Ada scene Bruce Lee masa mula-mula dia jumpa IP Man untuk berguru dengan IP Man. IP Man tanye ‘berapa laju pergerakan nko’ camtuh la. So lepas Bruce Lee cuba buat beberapa pergerakan masa IP Man nak hisap rokok, ianya diakhiri dengan Bruce Lee menendang air dari teko. So kat sini kiasannya adalah pada satu masa nanti, gerakan Bruce Lee adalah lebih laju daripada air mengalir camtuh la.

Mike Tyson, sorang tauke yang menganjurkan perlawanan haram kat gudang dia nak sangat-sangat tapak sekolah di mana anak IP Man bersekolah. Dia nak tapak tuh untuk besarkan lagi bisnesnya. So ada la scene konco-konco dia buat kecoh kat sekolah termasuklah bakar sekolah, etc. Tapi of coz la IP Man dan anak-anak murid dia menyelamatkan keadaan.

So sakit la hati Mike Tyson tuh sebab orang dok sebut IP Man terror camtuh. So dia pun sebarkan la info yang dia nak berlawan dengan IP Man.

Akhirnya IP Man pi jumpa Mike Tyson dekat gudang dia untuk berlawan. Mike Tyson, the true gentleman gittew cakap dekat IP Man kalo IP Man berjaya berlawan dengan dia dan masih standing strong lepas 3 minit, dia akan lupakan hasrat dia untuk take over kawasan sekolah tuh.

Jenoh jugak la IP Man nih kena belasah dengan Mike Tyson. Kungfu IP Man nih walopun laju tapi lemah lembut. Tumbukan Mike Tyson nampak masih padu dan mantop walopun dah lama kot dia tak boxing lagi. Lepas tuh si IP Man kan kuruih haluih.

Bila dibandingkan dengan Mike Tyson yang sado tuh memang la den macam ‘boleh ke IP Man lawan Mike Tyson nih’. Jenoh jugak IP Man kena belasah dengan Mike Tyson tapi lepas 3 minit, dia masih kekal berdiri. Buong kata kalo lawan takde jangka masa tatau IP Man bley standing strong ke tak coz memang tumbukan Mike Tyson sangat power.

#mujoq la kan Mike Tyson tak gigit telinga IP Man masa berlawan tuh hehehheehhehe.

Anak IP Man berkawan dengan anak penarik beca merangkap peserta yang selalu bertanding dekat gudang milik Mike Tyson tuh. Den tengok mamat nih den teringat dekat Joey pelakon lawak kita tuh plak ehhehehehe.

Mula-mula Mr Cheung nih macam okay je tapi bila dicucuk-cucuk oleh wartawan yang dok kata kalo dia nak buka kelas mengajar kungfu dia kena buktikan dia adalah Tok Guru yang terbaik, abih la semua Tok Guru Kungfu yang dok ada dia lawan.

Masa Mr Cheung nih dok ajak IP Man berlawan kat satu event nih, IP Man tak dapat nak datang coz dia dok abiskan masa dengan wife dia yang sakit kanser perut. Dia siap belajar menari untuk wife dia.

Ada dua versi kungfu Wing Chun. Mr Cheung tuh dok kata kungfu Wing Chun dia yang original camtuh.

Ala-ala macam Silat Cekak kita la kot yek. Kita ada Silat Cekak Hanafi dan Silat Cekak Malaysia and at one time both persatuan kata Silat Cekak depa merupakan Silat Cekak asli dan asal camtuh la.

Scene lawan antara IP Man dengan Mr Cheung tuh memang sangat best coz depa ada skill yang lebih kurang sama iaitu seni kungfu Wing Chun dan saiz badan depa pun lebih kurang je, kuruih haluih. So macam sepadan sangat la depa bertanding. Of coz la IP Man menang coz kelebihan dia adalah pergerakan dia yang lebih laju berbanding dengan Mr. Cheung.

Kesimpulannya scene IP Man berlawan dengan Mr Cheung dan masa IP Man berlawan dengan Mike Tyson dalam movie nih adalah lebih meletops daripada scene Superman berlawan dengan Batman especially bila Batman katok kepala Superman dengan sinki. Macam sakit hati sangat sebab Superman tuh superhero yang ada kuasa meletops kot tapi hang pi katok kepala dia dengan sinki je. Sinki okay. Eh....perasaan tak puas hati dengan movie Batman vs Superman tuh ada lagi rupa-rupanya hahahahahha.

4 stars untuk movie nih coz den memang ada soft spot skit dekat Donnie Yen nih hahahhahahaha. Jalan ceite simple tapi menarik. Kung fu Donnie Yen memang lemah lembut coz dia pun asalnya adalah peserta Wushu. Dah 51 tahun Donnie Yen rupanya. Masih sweet cuma dia macam lebih kuruih daripada movie sebelum nih. Harap-harap dia tak kena kencing manis la kan.

Sapa-sapa minat cerita kungfu boleh la tengok ceite nih.
sumber wikipedia

3 Comments

  1. Hang punya sinema comments ni bole buat wartawan hiburan d Malaysia ni tukar profession ..gi jual cendol pulut kat simpang..hahahaa

    ReplyDelete
  2. Hang punya sinema comments ni bole buat wartawan hiburan d Malaysia ni tukar profession ..gi jual cendol pulut kat simpang..hahahaa

    ReplyDelete
  3. Hahahhaha....terima kasih banyak-banyak. Ulasan orang blur memang camnih.

    ReplyDelete