Hotel yang dalam perjalanan dari Seremban ke Melaka baru den booking through Agoda. Buong kata cari hotel bajet yang murah tapi agak-agak tidak ngeri sebab kitaorang sampai pun dah dalam kul 730 pm camtuh.

Hotel nih dalam 5 minit je perjalanan ke Dataran Pahlawan dan macam-macam tempat menarik kat Melaka tuh macam A Famosa, Muzium Samudera, Muzium TLDM, restoran asam pedas, tempat shopping souvenirs, Mahkota Parade, etc. Berjalan kaki pun boleh jugak tapi dalam 15-20 minit jugak la.



Den booking bilik katil super king dengan harga RM 69 tanpa breakfast through Agoda. Kena tambah RM2 masa check in untuk heritage fee (boss cakap kat oversea biasa je ada heritage fee nih. Kat Malaysia je orang jarang sangat letak).

Lobi dia cozy sangat k. Ada beberapa kerusi macam kerusi orang bersanding tuh untuk kita duduk sementara menunggu giliran nak check in atau check out. Kita akan diberi pass untuk parking di sekitar kawasan hotel. Mungkin disebabkan hotel kat Melaka nih banyak sangat, tak crowded sangat kat kawasan hotel nih. Kitaorang ada rejki parking betoi-betoi depan entrance hotel walopun di malam 31 Ogos 2016.
F photobomb gambo nih plak


Kerusi pengantin

Bilik dia surprisingly super best k. Walopun tak dapat katil super king, hotel bagi kitaorang bilik yang luas dengan 1 katil Queen dan 1 katil single. Bilik memang modern design yet simple. Katil Queen dan katil single tuh diletakkan di ruang yang dipisahkan dengan partisyen untuk letak tv. So bilik tuh memang luas k. Seronok sangat budak nih berlari-lari. Memang selesa sangat untuk family of four macam kitaorang nih.






Bilik air dia yang terpaling den suka sebab luas dan selesa sangat-sangat. Shower pun kuat, memang best. Rasa macam nak mandi berjam-jam sebab memang best panchoq dia tuh.




Siaran tv yang dok ada channels biasa je tapi memang tema dia supaya kita tak melekat kat bilik la kot. Dia suruh kita berjalan-jalan menyumbang kepada ekonomi Negeri Melaka.

Depan hotel nih ada Cafe Mawaddah dan kedai dobi. So kalo kita tak amik pakej breakfast tuh memang boleh menapak je pi breakfast dan lunch kat Cafe Mawaddah. Belakang hotel plak memang ada 2,3 restoran. So memang takde masalah la nak cari makanan kat area nih.

Rasanye hotel nih adalah hotel bajet yang paling best dan selesa yang kitaorang pernah pergi. Memang sangat value for money.
Ruang nak menghala ke lif pun comei
Untuk sapa-sapa yang nak mai Melaka, boleh pertimbangkan untuk melepak kat hotel nih kalo temanya hanya untuk mencari tempat tidoq yang selesa sambil berjalan-jalan di bandar Melaka. Kalo tema nak bawa anak-anak mandi taman tema bagai memang tak dapat la kat hotel nih.

Serious hotel nih sangat best.

0 Comments