Finally terpaksa jugak hadir kursus nih setelah beberapa tahun mengelakkan diri. Kalo tau dulu akhirnya akan kena jugak hadir kursus nih, den pi la sejak dulu lagi kan. Nih la bak kata peribahasa bertangguh-tangguh keje, akhirnya kena buat jugak. Eh ada ke peribahasa macam nih hahahhaahha.

Untuk den yang sel-sel otak yang dah macam tepu semacam nih, pi kursus takpa lagi. Yang tak beberapa nak chantek adalah kalo kursus tuh siap ada exam, tuh yang buat den macam susah hati kuasa 40 (nih jugak la alasan kenapa den dok elakkan diri menghadiri kursus nih).

23 - 27 Mei berkursus di Bandar Baru Bangi. Ada 19 orang peserta, 4 orang je perempuan. Jarang kan perempuan skit kat mana-mana kursus, at least mesti sama bilangan dengan peserta lelaki. Nih la first time den pi kursus peserta perempuan kurang daripada peserta lelaki.

23 Mei - kuliah the whole day. Okay je la kuliah. Kita dengaq dan belajaq skit pasai Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan yang berkaitan dengan kursus kitaorang nih.

24 Mei - pagi kuliah pasal pengambilan sampel di lapangan/tapak. Nih den tak dapat joint coz dok kalut buat passport huhuhuhuhu. Mujoq la petang masa practical cara-cara mengambil sampel den sempat masuk. Kuliah hari nih terpaling penting coz ini yang akan dibuat ujian kompetensi tapi apakan daya huhuhuhu.

25 Mei - kuliah pasal pengawetan dan membuat bahan pengawet. Lepas lunch practical membuat bahan pengawet. Memang mengenang kisah lama zaman belajaq lagi-lagi praktikal kat PORIM dulu la. Buat pencairan asid, timbang bahan kimia, etc. Sungguh mengenang kisah lama.

Malam nih kat umah berangan nak study. Alih-alih tidoq terbongkang. Tapi tidoq malam terjaga-jaga coz dok risau la pasal test esok. Memang la tragis kan. Orang tidoq tak lena mandi tak basah sebab kenangkan chenta tak kesampaian ke apa. Den tidoq tak lena coz susah ati nak amik competency test esoknya.

26 Mei - Pagi-pagi sampai je kat bilik kuliah, study la dengan kawan-kawan yang dok ada sementara tunggu giliran den. Rasa macam dah abis hafal dah teori macam mana nak buat pensampelan. Masa buat competency test tuh, baru la den tau langit tinggi ke rendah camtuh perumpamaannya. Rasanya dah buat ikut teori dah tapi macam-macam la yang berlaku dekat tapak pensampelan tuh dengan kertas litmus jatuh bersepah, asid tertumpah kat tepi longkang, penutup botol sampel tersangkut, cari rod kaca tak jumpa, etc. Dalam 40 minit jugak la membuat pensampelan dan mengisi borang-borang yang berkaitan.

Lepas lunch tuh, tanya pemeriksa den lulus ke tak tapi dia kata takpe je, dah boleh balik. Kalo tak lulus nanti kita pi minum dekat Bangi Gateaway ke apa.

27 Mei - final lecture for the course pasal kes-kes yang pernah dibawa ke mahkamah. Pegawai Pendakwa ceritakan apa yang boleh menyebabkan kalah kes (gagal membuktikan prima facie, etc). Kebanyakannya disebabkan oleh isu teknikal. Harap-harap den tak perlu la kan masuk court nanti huhuhuhuhu.

Den bajet-bajet semua peserta kursus lulus la kot kan coz depa tak suruh ulang buat pun test nya hahahhahaha.

Untuk umoq-umoq macam den nih ha, kalo ada kursus yang melibatkan exam camnih memang la buat sakit jantung camtuh. Asal nama exam ka, test ka dan seumpama dengannya memang la kan dia berdebar-debar tuh lain macam membawa kepada insomnia.

Attending this course jugak merupakan salah satu sebab nape lama tak update blog. Busy fokus dalam kelas + busy dok bersusah hati risau pasal test tuh.

Alhamdulillah semuanya sudah selesai hari ini.

0 Comments