Ahad lepas (21 Ogos) den menghadiri Kelas Teori Intensif Bisnes Borong di China di Bandar Baru Bangi dengan bayaran RM 95 untuk dengo taklimat dari 9 am sampai 5 pm. Biasa la den pi mana-mana kursus memang lone ranger sebab tak dak kawan-kawan yang minat nak pi sama. Budak-budak memang tinggal dengan papa depa almost satu hari suntuk tuh.

Tuh first time den dengo taklimat pasal memborong di China.

Den rasa dengan bayaran RM 95, memang totally worth la taklimat nih coz banyak info yang depa habaq. Antaranya:

1. Tempat-tempat untuk memborong pelbagai jenis barangan di Guangzhou dan Yiwu (beg tangan, jam, gadgets, pakaian, hardware, perabot, tekstil, elektronik, etc). Serious almost semua barang ada kat China nih.

2. Tips macam mana nak memborong di China daripada tips untuk pastikan duit bukan palsu, tidak ditipu pemandu teksi, minimum order, kena bawa penimbang, etc.

3. Masa yang kurang sesuai untuk pergi memborong di China. Masa Canton Fair, Gong Xi Fa Chai, Hari Buruh dan Hari Merdeka.

4. Jenis pengangkutan yang bersesuaian untuk ke satu-satu tempat (bas, metro, tuk-tuk, teksi, etc).

5. Tips dan etika berurusniaga ketika memborong.

6. Macam mana nak bid harga terendah untuk setiap barangan yang nak diborong.

7. Macam mana nak communicate dengan peniaga.

8. Cara pembayaran barangan yang dibeli.

9. Pembungkusan barangan yang dah diborong termasuk cara berurusan dengan warehouse.

10. Urusan kargo ke Malaysia termasuk cara berurusan dengan shipping company.

11. Tempat makan halal.

12. Persediaan sebelum pegi memborong di China (passport, visa, etc).

Den ceite secara umum je la sebab memang tak diijinkan oleh penganjur untuk ceite details pasal apa yang dimaklumkan. Kalo nak tau details memang kena pi dengaq taklimat tuh sendiri supaya lebih jelas dan senang kalo nak bersoal jawab kalo tak paham.

In sya Allah bila ada rejki nak memborong di China nanti, den nak joint la depa nih nanti.

Untuk maklumat lanjut pasal seminar nih atau nak joint pi memborong kat China boleh la tengok website depa di http://jbc.my/utama/

Setakat nih, mana-mana kursus yang den pergi pun den rasa ada bagi ilmu dan manfaat sebab memang selama nih den tak pernah pergi mana-mana kursus yang den sendiri nak pergi, dok pergi kursus yang opis anto je.

Tatau la kalo den mudah berpuas hati ke sebab rasa semua kursus okay tapi tuh la pendapat den setakat nih.

0 Comments