Den terjumpa pasal buku nih kat fb. Tak ingat sapa yang share. Langsung teruja nak baca coz untuk den yang memang tatau dan tak beberapa amik tau sangat pasal politik Malaysia coz I am so lazy like that, figura Abdul Taib Mahmud nih macam mysterious dan legend. Dia seolah-olah untouchable walopun ada beberapa perkara yang dikaitkan dengan dia macam hal pembalakan, etc.

Langsung terus den whatsapp penulis dan beli buku nih. Amboi no...kalo buku camnih laju je den beli kan, kalo buku mari mengaji tuh macam tak terperasan je. Dasar sungguh.

Den nih kalo pasal konspirasi or kontroversi memang la den kadang-kadang tersuka nak baca. Sebab tuh den suka baca website Vigilant Citizen ceite pasal Illuminati, One World Order, etc. Eh dah terkeluaq topic plak.

Buku yang heavy untuk den yang suka baca buku macam Knight In Shinning Armor oleh Jude Deveraux huhuhuhuhu. Ada beberapa perenggan yang den kena ulang baca sebab tak beberapa nak paham. Orang cerdik pandai memang camnih.

Lepas baca buku nih, den boleh buat kesimpulan yang Abdul Taib Mahmud adalah seorang strategist yang cemerlang gittew. Walopun dalam buku nih memang ada ceite pasal hal-hal pembalakan, perniagaan, etc yang berlaku di zaman pemerintahan beliau sebagai Ketua Menteri Sarawak, kita tak boleh menolak hakikat yang beliau berjaya mengekalkan jawatannya selama 33 tahun kerana beliau berjaya menyusun strategi dengan tersangat baik (samada strategi-strategi tersebut member kesan positif atau negatif kepada rakyat).

Antara maklumat dalam buku nih yang menyebabkan den rasa beliau adalah a great strategist adalah:

1. membawa masuk Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) bagi mengurangkan pengaruh Sarawak National Party (SNAP). Pergeseran politik antara dua parti elit Dayak sebabkan depa tak dapat jadi kuasa yang kuat untuk mencabar Abdul Taib Mahmud;

2. menghalang kemasukan UMNO ke dalam BN Sarawak;

3. menjaga hubungan dengan memenuhi 5 tuntutan Kerajaan Persekutuan;

4. menguasai ekonomi Sarawak melalui macam-macam kaedah;

5. menubuhkan elit politik yang merangkumi Effendy Norwawi, Adenan Satim, Abang Johari Openg, Alfred Jabu Numpang dan Awang Tengah Ali Hassan;

6. menubuhkan elit perniagaan dalam macam-macam bidang termasuklah pembalakan, Empangan Bakun, etc;

7. Sarawak sebagai Fixed Deposit kepada BN untuk terus memerintah Malaysia;
banyak gila bisnes yang beliau terlibat sebagai shareholders, etc dan

8. banyak lagi fakta sampai den pun terpening-pening heheehehe.

Den baca buku nih dalam masa 3 hari masa on the way pergi dan balik site.

3.5 stars walopun heavy la untuk den. Kena baca sendiri la kot coz penuh fakta yang berat-berat belaka untuk den nih hehheheheheh.

Kena baca kalo nak faham kenapa:

1. walopun Adenan Satim adalah Ketua Menteri Sarawak sekarang tetapi kuasa pemerintahan sebenar masih dipegang oleh Abdul Taib Mahmud;

2. BN memberikan peruntukan banyak gila kepada Sarawak bagi menjamin kesinambungan pemerintahan BN di Malaysia;

3. Abdul Taib Mahmud tak ketengahkan anak-anaknya sebagai pengganti dia (nih ada macam kelakar skit);

4. NGO Alam Sekitar tidak dapat membongkar secara terperinci pasal isu pembalakan di Sarawak; etc.

Serious banyak fakta. Serious a heavy book. Matik la kan nak konon-konon buat review buku tapi macam tak reti nak review buku yang penuh berfakta yang serius camnih.

Alhamdulillah selesai 1 bullet lagi untuk Reading Challenge 2016 iaitu ‘a book published this year’.

0 Comments