Untuk orang yang baru mula nak berjinak-jinak dengan dunia keusahawan (chewahhh...statement tak mau kalah no heheheehe) + orang yang pernah belajaq pasal undang-undang perniagaan, kursus nih memang banyak memberi nilai tambah dalam hidup den.

1. Dengan investment RM 50 + tol, minyak kereta + masa buong anto dan fetch den balik untuk 3 hari dari Shah Alam ke Seremban vice versa, memang la sangat berbaloi-baloi kursus nih untuk den.

2. Den dapat senaskah buku Undang-Undang Perniagaan karya Dato Azlin. Buku nih kat luaq berharga RM 50/buku. Yang paling sweet buku nih ditandatangan oleh Dato sendiri.

3. Den jugak dapat CD soft copy contoh perjanjian rakan kongsi, sewa hartanah, etc dalam Microsoft Word.

4. Den dapat berkenalan dengan peserta kursus daripada pelbagai jenis business. Dengar cerita pasal semangat kental depa mengharungi jatuh bangun dalam bisnes memang boleh meremang bulu roma k.

5. Den paham rancangan perniagaan is a must.

6. Den belajaq ways to do reduce income tax but in the same time to boost your staffs’ morale & spirit.

7. Den memandang insurans/takaful daripada perspektif yang sangat berbeza selepas mendengar taklimat tentang Pengurusan Risiko Perniagaan di mana ianya adalah sebagai pelaburan dengan caruman yang mampu milik yang dapat menyediakan tunai dalam masa singkat apabila berlaku kematian, hilang upaya kekal dan penyakit kritikal.

Sebenarnya kalo kita tak meniaga pun, selepas kursus nih, den berpendapat mencarum takaful/insurans adalah sangat penting untuk semua ahli keluarga kita supaya ianya dapat membantu kita apabila berlaku musibah. Terubat la jugak dilemma dalam diri den coz sebelum dengar taklimat nih, dek dok terkebil-kebil jugak la membayar caruman bulanan takaful untuk den, buong & dua orang anak den tuh.

Lepas dengar taklimat nih, den pun ceite kat buong. Alhamdulillah dia macam paham apa den explain. So den & buong dah berbincang & bersetuju nak tingkatkan caruman takaful kitaorang bila rejki nanti, in sya Allah.

8. Disebabkan den memang tak mengamalkan makan kismis minda dan makanan sunnah yang lain + umoq pun dah menghampiri senja + dah lama gila tinggalkan dunia belajaq nih, memang la otak agak terpleot & mata berpinar-pinar nak menerima ilmu baru yang diajar. Tapi disebabkan dua orang tenaga pengajar, Dato Azlin dan Puan Latifah yang mengajar dengan meletops dabomm + ramai peserta dok tanya macam-macam soalan, etc, den sangat happy dapat terima ilmu yang sangat bermanfaat daripada kursus nih.

Banyak lagi rasanya manfaat kursus nih tapi setakat nih, nih je la yang den dapat ingat.

p/s walopun kursus 3 hari nih sangat pack dan berinformasi, Alhamdulillah den tak migraine walopun sekali. Maybe sebab den belajaq dengan happy so ilmu pun mudah skit nak masuk & den tak rasa stress. Mujoq la kan tak migraine sebab den memang lupa langsung nak bawak ubat.

0 Comments