Gamaknya Hollywood sekarang dah tatau nak buat ceite ape yek. Asyik buat semula atau remake je la keje nye. Sama la untuk movie nih. Remake movie koboi tahun 60an. Den tak pernah tengok movie yang 60an tuh so tak bley la nak compare mana lagi best.

Den memang bukan peminat cerita koboi sejak dulu-dulu lagi sebab jalan ceitenye macam tak menarik (lebih kurang je) bagi den + pemandangan yang tak beberapa nak chantek (padang rumput kale nak coklat oren) + costume tak colourful (mesti warna baju depa putih, coklat, hitam) + pelakon macam comot-comot, berpeluh-peluh sebab panaih ke apa tatau.

 Movie Magnificent Seven nih pun sebenaqnya bagi den macam ceite koboi yang cliché. Ada penduduk kat satu perkampungan nih yang ditindas oleh businessman yang jahat dok melombong emas dan nak merampas tanah depa. So akan ada hero yang sangat terror (dalam movie nih tujuh orang heroes) yang sudi nak bantu dengan melatih orang kampong cara-cara nak menembak, etc. Akhirnya of coz la orang baik yang menang.

Movie nih mengingatkan den pada beberapa movie koboi yang den pernah tengok dulu-dulu, Mask of Zorro, Robin Hood, etc especially scene heroes melatih orang kampong cara nak menembak, memanah, baling pisau, etc + persediaan nak lawan penjahat tuh (buat longkang dan duduk dalam tuh, duduk dalam khemah, etc).

Takde apa yang special sangat pasai movie nih. Scenes biasa dalam movie koboi. Main judi daun terup dan minum arak kat bar, berpeleseran dengan pompuan (tapi scene nih sekupang je dalam movie nih), scene nak bergaduh (pusing-pusing pistol dan masukkan dalam sarung pistol dengan bergaya, sapa yang lebih cekap dan pantas amik pistol dari sarung pistol, sesi pandang memandang antara satu sama sambil bercakap sambil tangan bersedia nak amik pistol, tembak kat kaki dan tangan, menyorok dekat belakang tong ayaq/arak masa tembak, menembak, etc).

The same goes to plots berkawan dengan orang Red Indian, sejenak sebelum bertempur dengan penjahat, ada sekoq group member mengundurkan diri tapi kita tau nanti masa heroes dan penduduk kampung dok kalut berlawan dengan orang jahat, sure dia akan datang joint balik depa bergaduh,etc….normal scenes yang bley dapat dalam mana-mana movie koboi.

Yang buat movie nih special adalah 7 orang heroes tuh atau lebih tepat lagi bagi den adalah 4 orang heroes iaitu Sam Chisolm (Denzel Washington), Josh Faraday (Chris Pratt), Goodnight Robicheaux (Ethan Hawk) dan Billy Rocks (Lee Byung Hun) dan ketua penjahat iaitu Bartholomew Bogue (Peter Sarsgaard).

Disebabkan tak banyak movie koboi yang den tengok, jarang den tertengok movie koboi berkulit hitam. So agak teruja nak tengok Denzel Washington jadi koboi. Den tak tengok lagi movie Django Unchanged, so den tatau camne Jamie Foxx berlakon jadi koboi k.

Dah nama watak utama dan leader kan, harus la Denzel Washington sebagai Sam Chisolm adalah hero yang terpaling terror dok ada sampai tak kena walo sebutir peluru pun padahal kena tembak dengan machine gun…bengong terror nak mampuih aihh. Bagi la logic skit dia terkena sebutir peluru kat bahu ke ape. Nih takdak kena serpihan kaca tingkap pecah pun padahai dia dok berlari dan melompat sana sini masa scene tembak menembak tuh. Insult my intelligence sungguh tau.
lawa side burn
Lepas tuh baju dan vest yang dia pakai tuh tak berkedut langsung k kalah kita yang dah gosok baju dengan seterika Philip yang RM1.5K tuh ye. Walopun dia dah berguling kat tanah, melompat dari satu kedai ke kedai, bergayut dekat kuda masa tembak menembak tuh, etc….baju dia tetap kemas terletak, takde carik walo seketoi, tak dak basah peluh apa pun, topi pun tak jatuh, etc. Dari mula cerita sampai la abis, deni la yang paling handsome dan kachak bergaya.
Walopun sakan dok menembak, baju tetap rapi
Denzel Washington nih memang terror la berlakon kan. So memang la he nailed the character. Biasa la dia selalu berlakon watak yang terror nak mampuih tapi bertenang dan bersahaja bila bercakap. Tak dak apa nak komen pasai dia nih sebab den memang ada soft spot kat dia hehehehhehe.

