Sesi berjalan-jalan dimulakan dengan melawat kawasan penanaman padi bukit di Tegalalang.

Pak Eddie fetch kitaorang dalam pukoi 930 am. Dari Sapu Lidi Resort ke Tegalalang dalam 20 km, amik masa dalam 30 minit untuk sampai bergantung kepada trafik.

Kawasan penanaman padi bukit nih tak la seluas mana tapi kalo takde dalam agenda nak pergi tengok kawasan padi bukit kat Jatiluwih tuh, memang la wajib mai ke Tegalalang nih ye kalo tema berjalan ada melibatkan sawah padi.

Padi kat sini masa nih baru dok tumbuh. Memang menghijau tapi padinya masih kecik-kecik lagi.

Tegalalang setakat yang kitaorang pi masih takde entry fee tapi ada tol di pondok yang berada di dalam kawasan padi tuh. Masa kitaorang pi, setiap sorang kena tol Rp 10,000 @ RM 3.37 kat satu kawasan padi nih. Ada satu lagi pondok tol sedang dibina oleh tuan tanah yang lain. Kata member den, macam okay je la dikenakan tol sebab tuh semua tanah depa (private land/property). So kalo depa kenakan tol untuk orang luar cam kitaorang tengok dan jejak kaki kat tanah sawah depa tuh kira macam win-win situation gittew (kita dapat tengok, berjalan dan amik gambo kat sawah padi depa & tuan tanah dapat hasil daripada kunjungan kita tuh).
Bumbung zink tuh adalah pondok tol dalam pembinaan. Mungkin satu masa nanti akan ada lebih daripada 3 pondok tol bergantung kepada berapa ramai tuan tanah sawah nih
Stamina harus mantop untuk memanjat batas padi untuk sampai ke check point akhir sebab tapak yang kita nak pijak tuh adalah semulajadi, berlumpur dan agak licin. Ditambah plak dari satu tapak ke satu tapak lain yang kita nak pijak tuh agak jauh jaraknya, memang kena extra berhati-hati.
Macam cantik plak gambo nih

Disebabkan den nih memang la daripada dulu sampai sekarang tak pernah nak okay bab-bab aktiviti outdoors, memang la nak memanjat batas sawah kat Tegalalang nih merupakan satu cabaran pada den.
Jambatan buluh + batang paip yang agak bergoyang.
Sudahnya den berjaya berjalan tak sampai separuh pun kat kawasan padi kat sini. Pengembaraan den di kawasan padi bukit Tegalalang berakhir den adalah bila mana den hampir-hampir nak tergolek masa nak panjat naik ke check point seterusnya untuk ke kawasan yang pemandangan yang lebih chantek dan wow. Den tumpang tengok je la gambo-gambo yang member den ambik kat kawasan padi yang den tak dapat ikut tengok tuh.
Super green sangat nih....so breathtaking...

Semua gambaq nih daripada kamera member den
So sementara member den menghabiskan perjalanannya ke check point terakhir kat kawasan nih, den pun berpatah balik ke tempat permulaan sesi berjalan kat sawah padi tuh.

Den duduk la kat kafe yang ada kat situ melepas lelah. Den minum ayaq mineral je pun. Ada je breakfast nasi goreng bagai tapi disebabkan dah kenyang makan kat resort dan tak pasti halal ke tak, memang sesuai la minum je. Ada je ayaq kelapa bagai tapi disebabkan haus sangat sebab kesukaran memanjat sawah padi tuh, ayaq mineral la yang tersedap dan yang paling murah pun (Rp 10,000 @ RM 3.37).
Den berehat-rehat kat sini je sementara tunggu member abis menjelajah

Lepas minum ayaq mineral tuh, disebabkan member den masih dok menjelajah sawah padi, den berjalan la kat kawasan yang seluas sekangkang kera tuh mengambik gambo. Ada dua (2) kedai menjual souvenirs kat sini tapi den tak singgah pun sebab memang takde rasa nak beli apa-apa.
Kedai souvenirs kat yang juai macam-macam
Antara souvenirs nya

Memang chantek Tegalalang Rice Terrace nih. Wajib lawat kalo tak pi Jatiluwih Rice Terrace ye.

0 Comments