Kami semua peserta kursus adalah sangat beruntung sebab kami ada rejki dan peluang untuk mendapatkan ilmu secara langsung daripada dua orang kuat Peniagawati iaitu Pengerusi Peniagawati sendiri, Dato Azlin Ahmad Shaharbi dan ahli Peniagawati, Puan Latifah binti Ghazali.

Pengerusi Peniagawati, Dato Azlin Ahmad Shaharbi merupakan a practising lawyer yang mempunyai firma guaman sendiri yang ditubuhkan semasa beliau berusia 26 tahun. Firma guaman tersebut telah beroperasi selama 27 tahun. Di samping itu, beliau maklumkan beliau juga mempunyai perniagaan cenderamata korporat (tshirts, caps, etc) yang ada sebahagiannya dieksport ke Afrika.

Beliau memberikan taklimat dan berkongsi pengalaman serta kepakaran kepada peserta kursus selama 2 hari iaitu hari pertama dan hari kedua berkaitan bentuk organisasi perniagaan, kontrak, perlantikan pekerja dan tanggungjawab majikan, dokumen pinjaman kewangan dan proses tindakan mahkamah.
Dato Azlin in action
Puan Latifah merupakan seorang ahli Peniagawati. Beliau adalah Pengarah Urusan L&K Multivision yang mempunyai kepakaran di dalam pengurusan risiko perniagaan. So bukan alam sekitar je ada pengurusan risiko k. Perniagaan pun ada pengurusan risiko. Untuk orang yang memang terlibat dengan perniagaan, memang tau la kot. Untuk den yang baru nak mula nih, kira perkara yang memang baru la untuk den.

Pn Latifah memberikan taklimat dan berkongsi pengalaman serta kepakaran kepada peserta kursus pada hari terakhir berkaitan dengan peserta berkaitan kejayaan dan risiko perniagaan, risiko pengurusan perniagaan dan legasi perniagaan.
haish takde plak gambo Pn Latifah in action sorang-sorang. Nih gambo Pn Latifah bersama kami semua peserta kursus
Kedua-dua orang tenaga pengajar nih mengajar dengan penuh kasih sayang dan bersungguh-sungguh. Depa punya tempo daripada mula bagi taklimat sampai la penghabisan taklimat hingga ke sesi bergambar memang sangat upbeat dan happening sungguh.

Kedua-duanya menjawab semua persoalan dan kemusykilan yang dikemukakan oleh peserta dengan penuh kesabaran, ketabahan hati dan berlapang dada.

First time den pergi kursus yang tenaga pengajarnya seorang Dato dan Pengarah Urusan yang sangat approachable (nak jugak guna word omputih ye heehheheehe), kelakar, cakap straight forward, etc.

Ciri-ciri penuh berpengetahuan dan sangat berkarisma memang ada sungguh kat Dato dan Pn Latifah.

So kami bertuah sangat-sangat dapat direct input on various topics from both speakers.

Banyak sangat nasihat/tips/guidance daripada kedua-dua orang tokoh berwibawa nih bagi tapi yang terpaling den ingat adalah ‘knowledge is power’.

Successful people macam Dato Azlin & Puan Latifah memang meletops dabomm kan daripada segi knowledge, cara memberi taklimat yang memang ada wow factor yang sangat mantop (sampai peserta semua tak perasan pun waktu minum pagi & lunch coz dok terpaku & terpesona dengan the depth of the knowledge yang dishare secara santai & tak membosankan langsung). 

Serious sangat happening k sampai den dan almost semua peserta tak sempat nak rasa mengantuk. Den nak pergi toilet pun bertahan-tahan sebab takut-takut terlepas info yang penting dan tips yang best. Harap tak kena batu karang la kan hahahahahhaa.

Hats off to both speakers sebab berjaya captured full attention of the audience. Bukan senang ooiiii nak dapatkan sepenuh perhatian daripada semua peserta terutamanya den nih ha yang merupakan peserta yang umur menghampiri senja, sel-sel otak telah berhenti berhubung dan ada gold fish memories.

Matik la ceite pasal dua orang tenaga pengajar je dah jadik satu entry. Tapi tatau nak buat macam mana sebab these two awesome ladies truly deserved the appreciation and acknowledgement coz they are truly gifted and wonderful people.

Tatau la entry pasal kursus nih akan jadik berapa bahagian nanti hehehhehehehe. Bertabahlah kita semua yek. Den kena bertabah sebab nak mencari masa nak mengarang entries coz macam ada too many stuff yang nak share sampai tatau nak tulis yang mana satu yang terpaling terpenting. Korang yang membaca pun kena extra ketabahan hati coz entries nya mungkin ada yang panjang berjela.

Good luck to us all.

p/s den memang ada soft spot dekat lawyers yang berkaliber sebab den suka baca buku-buku ceite pasal lawyer oleh John Grisham, drama series macam LA Law, Ally McBeal, etc + of coz la Suits (terpesona sungguh den dengan Harvey Spector yang kachaks, terror nak mampuih & macho tuh. Mike maybe ada photogenic memories tapi still tak bley lawan aura Harvey. Ke sebab Mike tuh ala-ala stok anak-anak ikan so den tak minat hehehehehe).

0 Comments