Nak buat summary untuk kursus 3 hari yang sangat pack dalam satu entry memang la reja yang agak mustahil coz ada banyak sangat info yang nak share sebenaqnya. Tapi disebabkan den malaih nak karang banyak dan korang pun maybe akan boring membacanya, den coba la sedaya upaya untuk meringkaskan apa yang dah den belajaq dalam masa 3 hari tuh (from my point of view la yek).

Hari Pertama (1 Mac 2016, Selasa)

Jenis-jenis Perniagaan

1. Ada 4 jenis perniagaan iaitu enterprise (pemilik tunggal), perkongsian, perkongsian liability terhad (LLT atau PLT) dan syarikat (sdn bhd).

2. Jenis perniagaan dan rancangan perniagaan (blue print) mesti disediakan.

3. Perbezaan antara 4 jenis perniagaan (mengikut pemahaman den):

Bil
Perkara
Enterprise
Perkongsian
PLT
Sdn Bhd
1
Pemilik
Seorang
Min : 2 orang
Max : 20 orang
Min : 2 orang
Max : 20 orang
Min : 2 orang pemegang saham
Max : 50 orang pemegang saham
2
Cara penubuhan
Mudah dan murah
Mudah dan murah
Mudah dan sederhana
Rumit dan mahal. Kena guna Company Secretary.
3
Modal
Kecil
Bergantung kepada rakan kongsi
Bergantung kepada rakan kongsi
Bergantung kepada rakan kongsi.
1 share = RM 1
4
Sumber Kewangan
Terhad
Bergantung kepada rakan kongsi
Bergantung kepada rakan kongsi
Bergantung kepada rakan kongsi
5
Pengurusan Perniagaan
Senang
Senang
Senang
Mencabar
6
Kepakaran
Terhad
Pelbagai bergantung kepada rakan kongsi
Pelbagai bergantung kepada rakan kongsi
Pelbagai bergantung kepada rakan kongsi
7
Akaun perniagaan
Tak perlu disediakan & tak perlu diaudit
Tak perlu disediakan & tak perlu diaudit
Tak perlu disediakan & tak perlu diaudit
Perlu disediakan dan diserahkan kepada SSM.
Akaun perlu diaudit.
8
Untung
Boleh diambil sepenuhnya oleh pemilik
Perlu kongsi di antara rakan kongsi
Perlu kongsi di antara rakan kongsi
Ada dividen saham.
9
Kerugian
Ditanggung sepenuhnya oleh pemilik
Boleh ditanggung bersama oleh rakan kongsi
Rakan kongsi tidak perlu bayar secara peribadi hutang PLT
Hutang syarikat tidak boleh dituntut daripada pemegang saham
10
Liabiliti
Tidak terhad
Tidak terhad
Terhad
Terhad
11
Cukai Pendapatan
Dikira pada kadar individu
Dikira pada kadar individu
Dikira pada kadar individu
Cukai korporat
12
Hayat Operasi
Sepanjang hayat pemilik. Sekiranya pemilik meninggal dunia, enterprise tertutup secara automatic.
Perkongsian tamat jika rakan kongsi tarik diri, mati atau bangkrap.
Kekal turun temurun.
Boleh berterusan selama-lamanya tidak bergantung kepada hayat pemegang saham.
13
Catatan
Aset enterprise = aset pemilik
Hutang enterprise = hutang pemilik
Harta peribadi pemilik boleh diambil untuk selesaikan hutang enterprise
Tindakan sorang rakan kongsi boleh wujudkan liability pada rakan kongsi lain.
Hutang perniagaan boleh dituntut daripada rakan kongsi.
Perlu sediakan terma perjanjian perkongsian
Hutang ditanggung oleh PLT dan bukan rakan kongsi.
Perlu adakan Annual General Meeting.
Perlu lantik Pengarah, Setiausaha Syarikat dan Juruaudit.
2 dokumen Perlembagaan Syarikat adalah Memorandum & Artikel Syarikat yang akan disediakan oleh Company Secretary

4. Cara nak mendaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), borang apa yang kena isi, berapa yearly fees bley check sendiri k kat website SSM.

5. Perjanjian adalah sangat perlu (kalo ikut interpretasi den, ia adalah wajib) bagi semua perkara termasuk perjanjian antara rakan kongsi, sewaan hartanah, etc.

6. Setiap perkara di dalam perjanjian perlu diterangkan secara sangat terperinci termasuklah tugas setiap rakan kongsi, pembahagian keuntungan, etc.

7. 90% perkongsian akan mempunyai masalah.

8. Tempoh perkongsian dicadangkan antara 2 atau 3 tahun.

9. Modal bukan semata sumber kewangan. Modal boleh juga merangkumi masa, talents (marketing, accounts, projections, etc), etc.

10. Mesti sediakan akaun yang paling ringkas walopun perniagaan kita bukan sdn bhd. Akaun dalam buku 555 pun memadai dengan syarat kita jelas tentang wang masuk keluar.

11. Akaun adalah salah satu indicator kepada perniagaan. Boleh lihat untung rugi. To justify either the business is thriving or not. Seterusnya kita boleh decide apa perlu dibuat kepada perniagaan kita berdasarkan akaun (tambahbaik atau tutup perniagaan, etc).

12. Company Secretary adalah kerjaya. Ia adalah berbeza dengan company secretary pejabat yang bertugas menjaga hal ehwal boss.

13. Tugas Company Secretary adalah menubuhkan syarikat. Company Secretary perlu mempunyai lesen.

14. Syarikat yang ditubuhkan oleh Companya Secretary dipanggil shelf company.

15. Menurut undang-undang, seseorang akan diisytiharkan mati selepas 7 tahun menghilangkan diri.

p/s 1 lepas belajo pasal jenis perniagaan baru la den paham shelf company tuh apa. Masa tengok ceite Suits dulu, bila Harvey Spector dok sebut-sebut pasal shelf company den dok blur je.

p/s 2 baru la den paham jugak Company Secretary tuh apa. Sebelum kelas nih, dek dok musykil pasai pa mahkamah dok minta info syarikat daripada Company Secretary kalo ada kes yang berkaitan dengan perniagaan di mahkamah. Dek dok terpikiaq ‘pasai pa la depa nih dok tanya secretary pasal details syarikat dan perniagaan. Nape tak tanya pengarah syarikat. Secretary kan take care of the big boss. Macam mana secretary nak tau banyak perkara pasal syarikat.

Haish....panjangnya la plak info pasal Jenis Perniagaan dalam nih ye. Den sendiri pun rasa nak pitam nak mengarangnya. Bertabahlah hati sesiapa yang membacanya yek.

0 Comments