Den dapat info nih through whatsapp. Maybe sebab den dah pernah joint masa event yang first pada 29-31 Jan 2016. 

So untuk sapa-sapa yang berminat nak joint bukak booth atau sapa-sapa nak bawa family jalan-jalan kat sini boleh la pi sini nanti no.

INFO TERKINI MYMARKET

Acara MyMarket kedua akan berlangsung seperti yang dijadualkan pada 26-28hb Feb 2016 @ Hall A MAEPS dengan beberapa perubahan bagi mengatasi kelemahan seperti acara pertama.

Kami akan meningkatkan cara promosi menggunakan system P.O.S. bgi kaunter bayaran dan susun atur yang lebih menarik dan sistematik.

Alhamdullilah, penyertaan usahawan dari agensi yg berkaitan spt LPP, MARA, FAMA, MARDI & KEDA serta 8 koperasi telah mengesahkan penyertaan mereka. Kali ini pihak koperasi ANGKASA juga akan mengambil bahagian dgn penyertaan usahawan di bawah ANGKASA.

Beberapa tambahan seperti tempat permainan kanak-kanak dan penyertaan 5 foodtrucks di kawasan medan selera juga diadakan.

Selain dari 30 cillers dan frezers yg sedia ada, pihak kami membuat penambahan 4 lagi cillers glastop bersaiz 6' panjang.

Aktiviti pentas juga akan dibuat tambahan dan perubahan seperti mengadakan pertunjukan fesyen koleksi-koleksi pakaian dari usahawan fesyen yang mengambil bahagian yang akan diperagakan oleh selebriti yg dipilih.

6 syarikat pengeluar kereta juga bersetuju untuk mengambil bahagian untnk acara kali ini.

Kepada vendor baru dan lama, sila buat bayaran sebelum 16 Feb.

Penyertaan di acara MAHA 2016 juga dibuka untuk mereka yg mendaftar sebagai rakanbiz.

KOPERASI USAHAWAN MYMARKET
 
Koperasi ni mula ditubuhkan dgn 9 orang telah dilantik bagi menerajui koperasi ni.

Koperasi yang akan menjadi pelabur bagi mendapatkan bangunan kekal yang akan menempatkan MyMarket-Malaysian Hypermarket serta MyMarket Mall yang serba lengkap.

Perbincangan telah dibuat melalui agensi yg berkaitan serta pemaju Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA).

Untuk pengambilan ahli bagi koperasi ini, hanya 200 penyertaan pertama rakanbiz yg membuat bayaran RM 500 secara automatik akan menjadi ahli koperasi tanpa bayaran tambahan dgn nilai saham RM 300.

Sehingga kini 92 ahli telah mendaftar sebagai rakanbiz dan baki sebanyak 108 sahaja ruang akan dibuka kepada ahli baru dengan secara automatik menjadi ahli koperasi.

Insha Allah 20 Feb 2016 bakal diadakan majlis perjumpaan dengan vendor SEPETANG BERSAMA MYMARKET dan majlis MOU, MYMARKET dengan SMELINK.

Lokasi : HALL D MAEPS Serdang
Jam : 2.00 - 5.00 ptg

Bgi yg berminat utk bersama MyMarket boleh menghubungi kami.

Bley gak contact Tuan Ariffin 019-3761007 dan En Haziq 013-3398085, antara PIC untuk MyMarket nih.

Ataupun boleh terjah website depa untuk info yang lebih detail.http://www.mymarket4u.com/
 

0 Comments