Ada tertengok rancangan tv apa tak ingat dah penceramah tuh ada sebut sekali sekala kita kena coba senaraikan perkara yang bukan material untuk kita bersyukur. Ada satu buku yang den pernah baca yang den terlupa jugak tajuknya menyarankan pembaca menyenaraikan 100 perkara yang disyukuri dalam hidup.

So sempena Ramadhan yang barakah nih, meh la kita coba senaraikan 100 perkara yang disyukuri dalam hidup nih. Den coba senaraikan 100 perkara yang den patut bersyukur yang den rasa tak berkaitan dengan material:

1. Masih hidup. Masih bernafas. Nih yang paling terutamanya den rasa.

2. So far masih sihat dan harap-harapnya kekal camtuh.

3. Spending time with my small family (den, buong and kiddos).

4. Udara segar….Alhamdulillah dah lama tak jerubu.

5. My partner in crime, buong.

6. 2 orang anak-anak den yang sihat.

7. Abah yang sangat baik hati.

8. Anak-anak yang menggelinjang dan masih manja dengan den walopun den selalu tak cukup ruang nak tido atas tilam sebab depa suka tidoq kat celah ketiak den.

9. Clean water. Buka paip je ada air bersih. Bukan semua orang di dunia nih ada akses pada air bersih.

10. Tak payah drive bila nak ke mana-mana sebab buong sudi je anto.

11. Peace of mind. Payah nak dapat nih. Kalo kepala serabut memang la tak best sangat.

12. Boleh membaca dalam kenderaan bergerak.

13. Finally dapat Pengarah selepas 2 tahun Pengarah lama berpindah.

14. Able to sleep at night…safe & sound…dah 39 tahun tak pernah ada problem nak tido.

15. Nursery jaga budak-budak dengan baik. Setakat sekali sekala calaq balaq sekupang dua depa dok bertokak dengan budak-budak lain kat nursery tuh biasa la.

16. Electricity. Dah lama elektrik kat opis dan umah tak trip.

17. Makan free kat opis almost every week….hahhahaha. Pastuh gaduh seluaq tak muat kan.

18. Kakak cleaner yang selalu amik sampah kat bilik den.

19. Bleh minum air kosong free anytime kat opis.

20. Dah lama takde catuan bekalan air dan harapnya ia masih berkekalan.

21. Online banking…maybank2u, cimbclicks, pbe, etc.

22. Easy access to internet kat opis walopun dah banyak benda yang diblocknye. Nampak sangat membaca gossips waktu opis ye.

23. My expenses records in Excel walopun akaun sokmo deficit setiap bulan.

24. Panel klinik opis.

25. Boleh deposit or check balance Akaun Tabung Haji through Bank Islam & Maybank.

26. Punch card opis yang jarang merah…hehehhheeeehe.

27. Kuku yang pendek & bersih.

28. Masih boleh baca Quran walopun merangkak-rangkak walopun dah tinggai lama. It’s the magical of the Quran tuh itself rasanya. Selama mana pun kita tinggai dia but we still could recite it whenever we come back to it.

29. Opis anjurkan bacaan Yassin & ceramah agama at least 2 bulan sekali.

30. Bilik kat opis ngadap masjid & tasik Shah Alam. A very breathtaking view.

31. Sepit kuku yg comel & sangat practical.

32. Ada seorang jiran satu apartment yang jual masakan lauk pauk dengan harga dan portion berpatutan serta sedap (dasar malas nak masak).

33. Ada 6 jenis akhbar free kt opis almost everyday (star, nst, berita harian, kosmo, metro & sinar) walopun dah lama gila den tak baca papers.

34. Mandi ayaq panas di kala sejuk gedi di pagi hari.

35. Weekends….best ooo dapat coti hari sabtu dan ahad.

36. Jarak opis ke umah cuma dalam 10 minit driving.

37. Jumpa orang baik-baik sepanjang hidup den.

38. Ofis anjurkan program tadarus semasa Ramadhan setiap tahun without fail sejak almost 8,9 tahun lepas.

39. Mak dan pak mentua yang sangat baik hati dan sempoi.

40. Dapat dengar azan dengan jelas dari surau apabila duduk di umah.

41. Dapat dengar azan dengan jelas dari Masjid Negeri during working hours.

42. Anak-anak buah kat opis yang semuanya bley bekerjasama dengan baik.

43. Berjaya berzumba hampir 10 bulan walopun terpleot dan terponteng here & there…heheheheheehehe.

44. Dapat berkursus di sana sini atas urusan kerja.

45. Hampir kesemua paras empangan di Negeri Selangor melebihi 90% dan ada yang dah mencapai 100%.

46. My very kind hearted mentor.

47. Masih ada kerja. There are lots of people out there are still looking for jobs.
48. Malaysia mempunyai kadar natural disasters yang sangat rendah.

49. Nice and great dreams. Den memang kaki mimpi bila tidoq.

50. Masih dapat melihat dengan jelas walopun pakai spec mata. Masih dok kumpul duit + mencari keberanian nak buat lasik nih.

51. Masih diberi kesempatan untuk bertemu Ramadhan pada tahun ini.

52. Some people comes asking advices from you eventhough you didn’t really sure you are capable of giving sound advices.

53. In sya Allah tak pernah terlepas mengundi lagi sepanjang dah layak mengundi.

54. Taking a hot long shower in peace. Jarang dapat peluang nih. Selalunya mandi sambil menjawab soalan budak-budak di sebalik pintu bilik air, etc.

