Den tertau pasal kursus nih sebab nampak iklannya dekat fb MARA kalo tak silap dalam a few weeks back (gold fish memory memang camnih. Banyak info terlupa-lupa).

Kursus nih dianjurkan oleh Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) dan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) dan ianya dijalankan oleh Persatuan Wanita Bumiputera Dalam Perniagaan Profession Malaysia (PENIAGAWATI).

Kalo ikut ucapan alu-aluan oleh Presiden Peniagawati iaitu Dato Azlin Ahmad Shaharbi, kursus nih dibuat selama 3 hari di 20 lokasi di seluruh Malaysia bagi tahun 2016.

Setakat nih depa dah buat di Shah Alam, Kuala Lumpur, Miri, Melaka, Tawau dan Kota Kinabalu.

Yang latest depa buat adalah di Palm Mall, Seremban yang den berkesempatan untuk hadir. Den tatau pun ada kursus nih. Kalo den tau awal memang la den akan pi yang kat Shah Alam tuh.

Next, depa akan buat di Terengganu pada 8-10 Mac 2016.

Intipati kursus nih seperti yang dinyatakan dalam fb Peniagawati adalah seperti gambo kat bawah nih:
sumber fb peniagawati
In sya Allah sangat berbaloi-baloi sebab dengan bayaran RM 50 tuh, masa den kat Seremban, den dapat ilmu yang sangat bernilai, 1 buku Panduan Undang-Undang Untuk Kejayaan Perniagaan + CD deraf perjanjian dalam Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris , makan & minum juga disediakan + peluang nak berkenalan dengan ramai kawan-kawan yang sama-sama joint kursus nih.

So den memang amat sangat menggalakkan kepada usahawan dan bakal usahawan untuk mengikuti kursus yang sangat meletops dabomm nih.

In sya Allah bila berkesempatan den akan coba ceite pengalaman den & apa yang den blajo dalam kursus 3 hari kat Seremban tuh ye.

0 Comments