Kena attended mesyuarat kat Nilai kul 830 am di Nilai Spring Resort.

So lepas maghrib baru dapat ijin daripada big boss untuk tido kat hotel yang bersetimpal dengan kelayakan gittew.

So dalam 8 pm baru tergedik-gedik keluar dari umah. 

Sampai area Nilai dalam 915 pm jugak la.

So main redah je tengok hotel apa yang nampak berjenis & selesa skit coz internet tab dah abis lalu tak dapat nak survey hotel apa yang dok ada kat Nilai.

Nampak dari tepi jalan Time Hotel nih agak-agak macam okay.

Tak sangka walopun weekdays hotel agak penuh. Rege bilik ada daripada RM 88 sampai la RM 198 (nih rege bukan masa puncak ye).

Disebabkan bilik termurah yang available adalah RM 158/malam. Kita amik yang tuh je la. Staff gomen bley dapat 10% discount. Kena letak deposit RM 50. Lepas pulang kunci, deposit tuh boleh amik balik. Boleh bayar guna kad kredit tapi ada caj nye. So better la bayo cash je.

Lobby hotel nih simple tapi menarik. Ada sofa kat ruang menunggu. Siap disediakan satu komputer lagi untuk sapa-sapa yang dok tunggu bilik disiapkan. Ada kolam kecik kat tengah-tengah lobi. Menarik cumanya airnya keruh so tak nampak la ikannya.

Dekat kaunter check in ada dijual makanan ringan macam biskut, maggi & air kotak/tin.

Biasa la dok kalut dengan budak-budak dok bergelinjangan tak dapat la nak ambil gambo sangat.

Kitaorang dapat bilik tingkat 2. Lif nya comel je. Muat-muat untuk 4 orang.

Biliknya memang chantek. Modern design yang ringkas tapi chantek. Untuk bilik RM 158 nih dapat 1 katil Queen + 1 katil single. Ada 6 biji bantal yang empuk-empuk so tak payah nak berebut bantal la tido kat sini.

Ada disediakan 3 botol air mineral + 3 cawan dengan instant coffee. Ada kettle.

Den tak sempat nak explore channels apa yang ada kat tv tapi semalam kitaorang bukak rancangan National Discovery.
Bilik air pun sangat okay.

So den rasa hotel nih value for money la walopun takde disediakan breakfast.
Sebelah hotel nih ada kedai makan yang buka waktu malam.

In sya Allah kalo kena pi Nilai lagi next time, boleh dipertimbangkan untuk lepaking lagi di hotel nih.

0 Comments