In sya Allah den coba ceritakan seterperinci semampu mungkin info yang den dapat kat Seminar IGH selama dua hari (26-27 Mac 2016) dengan sedaya upaya melindungi hak cipta terpelihara maklumat-maklumat oleh NBG tuh ye.

Seminar 2 hari nih adalah antara seminar yang den boleh hadir sebab den dah bayar yuran sekali seumur hidup masa 10 Januari lepas.

Dalam 300 orang peserta gak la yang attended 2 days seminar nih. Memang penuh dewan.

Hari pertama seminar dibuat di Service Apartment Alam Sanjung , Batu 3, Shah Alam.

Childcare services disediakan untuk semua peserta seminar yang bawa anak-anak.

Masa pendaftaran, semua peserta diberi satu buku nota yang dalamnya dah ada beberapa maklumat macam:

1. Proses membeli rumah subsale (rumah daripada owner atau agen yang mewakili owner) secara umum.
2. Jadual kemampuan untuk membuat pinjaman berdasarkan jumlah gaji kasar.
3. Anggaran kos yang terlibat dalam transaksi pembelian umah.
4. Insentif terkini yang boleh digunakan untuk pembelian Rumah Pertama (diskaun duti setem dan pinjaman Skim Rumah Pertamaku).
5. Senarai dokumen yang diperlukan untuk memohon pinjaman bank.
6. Cara memohon cetakan CCRIS Online.
7. 101 cara bagaimana nak tingkatkan nilai hartanah (seriously ada 101 cara k).
Buong cakap kat den, orang berjaya dan kaya nih memang biasanya handsome yek hehhehhee
Then ada a few pages yang ditinggalkan kosong untuk peserta catatkan nota.

Den nih kan bab menyalin nota kan excited gila coz ala-ala PA wannabe camtuh. Seminar pada 26 Mac tuh den salin penuh nota 2 muka surat.
Nota keramat
Antara intipati seminar:

1. 20 strategi hartanah.
2. 10 jenis rumah.

Umah Masih Dalam Pembinaan

Tuan Naza ceite macam-macam pasal beli umah yang masih under construction nih termasuklah cara nak mendapatkan cash back daripada pembelian umah camnih. Bab nih den memang dengaq sambil mata tak berkelip coz I am mata duitan like that hahaahahaha.

Den tak reti nak ceite kat sini macam mana prosedurnye coz it’s beyond my knowledge. Memang sifu yang ada experience macam Tuan Naza je la yang tau selok belok camne nak jadikan perkara nih kenyataan. Bak kata dia ‘by right cannot, by left can maa….’ hahahahahaa.

Kelebihan membeli umah yang masih under construction (bergantung kepada pakej yang dioffer oleh pemaju).

Things to do kalo nak beli umah yang masih under construction:

1. Harga rumah 1 kaki persegi.
2. Bandingkan dengan harga projek di sekitarnya.
3. Semak profile pemaju di http://www.kpkt.gov.my/
4. Semak sejarah pemaju dan senarai projek yang telah dibina.
5. Senarai panel bank yang terlibat.
6. Maintenance fee.
7. Tarikh mula, tarikh siap, permit, rekabentuk umah, etc.
8. Wajib buat lawatan tapak projek.
9. Ambil tahu tentang komen daripada orang yang dah pernah beli rumah di kawasan yang sama.

#den yang dah pernah beli umah pun tak buat nih semua. Memang main bantai je beli umah dulu (another story at another time).

So memang banyak la soalan yang ditanya oleh peserta sampai den cakap dalam hati ‘eh…korang semua nih memang tak lapaq yek dok bersungguh-sungguh tanye soklan’.

Den nih memang sejak dulu agak-agak tersegan bab-bab tanya soklan nih. So bila orang tanye soklan, den bley la tumpang dengo jawapan Tuan Naza yang secara tak langsung memberi pengetahuan kat den jugak.
Serious sungguh sifu seorang ini. Sumber gambo fb NBG
Lepas lunch, kitaorang diberi tazkirah oleh Ustaz Umar dalam masa lebih kurang 40 minit camtuh. Nih den akan buat entry yang lain yek coz Ustaz Umar memang comel…eh…bukan…

Pembelian Umah Sub Sale

Then Tuan Naza ceite macam mana nak beli umah subsale.

Ayat keramatnya adalah membeli rumah daripada tuan umah atau agen di bawah harga pasaran. Tuh adalah matlamatnye.

Tuan Naza ajar pasal nak dapatkan lebihan wang daripada pembelian umah subsale nih. Nih memang la kena belajar dengan sifu kan coz tak reti den nak explain in writing. Karang terbagi ajaran sesat mampoih kena katok dengan orang.

Tapi yang terpaling penting pesan Tuan Naza adalah kena minta agen atau lawyer tulis atas kertas booking pembelian umah subsale tuh yang ‘pembelian umah adalah tertakluk kepada kelulusan pinjaman perumahan bank sebanyak 90%. Sekiranya pinjaman bank tidak diluluskan atau diluluskan kurang daripada 90%, duit deposit 10% hendaklah dipulangkan kembali kepada pembeli’.

Sebelum buat apa-apa kena pastikan CCRIS clear supaya loan bank boleh diluluskan.

Jaga credit card payment. Opppsss nih den dah terkantoi. Haishhh.

Sila jangan ada ASB Loan coz ianya memang akan memberi kesan apabila kita nak apply loan rumah nanti.

Kena rajin jugak cari jurunilai (valuer) yang sudi nak bagi harga hartanah yang kita dah target.

Bagi umah bertingkat (apartment, condo, flat, etc), pastikan umah yang nak dibeli secara subsale nih dah ada strata tittle.

Ada juga diberikan senarai website yang kita boleh cari hartanah subsale untuk dijual. Yang sangat pemes of coz la mudah.my. Yang lain yang disenaraikan adalah property guru, iproperty, Brickz dan Durian property. Dalam senarai yang dibagi tuh, den cuma pernah tengok mudah.my dan iproperty je.
Berenyut-renyut peserta. Sumber gambo fb NBG
Tuan Naza selalu tekankan yang hartanah nih adalah slowly but surely coz macam-macam kot kita nak kena buat untuk beli hartanah tuh itself, nak maximize profit, etc.

Seminar ditamatkan around 6 pm camtuh.

My verdict :  Totally worth the one off in a life time fee yang den bayaq.

p/s 1 kudos 2 my frenz, En A dan Ustaz N coz berjaya menghadirkan diri ke Seminar Hartanah Free oleh NBG pada 3 April lepas. Hope it was worth for both of you.

p/s 2 in sya Allah nanti den ceite pasal hari kedua (27 Mac 2016) plak ye. Entry ilmiah camnih memang la amik masa panjang skit nak karang coz nak pastikan faktanya betoi (sebenaqnya den yang maleh heheheheh).

p/s Lagu simple exercise oleh NBG nih iaitu Bara Bara Bere Bere (by Alex Ferrari) nih berhantu sungguh tau. Den sampai terbawak-bawak nyanyi kat umah. Haish. F cakap nape mama nyanyi lagu kambing biri-biri hehehehehhee.

3 Comments

  1. Ni la punca tempat kitiorg kt alam sanjung jem giler..skli lg wt kt cni memng cri nahas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanye lepas nih memang dah tak buat kat situ. Tempat tetap adalah macam di Laman Seri Sect 13.

      Delete
  2. Salam... Puan, pernah pergi seminar dan ada apply rumah bawah tuan naza ker? Just nak dapat testimoni...

    ReplyDelete