Den coba mengajo F membuat latihan bagi beberapa subjects yang tersempat. Soalan-soalan latihan den beli online RM 20.

Bahasa Melayu

F : Mama….nih dia macam mana nak buat?

Den : Dalam hati dok bebel….haishh….semuanya nak tanye camne nak exam nanti nih? Sekali tuh lepas tengok soalan tuh berkaitan simpulan bahasa ke peribahasa (dah terlupa plak), den pun tatau nak jawab apa. Lalu den tengok jawapan yang dikepilkan sekali baru la tau jawapannya camtuh.

Sains

F : Mama….yang gambo ikan nih dia nak cakap pasai ikan duduk dalam air ke?

Den : Tengok gambo ikan tuh. Ada jawapan A. udara B. air. Den konpius antara dua jawapan nih. Adakah ikan perlukan udara untuk bernafas atau ikan hidup di dalam air. Tengok jawapan lagi sekali. Jawapannya adalah udara.

Tuh blum lagi soalan yang ada perkataan macam simulasi, nutrient, etc. Tuh lagi la den blur.

Matematik

F : Mama….nih dia nak suruh tolak ye?

Den : Baca ayat matematik yang agak boleh tahan panjang berjela dengan kosa kata macam kan nak buat novel sastera. Tiga kali den ulang baca masih agak blur. Tengok jawapan kat belakang baru jelas ianya melibatkan operasi tolak.

Bahasa Inggeris

F : Mama….abang tatau la nak jawab camne nih. Abang tak paham?

Den : Dalam hati….nko nih semuanya tak paham. Kalo tengok ceite kartun, semuanya okay je. Lepas baca soalan yang ada perkataan ala-ala dalam novel Dan Brown, den terpaksa juga melihat jawapan bagi menguraikan kekeliruan den nak menjawab soalan tuh.

Akhlak ke ape ye tak ingat dah

Soalan : Apakah adab qadaq hajat?

Den : Hmmmm……………blur ke tahap petala langit ketujuh. Terpaksa baca balik buku teks yang ada baru tau jawapan.

Bahasa Arab

Den langsung tatau nak ajo apa sebab den memang tak pernah belajar Bahasa Arab. End up with ‘abang baca je la buku teks tuh ye’.

Kesimpulan

Disebabkan den nih kesabaran adalah agak terpleot, makanya memang la ada masa-masa suara tuh melebihi decibel normal. F being the kid yang masih berada di alam dinosaur dan mempunyai hati tisu memang akan menitik-nitik ayaq mata kadang-kadang tuh.

Untuk den, kebanyakan soalan dan silibus adalah sangat tinggi especially untuk F yang still dok sakan berangan + nak tulis nama pun terkebil-kebil + tulisan pun dok kecik besaq terpleot sana sini.

Even den yang tua bangka nih pun kena baca soalan a few times + siap tengok jawapan baru nak clear soalan dan jawapan camne nak bagi. Memang agak tak adil la den nak expect F tuh bley dapat paham certain soalan yang memang mengelirukan. Tapi tuh la kadang-kadang tuh, nak rasa redho tuh tak kesampaian…lalu jadi la suara halilintar.

Tapi nak buat macam mana kan? Dah silibus sistem pendidikan Malaysia camtuh nak tak nak kena lalu la jugaknya.

Cuma berharap sangat den dikurniakan kesabaran yang tinggi untuk mengajar si F dan dilapangkan dada seluas-luasnya bila F terkulat-kulat nak buat buat kerja sekolah dan soalan exam. Harap jugak den terima seadanya result F nanti coz he is a dreamer. Den tengok dia buat soalan latihan tuh pun dia sempat berangan. Baca soalan no. 8 tapi pi bulatkan jawapan kat soalan 9. Mana kan omaknya nih tak sakit jantung.

Khamis lepas, last day exam. Ada dua papers. Sains & Math. Dia masuk je dalam kete lepas abis exam semua tuh, den tanya la dia soalan.

Den : Abang boleh jawab tak soalan periksa hari nih?

F : Susah la mama soalan dia.

Den : Ha….takpe la tapi abang jawab kan semua.

F : Haah tapi abang jawab sains je. Matematik takde.

Den : Ha…nape Matematik takde plak. Dalam jadual ada exam matematik.

F : Tapi cikgu tak suruh jawab pun yang matematik tuh.

Den : Ala kasimmmm………..

Apa lagi den nak katakan. Dah dia tak jawab sebab cikgu tak suruh katanya. Kira halal je la. Esok masa jumpa dengan cikgu untuk ambil report card, kita dengo je la cikgunya kata apa. Ujian bulanan yang dia jawab semua subject pun markah dia cukup-cukup makan (purata 50), kalo sungguh dia tak jawab kertas matematik tuh makanya bertabah je la hati bila dia kena turun kelas nanti. Apa lagi yang nak dikatakan huhuhuhuhuhu.

Harapnya omaknya nih yang extra bertabah hati nanti.
My anak busuk doing his best

0 Comments