Disebabkan den tatau INSKEN ada sediakan penginapan masa Kursus Budgeting pada 29-30 Ogos lepas, den memang booking bilik hotel nih supaya buong dan kiddos boleh berehat-rehat masa den pergi kursus tuh.

Hotel nih memang sepelaung je dari AEON Jusco Seremban 2 dan DS2 Mall. Memang boleh jalan kaki. Dekat jugak dekat deretan rumah kedai yang ada kedai mamak, bank, etc.

Hotel nih 3 bintang tapi den rasa macam hotel nih yang paling biasa sangat yang den pernah pergi. Memang biasa-biasa sangat daripada segi bilik dia, makanan dia, pool nya, etc.

Den bayo RM106 untuk bilik superior 1 katil queen. Complimentary breakfast untuk 2 orang. Late check out sampai kul 4 pm kena bayo another RM50. Budak-budak 6 tahun ke atas RM10 untuk breakfast (tapi F tak kena bayo sebab maybe orang tak ramai kot so mamat yang jaga kaunter masa tuh baik hati suruh masuk je. Tq encik yang baik hati).

Tatau dah berapa lama hotel nih tapi perabotnye semua dan design nye ala-ala old school gittew. Cadar dan tuala adalah nipis, keras kering dan dah kelabu-kelabu sebab mungkin dah selalu sangat diguna dan dibasuh. Bantal pun dah lemek-lemek dah.







Iron dan sejadah memang takde disediakan dalam bilik. Ada complimentary drinking water dan teh/kopi macam hotel-hotel lain. Ada disediakan mini fridge.

Bilik seminar quite okay. Selesa dan mic, etc berfungsi dengan baik.

Siaran tv okay ada Cinemax. Siaran astro yang lain den tatau sebab den tak sempat tengok tv pun sebab sibuk berkursus.
Depa dok conteng buku nota kursus den. Happy je depa nih asal tak payah pi sekolah
Pool pun design dolu-dolu tapi budak-budak nih heran apa. Yang penting depa dapat mandi. Walopun ujan renyai-renyai depa bantai mandi jugak. Kalo demam memang nasib je la.



Kepelbagaian makanan memang sangat sedikit. Breakfast ada nasi lemak, bubur, sosej, baked bean, roti dan jem, kaya dan butter. Ayaq jus oren. Ayaq kopi dan teh. Buah tembikai. First time kot den rasa hotel yang tak sediakan cereal masa breakfast. Lunch ada 4 jenis lauk. Buah tembikai dan tembikai susu. Ada ulam 2,3 jenis dengan sambal belacan dan keropok. Minum pagi dan minum petang, mee atau maggi goreng yang perisanya sama.

Disebabkan kursus budgeting INSKEN buat kat sini so kitaorang menginap kat sini tapi kalo den berjalan-jalan sendiri aktiviti berjimbaan memang tak menginap la kot sini rasanya coz ada hotel harga mampu milik yang lagi okay rasanya kot kat Seremban nih.

0 Comments