk meminimakan kerugian & boleh dapat untung skit.

Den memang nak joint booth MyMarket tuh during weekend je (30 & 31 Jan) sebab Jumaat tuh masih keje.

Jumaat lepas kerja baru la pergi Giant beli rak yang sangkut baju, kerusi & stickers nak tulis harga barang-barang.

Sabtu pagi baru la terkedek-kedek pergi ke DIY untuk beli stand pegang tanda harga tuh.

Semuanya buat last minit. Sabo je la ye.

Booth den yang paling sempoi sebab den ada barang-barang kat 1 rak je hehehehehhee.
Booth yang den shared dengan DianaDoveyStore. Den pun tatau berapa saiz booth nih coz takde line, takde ape.
Satu rak nih je la barang jualan den. Sempoi tak muhahahahaha. Den rasa den la peniaga yang paling tak bersedia di sini. Dengan barang yang ciput, etc.

0 Comments