Buku nih jalan ceitenye simple tapi menarik. Ceite pasal Sunny, orang putih dari Amerika berumoq 38 tahun yang membuka kedai kopi di Kabul, Afganistan lepas dia frustrated dengan life dia di Amerika.

Pekerja kat kedai dia ada 4 orang. Bashir Hadi, seorang tukang masak. Ahmed, guard yang jaga pintu masuk kat kedai tuh. Halajan (emak Ahmed), waitress dan tukang kemas. Yazmina, tukang kemas.

Setiap orang pekerja dia ada ceite tersendiri.

Yazmina, mengandung tapi suaminya meninggal dunia kena bom dengan Taliban.

Halajan, 60 tahun pernah hidup di zaman pre-Taliban. So dia a bit moden dan a bit rebellious. Dia hisap rokok.

Ahmed, sorang mamat yang sangat berpegang pada tradisi.

Sunny buat kedai kopi kecik nih macam-macam untuk menarik orang datang ke kedai tuh. Dia pasang tv besar. Buat sambutan Krismas dan Easter. Panggil Dr daripada United Nation untuk bagi talk bagi isu kesihatan wanita dan talk oleh pejuang human rights.

Ceite nih berkisar pasal life diaorang dekat kedai kopi tuh.

Of coz ceite nih happy ending walopun ada tragedies along the way.

Buku nih ceite a few stuff pasal tradisi dan adat orang Afganistan. Antaranya:

1. Orang perempuan pergi mana-mana even pergi pasar pun kena ditemani oleh orang lelaki yang muhrim depa.

2. Perempuan dan lelaki yang bukan tak boleh berkomunikasi secara terbuka.

3. Purdah wajib dipakai apabila perempuan keluar dari rumah.

4. Rumah, kedai dan sekolah dibom diterima macam perkara rutin di Kabul. Lepas mana-mana tempat dibom, depa bersihkan kawasan tuh, hantaq orang yang cedera pegi spital & depa teruskan hidup macam biasa.

5. Perempuan yang mengandung tapi suaminya meninggal atau mengandung sebab dirogol atau dihalau dari umah keluarga suaminya biasanya akan dibunuh.

6. Kebanyakan budak lelaki akan dilatih untuk joint Taliban.

7. Kebanyakan budak perempuan samada akan dibunuh masa kecik atau end up jadi pengemis dan pelacur.

8. Prostitution is a reality.

9. Industry opium (poppy field) adalah industry terbesar di Afganistan. Ibu-ibu yang ada babies dan toddlers akan hembus asap dadah nih ke muka anak-anak depa supaya depa lalok dan tak kacau mak depa buat keje. So depa dah memang didedahkan dengan dadah daripada kecik lagi. Sebab tuh ramai penduduk Afganistan addicted to dadah (dah banyak documentaries dan articles pasal nih pernah dibuat).

10. Seorang balu boleh berkahwin semula sekiranya anak lelakinya bersetuju dan menguruskan perkahwinan tuh.

A great read. 3.5 stars.

Den dah baca buku nih bulan lepas kot cuma tak sempat-sempat nak buat review. Cumanya bila nak tulis entry nih, den ala-ala terbaca lagi sekali buku nih sebab ianya best + den dah agak-agak terlupa apa ceitenye hehehehhehe.

p/s 1 baca buku nih buat den rasa bersyukur sebab dilahirkan dan membesar kat Malaysia.

p/s 2 sejak-sejak den dok baca buku heavy (untuk den la), langsung dah terbantut plak agenda membaca sepanjang zaman camtuh haisshhh.

0 Comments