Rupa-rupanya kempen menyimpan base on kale duit nih dah 3,4 tahun jadi trend yek. Den nih memang la sokmo ketinggalan. Pertengahan tahun lepas la baru den tau pasal kempen nih.

Den tengok kat internet ada yang kempen si hijau (notes RM 5), kempen si merah (notes RM 10) dan kempen si oren (notes RM 20).

Pakdi.net yang selalu bagi tips pasal kewangan dan pelaburan kata kempen si hijau dicadangkan sebab nilai notes RM 5 nih tak terlalu rendah & tak terlalu tinggi. Sedang-sedang gitu nilainya. Lagipun notes RM 5 nih jarang kita jumpa so takde la rasa cam terseksa nak kena simpan selalu.

Cam den nih cuba buat kempen berwarna warni depend pada keadaan:

1. si hijau - den memang simpan bila ada;

2. si biru (notes RM 1) - den simpan yang notes agak baru & baru je; dan

3.  si merah & si orange - den simpan yang notes betoi-betoi baru je.

Setakat simpan since Julai lepas, memang notes RM 5 & RM 1 je la yang nampak hasilnye coz nilainya yang sederhana & kecik.

Notes RM 10 & RM 20 nih memang payah skit nak simpan coz of keperluan untuk menggunakannya tuh memang la sentiasa ada.

Den pernah gak coba simpan notes RM 50 & notes RM 100. Nih memang la langsung tak berjaya coz nilainya yang sangat besar.

So untuk tahun nih, in sya Allah camne pun paling kurang den nak coba maintain simpan si hijau. Harap-harapnya dipermudahkan dan berjaya la hendaknya.

Bila started kempen warna warni nih memang best tengok duitnye berkumpul-kumpul dalam kategori warna. Kalo bayar something kat kedai, memang hati tuh berbunga-bunga la kalo dapat si hijau & si biru. Kalo tak dapat tuh, cam ada rasa sedikit keciwa di situ. Saikosis sangat kan muhahahahhaha.

Buong pun selalu jadi mangsa penyumbang si hijau & si biru tapi den tak paw dia la. Den buat pertukaran duit dengan dia k. Kadang-kadang siap bagi dia keep the change lagi hehehhehehe.

Konco-konco kat opis jugak menjadi mangsa untuk penukaran duit RM 5 tuh.

In sya Allah bila keadaan bersesuaian dan mengijinkan, kita update pasal hasil kempen nih ye.
Kenangan si hijau tahun 2015 yang berjaya dikumpul sebelum ianya dikorbankan untuk membayar cukai pintu umah tahun 2016

0 Comments