Profile Loan Bank

Hari nih Tuan Naza ajo pasal Penyediaan Dokumen Untuk Permohonan Pinjaman Perumahan Bank aka Profile Loan Bank.

Tak sangka nak buat Profile Loan Bank nih tebalnya mungkin ala-ala macam nak buat tesis jugak hehehhehehehe.

Tapi disebabkan den kena patuh kepada hak cipta terpelihara ilmu yang disampaikan oleh Tuan Naza, den cuma dapat bagi ringkasan je pasal Profile Loan Bank nih ye.

In a nutshell, kita kena berikan kepada bank beberapa dokumen, bukan setakat dokumen yang dinyatakan di dalam borang permohonan pinjaman perumahan bank tuh je. Tuan Naza kata kita kena buktikan kepada bank yang konon-kononnya kita nih memang ada banyak duit gittew hahahhahaa.

Kita kena sediakan maklumat tambahan:

Muka surat 1 - Butir-butir diri.
Muka surat 2 - Pendapatan aktif.
Muka surat 3 - Pendapatan pasif.
Muka surat 4 - Pendapatan keseluruhan.
Muka surat 5 - Simpanan.
Muka surat 6 - Aset.
Muka surat 7 - Hutang.
Muka surat 8 - Debt Service Ratio (DSR).
Muka surat 9 - Butiran rumah subsale yang hendak dibeli.
Muka surat 10 - Lampiran.

Bagi perkara di muka surat 2 sehingga 7 tuh mesti disertakan dengan dokumen-dokumen yang membuktikan perkara tersebut.

Sila masukkan juga info:

Tempoh pinjaman semaksima mungkin yang boleh bagi meminimumkan bayaran bulanan.
Ambil pakej pembiayaan Islamik (sekiranya jual sebelum 5 tahun, tidak akan kena penalty kerana ia tiada lock in period).

Sila ambil MRTT atau MLTT.

Sebab tuh la den cakap bila siap Profile Loan Bank nih dah jadik macam nak buat tesis hehehehehhe.

Topik nih yang paling banyak nilai tambah kepada den. Nota den untuk topic nih je 1 ¾ muka surat hehehehehhehe.

#tatau la kan berapa lama den dapatkan siapkan profile loan bank nih sebab ada banyak dokumen den ala-ala ingat-ingat lupa kat mana den simpan.

Cash Flow

Seorang anak murid Tuan Naza berkongsi maklumat tentang cara nak mencantikkan aliran tunai dalam nak buat apa-apa loan.

1. Buka akaun semasa syarikat.
2. Masukkan duit ke dalam akaun tersebut.
3. Duit yang dimasukkan tuh tetap akan dikira sebagai pendapatan walopun duit itu kita masukkan sekejap sahaja.
4. Perkara ini dibuat 6 bulan sebelum kita nak buat permohonan loan bank.

Kos Pembelian Rumah
               
Seterusnya kitaorang diberi taklimat oleh Peguam Tuan Naza iaitu Puan Rosenida.

Beliau menerangkan tentang cara pengiraan kos yang terlibat bagi membeli rumah:

1. Penyediaan dokumen perjanjian jual dan beli
2. CKHT 2A (Cukai Keuntungan Harta)
3. S&P stamping
4. Duti setem
5. Pendaftaran di Pejabat Tanah
6. Carian tanah
7. Carian kebangkrapan
8. Travelling
9. Printing
10. Telefon
11. Courier

Perjanjian pinjaman dengan bank merupakan satu lagi kos yang perlu ditanggung oleh pembeli.

Power of Attorny

Boleh digunakan untuk memberi kuasa kepada orang lain untuk menggunakan nama kita untuk membeli hartanah.

Kita boleh masukkan pelbagai syarat di dalam Power of Attorny termasuklah sekiranya salah seorang rakan kongsi di dalam dokumen tersebut meninggal dunia, keuntungan daripada sesuatu transaksi boleh diwariskan kepada anak.

#Sekiranya harta kurang RM 500K, urusan untuk pindahkan hak si mati kepada anak boleh dilakukan di Pejabat Tanah.

#Sekiranya harta lebih RM 500K, urusan untuk pindahkan hak si mati kepada anak boleh dilakukan dibuat di Mahkamah Tinggi.

Kaveat adalah sekatan yang dikenakan ke atas sesuatu hartanah. Setiap kaveat terpakai untuk 6 tahun.

Pindah nama hartanah daripada ibu bapa kepada anak-anak diberikan pengecualian stamp duty atas dasar kasih sayang.

Pindah nama hartanah di antara adik beradik masih dikenakan stamp duty.

Pindah nama hartanah di antara suami isteri dikenakan stamp duty 50%.

Semua dokumen pembayaran lawyer, renovation rumah, etc perlu disimpan bagi mendapatkan pengurangan cukai apabila rumah itu hendak dijual kelak.

Peguam kemudiannya menerangkan tentang dokumen yang perlu disediakan bagi membuat pengeluaran Akaun II KWSP bagi tujuan membeli rumah. Secara dasarnya kena ada Dokumen Perjanjian Jual Beli, Salinan Geran dan Offer Letter Pinjaman Bank.

Sublet       

Slot terakhir seminar nih berkisar tentang Sublet di mana secara ringkasnya kita sewa umah orang. Kemudiannya kita sewakan semula rumah tuh.

Sewa rumah tersebut daripada tuan rumah sekurang-kurangnya 2 tahun. Paling elok 3 tahun.

Buat tambahan bilik menggunakan gypsum board dengan kebenaran tuan rumah.

Lengkapkan rumah dengan perabot yang dibeli di kedai second hand.

Sila jangan ambil pekerja asing atau pelajar asing sebagai penyewa kerana banyak masalah boleh berlaku.

Ambil gambar bilik dan rumah sebelum kunci diserahkan kepada penyewa untuk dibandingkan keadaan bilik dan rumah sebelum dia pindah keluar dari bilik dan rumah tersebut kelak.

Perjanjian sewa mesti disediakan.

Boleh juga sewa office space dan buat sublet.

Buat iklan dummy untuk tengok pasaran kat kawasan tuh dan untuk kumpul database.

Sebelum seminar berakhir, Tuan Naza pesan suruh kitaorang baca buku How To Win Friends and Influence People by Dale Carnegie.

Seminar hari kedua nih ditamatkan pada 530 petang.

Den rasa berpuas hati dengan semua input dalam seminar nih especially pasal Profile Loan Bank tuh. Sangat terperinci dan memang den tak pernah tau pun kena sediakan semua maklumat tuh.

In sya Allah bila den pergi kelas or seminar lain anjuran NBG nih kelak, den akan cuba ceite dalam blog nih k. Cumanye den memang tak dapat cerita in detail la kan sebab ada isu hak cipta terpelihara tuh tapi in sya Allah den akan cuba bagi ringkasan seterperinci yang boleh yang den harapkan dapat beri nilai tambah sedikit sebanyak kat sapa-sapa yang baca blog den nih k.

0 Comments