Panjang sungguh tajuk entry kan.

Kursus nih adalah salah satu kursus daripada pelbagai kursus yang dianjurkan oleh INSKEN sepanjang bulan Ogos nih.
Nota kami
Ada 28 orang peserta di mana 26 orang memang merupakan usahawan. 2 orang je yang belum berniaga yang of coz la salah seorangnya adalah den hehehhehehee.

Ada beberapa orang pengusaha taska, bisnes emas, hardware, frozen food, event management, Pirate Coffee, cereal, aiskrim, latihan dan perundingan, syarikat guaman, servis cuci fabric (carpet, sofa dan tilam), printing, etc.

Ramai antara kitaorang ingatkan kursus budgeting nih merupakan kursus asas berkaitan kewangan macam nak buat akaun dan cash flow, alih-alih cikgu tuh cakap dalam pengurusan kewangan, budgeting merupakan step ketiga. Patutnya kitaorang mula dengan book keeping dan cash management dulu.

So untuk den yang memang takde basic kewangan dan akaun nih, memang la ada menganga dan blur-blur jugak bila cikgu dok ceite pasal budgeting especially bila melibatkan terms yang berkaitan dengan kewangan tuh. Tapi cikgu memang bertabah la dengan kitaorang coz dengan penuh kesabaran menjawab soalan-soalan basic pasal kewangan dan explained beberapa kali tentang sesuatu perkara.
Cikgu dok ceite pasal jenis income

Antara benda yang diajo adalah:

1. Expected sales, profit and loss, expenses, etc;
2. Cara nak meningkatkan jualan;
3. Jenis pasif income;
4. Return of investment (ROI) atau titik pulang modal (TPM);
5. Untung kasar (gross profit) dan untung bersih (nett profit);
6. Margin;
7. Sikit pasal pengurusan tunai dan stok;
8. Budget boleh dibuat secara tahunan, setiap 3 atau 4 bulan, setiap bulan.
9. Cara nak buat bajet.
10. Kena guna software untuk memudahkan buat bajet, record, etc bagi setiap items yang dijual (kalo bisnes produk).
11. Macam-macam info lagi.

Antara info daripada sesi bergebang-gebang santai dan sesi perkongsian info:

1. Jika nak buka franchise bagi pusat perkembangan/pendidikan kanak-kanak yang dah ada nama, kos yang diperlukan adalah RM300 ribu bagi persediaan ruang taska, peralatan mengajar, modul, latihan, etc. Setiap bulan perlu bayar royalty RM 40/murid. ROI adalah dalam tempoh 3 tahun kebiasaannya.

2. Peserta yang buka hardware ceite dia keje di hardware selama 1 tahun bermula sebagai tukang sapu sehingga akhirnya jadi cashier bagi memahirkan diri tentang selok belok bisnes hardware termasuk mengenalpasti jenis barangan yang dijual dan cara kegunaanya, suppliers, macam mana layan customer, etc. Satu-satu hardware boleh ada hingga 2000 items. Syarikat beliau dalam proses nak membuka cawangan kedua tidak lama lagi. She is one iron lady. Kecik molek comel lote je orangnya. Bukan senang nak senang yek sebab kita kena mengkaji bisnes yang kita nak buat dengan sedalam mungkin supaya kita jadi subject matter expect (SME) gittew.

3. Encik yang buat aiskrim ceite kalo sesuatu produk cuma tulis perasa macam vanilla atau strawberry, etc adalah bukan aiskrim tapi konfeksi sejuk beku. Kalo aiskrim dia akan tulis aiskrim vanilla, aiskrim strawberry, etc yang perlu mengandungi dairy milk 10% ke atas (nih kalo den tak salah dengo la). 99% aiskrim di dunia tak guna gelatine binatang tapi depa guna bahan dari tumbuhan (plant origin) untuk stabilizer. Aiskrim yang dibuat oleh syarikat nih adalah super premium ala-ala sama level dengan Hagen Daz. Sapa-sapa nak order aiskrim nih boleh contact depa at scoopworks.onpay.my.

4. Owner syarikat mencuci fabric (carpet, sofa, kusyen kereta dan tilam) merupakan seorang adik manis berusia 26 tahun, bekas engineer di Perancis. Meletops kan.

Ha...terror kan depa-depa nih. Bermotivasi sungguh duduk dalam group usahawan yang berjaya nih coz dengaq depa ceite experience depa, etc. Serious best.

Kursus nih memberi manfaat macam kursus-kursus lain yang den pernah hadiri jugak cumanya macam mana den nak gunakan input dalam kursus nih je la persoalannya hhehehehehe.

INSKEN sediakan penginapan twin sharing untuk peserta kursus nih. Bayaran RM100 untuk 2 hari kursus, penginapan dan makan 4 kali sehari (breakfast, minum pagi, lunch dan minum petang) adalah sangat murah dan tersangat-sangat berbaloi. Den nasihatkan supaya sapa-sapa yang berkelapangan joint kursus oleh INSKEN nih.

p/s den utang entry pasal kursus Business Model Canvas dan Rancangan Perniagaan anjuran SME Corp yang den attended June lepas. Tatau bila la nak ada kesempatan nak mencoret sekupang dua pasal dua kursus nih.

0 Comments