Lawatan ke sini merupakan agenda rasmi di dalam program lawatan teknikal nih. Lokasi muzium nih kat sebelah Sungai Thames.

Banyak sangat info kat muzium nih berkaitan sumber air walopun focus sebenaq muzium nih adalah nak ceritakan tentang fungsi terusan (canal) di Sungai Thames nih masa pengangkutan air merupakan pengangkutan utama bagi perdagangan, etc.

Diceritakan jugak tentang asal usul pembuatan aiskrim. Antara info berkaitan pembuatan aiskrim nih adalah ramai orang yang makan aiskrim nih jatuh sakit sebab tempat simpanan aiskrim tak bersih.

Ada banyak peralatan yang digunakan untuk pembuatan aiskrim dan mangkuk aiskrim dipamerkan kat sini.
Our guide kat muzium tuh
Tempat simpan ais

Info berkaitan kepentingan terusan sebagai pengangkutan air memang banyak dipamerkan kat muzium nih. Replika jenis-jenis bot yang terlibat pada masa dan maklumat berkaitan dengannya tuh pun ada.

Ada replika rumah bot yang kita boleh masuk dan duduk kat dalam tuh. Rumah bot tuh dilengkapi dapur kecik, ruang untuk tido, ruang untuk simpan makanan, etc.

Ada disediakan sudut untuk kita memberikan info sekiranya kita pernah bekerja atau berkaitan dengan London Canals. Sesiapa yang terpilih nanti akan diceritakan kisahnya yang berkaitan London Canals di sudut Local Voice.

Muzium nih sesuai sangat untuk students sebab ia sangat interaktif, banyak info depa bley dapat daripada posters, mini bot, peralatan untuk menyimpan ais dan membuat ais krim, ada butang-butang yang bleh ditekan untuk berikan info, etc. Masa kitaorang lawat muzium nih, ada sekumpulan budak-budak sekolah yang dok sakan meriah melawat muzium nih sambil dok jawab soalan berkaitan muzium nih.

Pekerja kat sini yang den jumpa semuanya warga emas. Depa merupakan sukarelawan, sangat afficiando dengan sejarah. Kebanyakan pekerja di muzium di London nih dikhabarkan memang terdiri daripada sukarelawan.

Pintu belakang muzium nih memang menghadap Sungai Thames. Kita boleh berjalan kat sebelah sungai tuh. Bley nampak banyak rumah bot yang dok parking di mana menurut pekerja muzium tuh, memang ada orang bermastautin dalam bot tuh.

Muzium nih memang menarik untuk dilawati sebab banyak sangat info kat sini.

#Kalo opis den berangan nak buat Muzium Sumber Air bagi Selangor memang sesuai la melawat ke sini untuk mendapatkan idea.

0 Comments