Den suka berjalan ke sini sebab bilik dia best & water theme park dia pun menarik + dekat dengan Shah Alam.
 
Kali nih pergi kira ala-ala sempena celebrate birthday F yang ke 7 yang jatuh hari Sabtu tuh.

Beli voucher RM160 (2 hari 1 malam bilik studio yang ada jakuzi + 2 breakfast + 4 tiket theme park). 

#Sapa-sapa nak beli voucher penginapan yang agak murah bley contact Pn Ruzila 012-3601656. Fb dia Ruzila Zila. Dia ada jual voucher untuk Morib Gold Coast, Melaka Gold Coast, Lost World of Tambun, etc.

Den kena top up RM 50 sebab pergi masa coti sekolah. 

Nak tak nak dah kena terima hakikat perkara top up @ surcaj nih akan terpakai setiap kali nak pergi bercoti sebab F yang dah sekolah. So memang kena berjalan during coti sekolah je. 

Lagi satu kena redho kena top up untuk breakfast sebab dia dah 7 tahun. Another RM 22. Tak lama lagi kena top up breakfast untuk A plak bila pergi tempat yang ikut ketinggian (lebih 90 cm) macam Morib Gold Coast nih.

Dah 4 kali kitaorang pergi sini baru first time den mandi manda sakan dengan budak-budak nih. Memang best. Cuma tak sempat nak berendam dalam jakuzi je. Siap ada parti buih kat satu kolam kat theme park tuh cuma tak sempat ambik gambo. Toilets kat theme park tuh pun depa dah tambahbaik so memang okay la.

Budak-budak la terpaling happy. Berendam sampai kecut-kecut. What is new about that right?

In sya Allah will come back to this place di kengdian hari sebab sesuai untuk kiddos.
Budak-budak yang sakan dok berjakuzi kat sini.
Training menahan nafas ala komando katanya
Dah tua-tua nih naik gelungsur nih pun den takut

0 Comments