Panjangnya la plak info pasal Jenis Perniagaan dalam Part 1 tuh ye. In sya Allah den coba sempoikan apa yang diajar di dalam Kontrak Perniagaan.

Hari Pertama (1 Mac 2016, Selasa)

Kontrak Perniagaan

1. Terdapat 5 jenis kontrak perniagaan iaitu jualan barangan, jualan langsung, agensi, francais dan penyewaan/pembelian premis.

2. Kami diajar tentang kontrak perniagaan yang detail bagi penyewaan/pembelian premis.

3. Untuk confirmkan status tuan tanah/pemilik premis, kita boleh pastikan melalui geran, salinan perjanjian jual beli (sale and purchase aggrement, s & p), cukai tanah, cukai pintu atau buat carian di Pejabat Tanah.

4. Tempoh sewaan di dalam perjanjian sewa mestilah tidak melebihi 3 tahun kerana berdasarkan undang-undang, sewaan melebihi 3 tahun akan dikira sebagai pajakan.

5. Sekiranya kita tuan tanah, kita perlu lindungi hak kita sebagai tuan tanah. Sekiranya kita penyewa, kita perlu lindungi hak kita sebagai penyewa.

6. Boleh masukkan ayat berikut di dalam perjanjian sewa sekiranya kita adalah penyewa ‘the landlord has the right to increase the rental when aggrement being renewed at the maxima 10% of the current rent’.

7. Tempoh siap premis:

a. umah atas tanah (landed property) – perlu disiapkan dalam tempoh 2 tahun selepas perjanjian jual beli ditandatangani;

b. apartment/kondominium/flat – perlu disiapkan dalam tempoh 3 tahun selepas perjanjian jual beli ditandatangani;

# tempoh siap kedua jenis hartanah di atas tertakluk di bawah Housing Development Acts. Sekiranya hartanah tidak dapat disiapkan dalam tempoh ditetapkan (pemaju tidak berikan kunci dan deliver vacant possession), kita boleh claim refund at 10%/tahun daripada harga belian hartanah daripada pemaju. Sekiranya pemaju tidak berikan refund, kita boleh report kepada tribunal.

c. hartanah komersial (commercial properties) macam rumah kedai tiada tempoh siap yang ditetapkan, terpulang kepada pemaju kerana ianya tidak tertakluk di bawah Housing Development Acts.

8. Sila apply bank loan dan dapatkan kelulusan terlebih dahulu sebelum sign perjanjian jual beli hartanah.

Selepas lunch pada hari pertama, semua peserta dibahagikan kepada 5 group dan diberikan tugasan untuk membuat 2 perkara iaitu perjanjian rakan kongsi dan perjanjian penyewaan premis.

Kumpulan den buat perjanjian sewa rumah kedai tiga tingkat bagi perniagaan madu kelulut.

Memang happening la semua peserta.

Banyak yang dipelajari bila setiap kumpulan membuat pembentangan hasil kerja masing-masing dan ada sesi soal jawab dan penjelasan daripada Dato Azlin.

Serious memang best.

0 Comments