Dalam kebanyakan movie termasuklah movie koboi memang la akan ada sorang pak lawak. Dalam movie nih watak pak lawak tuh dibagi kat Chris Pratt. Dia nih memang selama nih realitinye memang pak lawak so takdak hal la dia nak jadi Josh Faraday yang terror, konon-konon tak peduli kat perasan orang tapi sebenaqnya amat baik hati dan kelakar. Dalam movie nih, dia la nampak macam busuk-busuk tak mandi.

Chris Pratt adalah abang sado dalam movie nih. So kalo sapa-sapa nak buat drama Melayu ‘abang koboi abang sado abangku sayang’ memang sesuai la bagi kat Chris Pratt nih.

Den suka je la tengok Chris Pratt dalam movie nih sebab den memang minat dia kot sejak-sejak dia berlakon Guardian of Galaxy. Lepas berlakon movie Jurassic Park teruih boom mamat nih padahal dulu boroi je masa berlakon drama series Parks and Recreation. Kalo dia jaga disiplin, tak merapu-rapu, rasanya dia boleh jadi leading man lama menggantikan heroes yang nak pencen yang dok ada la nih.

Ethan Hawk as Goodnight memang sajak. Nampak tua plak dia dalam movie nih. Nampak tua dia daripada Denzel Washington padahal dia baru 45, Denzel dah 61. Dia nih antara pelakon Hollywood yang baguih pada pendapat den tapi tatau pasai pa dia takdak rejki nak meletop dalam kategori A lister.

 Lee Byung Hun as Billy sesuai je sebab watak tak heavy mana pun. Sebelum kebanyakan orang kenai dia sebab dia berlakon movies GI Joe, den dah berkenan kat dia masa dia dok berlakon drama dan movie Korea lagi. Den minat dia masa ceite Korea sebab dia muka lelaki macho Korea, bukan muka jambu macam pelakon/penyanyi Korea yang ramai la nih. Payah dah rasanya nak jumpa pelakon/penyanyi Korea yang muka jantan. Ramai yang muka jambu.

Dia nih memang haluih je. So bila dia berdiri sebelah Chris Pratt dalam movie nih memang la terserlah kuruih kering mamat nih.

Yang lagi 2 orang heroes tuh pernah nampak depa berlakon tapi tak ingat la movie ke drama apa.

Hero yang red indian tuh den memang tak kenai la. Dalam movie nih pun dia tak luka tapi macam logic skit sebab dia banyak duduk atas bumbung memanah penjahat, so payah la skit nak kena tembak gamaknya.

Peter Sarsgaard sebagai ketua penjahat mantop sangat walopun watak dia sekupang dua je. Dia nih jarang berlakon movie komersial (ke den yang tak pernah tengok movie yang dia berlakon). Dia banyak berlakon indie movie dan juga merupakan abang ipaq kepada the delicious Jack Gylenhall.

Watak Matt Boomer tak sampai 5 minit rasanya. Handsome tapi gay la plak in real life. Sayang sungguh. Kalo tak dia nih la jadik Superman sebelum watak tuh dibagi pada Henry Cavill. Mungkin penerbit ke executive risau orang tak setuju Superman dilakonkan oleh seorang gay.

Movie nih bagi den 3 bintang.

Sapa-sapa nak tengok heroes mantop-mantop jadi koboi dan menghayati kekachakan lelaki sejati, boleh la tengok movie nih. Menarik dari mula sampai abis cumanya jalan cerita yang cliché, tak dak apa yang unik pun.

p/s baru perasan heroes yang den suka masa den 20an dulu semua dah cecah umoq 50an. Maknanya den memang la sudah dimamah usia camtuh.

0 Comments