La nih di SACC Mall ada Festival Buku dan Kanak-Kanak yang bermula dari 20 sampai 24 April 2016.

Ada macam-macam aktiviti jugaknya selain daripada pameran dan jualan buku-buku tuh sendiri.

Ada slot untuk ceramah agama, permainan keluarga membina ‘tower’, karaoke, etc yang dibuat mengikut masa yang ditetapkan dan pada tarikh-tarikh tertentu.

Booths jualan buku ada dalam 15 buah dekat ruang legar SACC Mall tuh depan kedai Primavera.

Buku-buku untuk dewasa dan kanak-kanak semuanya ada. Rege buku untuk budak-budak adalah serendah RM 3.90. Buku-buku dalam Bahasa Melayu dan English. Buku-buku kerja untuk budak-budak pun ada jugak. Buku-buku motivasi dan buku-buku agama turut ada.


Den sempat tengok novels daripada Judith McNaught, Sophie Kinsella dan John Grisham. Novels daripada John Grisham tuh memang takde rasa nak beli sebab in sya Allah dah ada semua novels dia.

Hati macam teruja nak beli novels daripada Judith McNaught dan Sophie Kinsella tapi memandangkan rege jualan setiap novel tuh adalah RM 37, rege biasa kalo kita pi beli kat mana-mana kedai buku waktu takde sale, terbantut la hasrat den nak beli buku-buku daripada both authors nih.

Ada jugak satu booth yang kita boleh buat wakaf Al-Quran dan telekung dengan RM10 untuk satu bahagian.

So pada peminat-peminat buku dan parents yang tatau nak pi mana weekend nih boleh la bawa anak-anak tengok buku-buku menarik kat sini.

p/s sejak-sejak Popular ada buat Fiesta RM5 untuk setiap novel dan BookExcess.com jual novel dalam rege RM 17 untuk setiap novel, den memang la agak berkira skit nak beli novel chick lit rege asal RM 35.90 camtuh.

0 Comments