Lepas lunch kat Bale Udang tuh, den pergi beli souvenirs sekupang dua kat Krishna. Kata Pak Eddie kalo nak shopping souvenirs di Bali nih, pergi kat Krishna atau Bali Agung coz depa ala-ala one stop centre.

Lepas shopping sekupang kat Krishna tuh kitaorang pi makan aiskrim kat Gusto Gelato & Caffe. Kata member den, aiskrim nih famous kat Bali. Dari Krishna tuh nak ke kedai aiskrim nih dalam 10 minit je naik skuter.

Pencarian kedai aiskrim nih dibuat guna google map. Mujoq sangat la kan kitaorang naik skuter sebab payah gila nak parking kete kat sini sebab takde ruang parking kecik sangat. Dah la kedainya betoi-betoi tepi jalan yang agak sibuk. Kalo bawa skuter bley parking kat belakang kedai.
Masuk je ke kedai aiskrim nih, ternampak iklan untuk sewa @ pajak tanah kat Bali nih. Kalo ada RP 700 juta bley la buat resort kat sini

Kedainya comei lote je. Ada ruang makan kat dalam kedai dan ruang makan yang lebih besar di luar kedai. Cosy tempat nih. Ramai budak-budak muda remaja (langsung terasa tua) dok makan aiskrim sambil bergelak ketawa kat sini.

Ramai gila orang beratur nak membeli aiskrim. Ada pilihan nak aiskrim dalam cawan atau kon. Den tak perasan plak ada kon tuh. Dah order yang dalam cawan baru nampak ada orang makan aiskrim kon tuh. Cawan plak ada yang kecik, sedang dan besaq. Kitaorang amik yang cawan sedang tuh. Kalo cawan sedang dia akan bubuh 3 scoops ice creams. 2 cawan sedang nih rege dia RP 84,000 @ RM 28.
Ramai peminat aiskrim rupanya

Bayaq dulu kat kaunter dan dapatkan resit bayaran. Lepas tuh tunjuk resit bayaran kat pekerja yang akan sediakan aiskrim tuh. Disebabkan orang ramai dok tunggu giliran makanya kena buat keputusan cepat nak makan aiskrim perisa apa. Toksah dok blur-blur sebab nanti kena tohmahan plak sebab lembap sangat nak pilih perisa aiskrim.
Ish....tangan sape tatau yang interprem gambaq den nih
What's you flava...tell me what's your flava...craig david
Disebabkan banyak sangat perisa aiskrim yang dok ada + kalut sebab kena pilih cepat-cepat, makanya den terpilih perisa vanilla + honey crunchy + bijan. Tak adventure langsung kot makan aiskrim perisa vanilla + honey tuh sebab dah biasa makan kot kat Malaysia. Plain betoi la den nih. Haishhh. Yang paling tak bley blah bley pilih perisa bijan plak tuh. Memang rasa bijan. Bengong betoi.
Mine : vanilla + honey crunchy + bijan

Member den punya pilihan perisa macam menarik la jugak sebab perisa buah naga bagai.
Kale purple tuh perisa buah naga
Berapa banyak gambaq aiskrim nih yang hang nak amik wei....sibuk je marah den
Tapi aiskrim dia memang sedap.

Cumanya tak dapat nak makan secara bersantai sangat sebab ramai sangat orang yang dok cari tempat duduk.

So temanya kat sini sila pilih dulu perisa yang best untuk dibeli sebelum buat bayaran + makan dengan cepat.

Toksah dok berangan nak menghayati suasana ke apa sebab orang ramai gila datang nak makan aiskrim.
Kitaorang lepak makan kat open area belakang kedai aiskrim
p/s tatau la kan kalo den pi sana masa peak hour ke apa sebab tuh la ramai orang. Kena rasa aiskrim nih kalo mai kat Bali nih ye.

0 Comments