In sya Allah rasanya kebanyakan orang Islam selalunya akan ada rasa @ niat nak joint ibadah korban paling kurang pun 1 bahagian kan.
 
Tahun 2017 nih, 1 bahagian lembu kebanyakannya adalah dalam rege RM 650. So tak semua orang dapat sediakan sederap RM 650 untuk joint ibadah korban nih atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Pada pendapat den, kalo kita masih berhasrat untuk melaksanakan ibadah korban tapi dengan kos yang lebih mampu milik, bley joint ibadah korban di luar Negara anjuran EZ Qurban. Berdasarkan maklumat di website EZ Qurban, Negara pelaksanaan ibadah dan korban adalah Kemboja, Vietnam, Laos, Myanmar, Bangladesh, Thailand, Filipina, India, Indonesia, Sri Lanka, Mali, Chad, Kenya, Malawi dan termasuk juga di Kem Pelarian Rohingya serta Palestin (harga berbeza).

Bagi tahun 2017, harga 1 bahagian lembu korban anjuran EZ Qurban adalah RM 300.

Di kala kita semua ada keraguan samada ada penipuan sebab ibadah umrah pun ada orang tipu, in sya Allah EZQurban nih antara agensi pelaksana korban dan aqiqah yang boleh dipercayai.

Pada tahun 2016, EZ Qurban dinobatkan sebagai “Largest Participation In A ‘‘Korban Programme” oleh Malaysian Book of Record.

Di samping pelaksanaan ibadah korban dan akikah, EZ Qurban juga sediakan perkhidmatan pembayaran fidyah, waqaf dan derma.

Den telah menggunakan perkhidmatan EZ Qurban nih untuk buat aqiqah bagi kedua-dua orang anak den (2010 & 2014). Alhamdulillah perkhidmatannya memang terbaik.

Bagi orang macam den nih yang takde bajet nak buat kenduri aqiqah macam orang Melayu selalu buat (+ den memang pemalas nak bermasyarakat), memang EZ Qurban adalah pilihan terbaik untuk den. Lagipun harganya sangat berpatutan. 

So kepada sesiapa yang berhasrat untuk buat ibadah korban dan aqiqah, bley hubungi EZ Qurban di 03-618 619 11 atau 013-238 6000 atau pi menyiasat website depa https://www.ezqurban.org/untuk info lanjut k.

In sya Allah sapa-sapa yang berhasrat untuk buat korban bagi tahun 2017 nih, masih belum terlambat untuk daftar di EZ Qurban k.

#den juga mencadangkan kita coba menabung dari awal tahun untuk membuat ibadah korban. Macam-macam cara kita boleh buat untuk menabung. Untuk den setakat nih, tabungan warna warni adalah kaedah yang paling sesuai untuk menabung bagi tujuan ibadah korban nih.

0 Comments