55. Takde masalah sembelit.

56. Nice sunny weather.

57. Ability to put food on the table.

58. Good and sweet memories especially masa zaman kanak-kanak dolu-dolu.

59. Anak-anak den excited jumpa den lepas waktu kerja.

60. Si A terkinja-kinja depan grill di taska setiap kali den fetch dia.

61. Dapat pergi kursus berkaitan keusahawanan walopun dah lama gila tak pergi sebab kemalasan tahap gaban.

62. Surau dan toilet yang sangat selesa kat opis.

63. Clothes & tudung yang tak payah di iron (dasar pemalas memang camnih).

64. Ikan-ikan gupi yang dok membiak berenyut-renyut dalam 2 pasu kat umah tuh walopun tak ditengok sangat.

65. Pokok-pokok kiambang yang berkembang dengan jayanya walopun hari tuh den ingatkan depa dah nak mampuih sebab dah kering sebab cuaca panas.

66. Karaoke dengan buong walopun dia suka pedajal den dengan pilih lagu yang ntah apa-apa. Still this is lagho but to have a partner who willing to sing with you sambil gelak-gelak membahan is still something.

65. Great books. My favourites are Harry Potter series by JK Rowling, The Da Vincci Code and Angel and Demon by Dan Brown, books by John Grisham and book series According to Humprey (buku budak-budak tapi den suka baca).

66. Feel good books. I have lots of feel good books. My favourites are The Undomestic Goddess by Sophie Kinsella, The Summerhouse by Jude Deveraux dan Sushi For Beginners by Marian Keyes.

67. Great music. The feel good songs.

68. Favourite songs. Buat masa nih dok melayan lagu Bruno Mars dengan jayanya.

69. When your favorite song comes on the radio at the perfect moment. Terjadi kat den a few times.

70. Great movies. Untuk kaki tengok movie macam den banyak je movie yang den suka.

71. The feel good movies. Banyak feel good movies nih. The latest is Sing. Ceite budak-budak tapi den suka. Kalo tiba-tiba berperasaan nak romantika den suka tengok ceite 13 Going 30 (I have a soft spot on Mark Ruffalo, the Hulk sejak tengok movie nih) atau Sweet Home Alabama.

72. Favourite comfort food….hmmm….must be chocolate.

73. Old school songs. Lets dance to Backstreet Boys and NSYC’ songs.

74. TV series yang awesome yang den pernah tengok macam Jewel In The Palace. I will keep on repeating the cooking scenes, they are super interesting.

75. Mini kedai makan kat bawah apartment yang juai macam-macam.

76. Kedai runcit yang sepelaung dari umah den.

77. View dari balkoni apartment den. Setiap malam chantek je tengok lampu-lampu yang dok ada kat a few buildings yang ternampak dari apartment den tuh.

78. Selalu kalo ada event yang melibatkan bunga api, just tengok dari balkoni je.

79. Aktiviti pengutipan sampah yang mengikut jadual di apartment den.

80. The kids are not too addicted with the gadjets. Depa masih dok jadi dinosaur, ultraman, etc.

81. My calendar kuda. Tak perlu calendar mahai yang kertas keras bagai. Kalendar kuda nih adalah pujaan hati den dari dulu sampai sekarang.

82.  Having the just nice and comfortable pillow. Not too soft and not too hard. Just nice.

83. Chances to lepaking at the beach sambil dengaq bunyi ombak.

84. Meja kat ofis yang jarang berserabut.

85. Mampu bayar zakat pendapatan.

86. Bila kucing datang kat den masa den dok makan kat kedai, ada food yang den bley bagi kat kucing tuh.

87. The feeling lepas siap lipat 4 bakul baju sekali harung.

88. The comfortable shoes. Kasut keje den nih dah almost 6 tahun rasanya. Tak bertukar-tukar sebab masih elok dan sangat selesa.

89. Lif kat apartment dan opis yang jarang rosak.

90. Tak perlu berebut parking bila pergi kerja sebab setiap hari buong hantar atau ada rezeki tumpang member.

91. Ramai gila jiran kat apartment tuh yang meniaga daripada berjenis-jenis makanan sampai la ke insurans, real estate, etc. Senang idup den kalo perlu apa-apa.

92. Handphone walopun tak canggih tapi still berfungsi dengan jayanya.

93. Gambo-gambo chantek yang diamik sepanjang pergi berjimbaan.

94. Chances to go berjimbaan with friends.

95. Bila masih ada beberapa orang kawan lama zaman sekolah menengah rendah yang masih panggil den dengan nick name yang den sendiri dah almost terlupa. This never fail to make me smile. The nick name is Luke. Den peminat tegar Return of The Jedi dulu. Period.

96. Ada kesempatan untuk membaca buku, paper, magazines, etc walopun sekarang dah jarang dapat buat sebab dok kalut main game Candy Crush Saga.

97. Bila tiba-tiba terjumpa duit secara tak tersangka-sangka macam di antara celah helaian buku, dalam jeans yang baru dibasuh tapi duit masih elok, etc.

98. Some extra money even lose coins.

99. Masih berkesempatan menulis blog.

100. The unexpected texts. Like when your crazy friend suddenly whatsapp and said if Bruno Mars is performing in Singapore, dia bley teman den tengok consert tuh walopun dia tak minat pun Bruno Mars (nak jugak melagho).

Alhamdulillah…..banyak happiness dan blessing yang tidak terkira sebenaqnya. Sebenarnya banyak rahmat dan nikmat Allah bagi yang tak terkira macam kesihatan akal, sihat tubun badan, pancaindera, etc. That’s why surah Ar Rahman banyak kali dok ulang “Nikmat Tuhan yang mana yang kamu dustakan”.

Ada je ceite yang tak best but I tried to focus on the positive stuff and look into the silver lining of it. So lets count our blessing yar.

0 Comments