Semalam den ikut Kelab Sukan dan Kebajikan opis den buat program Kembara Amal di Maahat Tahfiz di Hulu Langat. Most of my friends terkejut den joint program tuh coz selama depa kenai den, den sangat la malaih baloq nak joint program yang melibatkan beramah mesra bersama orang ramai. Hari Keluarga opis den pun tak den pernah pergi. So boleh agak la kan den punya malaih baloq tuh camne.

Den pun sendiri macam dok terpikiaq ‘pasai pa la aku nak joint program nih. Nak menginsafkan diri ke aku nih atau memang ala-ala buang tebiat’. Dua, tiga hari program nak berlangsung, ada a few staff tarik diri coz of lots of reasons. Den dok terasa macam ‘aku nak tarik diri ke tak’ tapi disebabkan dok kalut pi kursus, etc, den pun tak sempat nak buat final decision samada nak menarik diri atau nak kekal joint.

Sudahnya den pun joint la juga program nih dengan harapan konon-kononnya rasa macam nak memberi manfaat kepada orang lain tapi bila den dah melalui program nih, den sedaq Allah gerakkan hati den untuk joint program nih supaya orang lain dapat memberi nilai tambah kepada diri den.

Masa mula-mula kitaorang nak pi sana, dimaklumkan yang kumpulan pompuan yang 7 orang je nih kena masak untuk lunch. The guys dalam 20 orang akan gotong royong cat madrasah or asrama dan bersihkan kawasan sekitar. Dah den dok risau coz den yang paling senior kot, kalo depa suruh den lead memasak memang la den pitam kan coz kalo signature dish hang adalah ayam masak kicap, so apakah harapan yang dok ada.

Alhamdulillah ada satu kumpulan NGO yang joint kitaorang yang jadi lead chef. Lega hati den. So den pun membuat tugasan biasa iaitu mengupas dan memotong kentang dan bawang. Lepas tuh menyibuk la sekupang tolong kacau sayoq. Tuh je la pun yang den boleh buat tanpa menyebabkan kepeningan kepada semua.

Masa dok kupas kentang tuh, sembang dengan pembantu kat situ pasal madrasah kat situ. Kalo den tak salah, camni la infonya:

Tanah untuk Maahat Tahfiz tuh diwakafkan oleh tuan tanah iaitu sepasang suami isteri. Kedua-duanya merupakan peguam yang mempunyai dua buah firma guaman. Satu per tiga pendapatan depa diinfaqkan untuk operasi maahad tuh.

Operasi Maahat nih sebahagiannya adalah daripada sumbangan orang ramai.

Maahad nih diuruskan oleh 4 orang ustaz dari Indonesia, Arab dan lagi dua Negara yang den dah terlupa. Students ada 50 orang camtuh. 4 orang je student perempuan setakat nih. Students ada dari dalam dan luar Negara (Vietnam, Cambodia dan lain-lain) berumoq antara 6 - 18 tahun.

Masa den beratoq nak makan tengahari, den sembang la dengan 2 orang budak tahfiz yang beratoq belakang den. Rupa-rupanya sorang dari Ho Chi Minh dan sorang lagi dari Cambodia. Fasih gila cakap Bahasa Melayu k.

Lepas tolong kacau sayoq sekupang tuh, den melepak kat tepi sungai dengan sorang wakil NGO tuh. Sejuk hati dengaq dia ceite pasai abah dia yang melatih depa 5 beradik untuk membuat perniagaan daripada kecik lagi. Umoq dia sekarang 27 tahun dan dah 4 tahun buka bisnes printing. Den masa 27 tahun dok buat ape yek? Oooo sibuk dok berjimbaan tak ketahuan mengabiskan beras. Haishhh.

Hasil keuntungan perniagaan printing tuh dia memang berikan bantuan pada golongan yang memerlukan. Lama-lama ramai orang nak joint memberi sumbangan melalui syarikat dia. So di samping dia uruskan bisnes, dia buat charity sekali.

Intipati cerita nih adalah apabila kita memperoleh rezeki yang sangat baik (dengan kata lain bila kita banyak duit la kan), kita sepatutnya membelanjakannya di jalan yang sepatutnya bagi memberi manfaat pada orang lain.

Kita kena berazam nak ada rezeki berlebihan untuk kita sumbangkan pada orang lain camtuh la kot.

Memang boleh kita bersedekah dengan apa yang kita ada sekarang (ianya memang digalakkan pun) cumanya kalo kita ada lebih, we can give more camtuh.

So kita kena terus bersedekah dengan apa yang kita ada sekarang di samping menambahbaik hidup kita supaya ada duit berlebihan untuk disumbangkan kepada kesejahteraan semua.

p/s Sejak-sejak nak masuk Ramadhan nih, entry blog nih macam mellow je kan hehehehe.

0 Comments