Ha….nko hado agenda berjalan kat taman termasuk dalam tentative program bila hang pergi berjalan jauh-jauh? Masa nak pergi Johor nih den siasat sekupang dua apa tempat menarik untuk budak-budak kat daerah yang kitaorang plan nak pergi nih. So kat website tourism Johor, dia kata Hutan Bandar Putra nih antara tempat menarik untuk budak-budak.
 
Hutan Bandar Putra nih adalah satu taman untuk riadah satu keluarga yang berdekatan dengan Lapangan Terbang Senai. 

Dari N 45 Hotel tuh sebenaqnya tak jauh mana pun, dalam 15 minit je tapi disebabkan kitaorang mencari taman nih tapi disebabkan bergerak tanpa ada panduan (without waze & GPS yang tak dapat locate tempat nih sebab takde alamat, makanya sesat barat la here and there, siap terpegi ke taman kat kawasan perumahan lagi. 

Dah la keluaq dari hotel pun tergedik-gedik dah pukul 545 pm, sesat barat almost 40 minit, makanya kami jumpa Hutan Bandar Putra nih dalam hampir 6.20 pm. Sabo je la kan. Nasib baik la taman nih tutup pukul dalam pukul 8 malam sebab nak bagi kesempatan pada sesiapa berbuka puasa di pondok-pondok rehat yang disediakan. Waktu tutup taman pada hari-hari biasa adalah pada 7.30 malam. Sempat la budak-budak nih bergelinjangan kat sini dalam almost 1 hour jugak la.


Antara aktiviti yang kita boleh buat kat sini adalah naik kereta ke kawasan tertinggi kat sini untuk tengok keseluruhan taman (laluan nih ditutup pada 7 pm). Kita boleh jugak naik basikal sewa yang disediakan untuk ronda-ronda dalam kawasan taman dengan sewaan RM 5/jam. 

Ada juga court disediakan untuk main badminton. 

Nak jogging pun bley kat laluan yang dah disediakan termasuk melalui tepi kolam yang ada kat sini. Boleh juga bagi ikan-ikan dalam kolam makan yang mana makanan ikan ada dijual di entrance masuk. Den ternampak ada peralatan untuk bersenam di dalam satu bangunan tapi den tak siasat plak waktu penggunaannya. 

Untuk kiddos yang suka bergelinjangan untuk anak-anak den, disediakan memang kawasan taman permainan di kawasan yang sederhana besar untuk depa naik buaian, main gelongsor, etc.

Yang special tentang taman nih adalah ia juga merupakan laluan kapal terbang berlepas dan mendarat di Lapangan Terbang Senai. So sambil beriadah kat sini, bley jugak menjamu mata menengok kapal terbang especially untuk kiddos la. Depa biasanya excited tengok kapal terbang. Dalam 1 jam kitaorang melepak kat taman nih, dapat tengok seko kapal terbang berlepas dan seko kapal terbang turun untuk landing.

Kat taman nih juga ada disediakan pondok untuk berehat-rehat. Masa kitaorang nak balik tuh ternampak ada satu keluarga dok berbuka puasa di sini.

Cantik taman nih untuk kita bersantai dan beriadah. Cumanya kena la datang awai skit kan. Jangan jadik macam kitaorang.

0 Comments