Disebabkan antara rutin yang kitaorang selalu buat di Shah Alam adalah melawat Kedai Ikan Xian Long Aquatic, makanya bila ada kedai aquarium menarik di Kulai nih, haruslah kita lawat sekupang dua sebab budak-budak pun memang suka tengok ikan.

Dari N 45 Hotel nak ke Nanyang Fish Farm nih memang la tak jauh. Dalam 7 minit driving camtuh. Lokasi kedai aquarium nih adalah di tepi jalan besaq je. In sya Allah tak akan terlepas pandang camtuh.

Masa kitaorang sampai kat Nanyang Fish Farm nih, kedai nih baru je bukak. So kitaorang merupakan kumpulan pelawat yang pertama.
Depa nih asai bawak keluaq dari umah memang happy dah

Perkara pertama yang den perasan tentang kedai Nanyang Fish Farm nih adalah ia sangat besaq (almost 4 kali ganda besaq) kalo nak dibandingkan dengan kedai Xian Long Aquatic di Shah Alam tuh.

Kalo dah kedai aquarium tuh, the usual suspects yang ada adalah semua aquatic species yang dijual kat mana-mana kedai aquarium macam pelbagai jenis ikan, ketam, lobster, kura-kura + tumbuh-tumbuhan hidup yang sesuai duduk dalam aquarium + makanan ikan dan haiwan kesayangan (pets) lain + pelbagai aksesori berkaitan dengan ikan + pets macam aquarium tuh itself, sangkar, tumbuhan dan aquatic species hiasan, alat membekalkan oksigen yang bermacam-macam bentuk, etc. 90% barangan adalah berkaitan dengan pemeliharaan ikan. Hanya 10% berkaitan dengan pets yang selain ikan.

It was interesting to spend time from one aquarium to one aquarium and enjoy the view of fishes swimming. Seronok tengok ikan berenyut-renyut dok berenang lagi-lagi plak ikan koi sebab warna warni depa tuh.
Fascinated tengok ekoq ikan laga yang cantik kembang-kembang tuh
Rows and rows of fishes
Kat Xian Long Aquarium, ikan spesies nih rege 80 sen ke RM 1

Budak-budak memang seronok berlari ke hulu ke hilir tengok ikan, etc. Yang kita nih dok risau depa tertomoih ke ape sebab ada kawasan yang ada ayaq kat lantai tapi depa mana heran kan.

Ada harga bagi beberapa stuff termasuk beberapa jenis ikan yang lebih murah daripada rege di Xian Long Aquatic. Beza harga tuh dari 20 sen ke RM 5 jugak la.

Walopun kitaorang memang takde plan nak beli apa-apa pun, kitaorang beli la jugak satu tempat oksigen ikan yang boleh berpusing-pusing sebab untuk kenangan gittew (tapi lebih kepada nak bagi budak-budak nih senyap sebab depa nih kalo tak beli apa-apa kalo singgah di mana-mana, depa akan terpleot dan akhirnya memeningkan kepala den & buong).

Di luar aquarium nih, di tanah yang sama tapi belah atas skit ada satu kawasan depa buat ala-ala mini petting zoo yang ada itik, ayam, kucing, arnab, etc tapi kitaorang tak singgah kat sini sebab budak-budak tak perasan ada tempat nih hehehehehe. Entry fee untuk masuk sini adalah RM 2 per person kalo tak silap.

Kat satu bahagian di kawasan yang sama ada ditulis tanda Fun Fishing. Kawasan nih pun kitaorang tak masuk takde orang tapi den suspek boleh ada aktiviti memancing ala-ala kolam pancing udang/ikan kot kat sini.

Den agak-agak sebab kedai Nanyang Fish Farm nih boleh dibuat besaq di atas tanah yang sangat luas adalah disebabkan ada banyak lagi gamaknya tanah di Kulai yang boleh dibangunkan + factor harga tanah di Kulai masih mampu milik kalo nak dibandingkan dengan rege tanah di Shah Alam kat mana Xian Long Aquatic tuh bertapak.

Bagi fishes aficiando atau family yang ada budak-budak, memang sesuai melawat Nanyang Fish Farm nih sebab ianya penuh dengan pelbagai jenis ikan bewarna-warni, ala-ala one stop center untuk barangan berkaitan pemeliharaan ikan dan pets & yang paling penting takde entry fee kot sebab dia kedai ikan.

1 Comments

  1. Nama saya Asep Darjat. Mesej ini disampaikan kepada semua warga Indonesia. Biarkanlah pinjaman dari induk kami.
    Saya benar-benar akan berterima kasih kepada Allah kerana kebaikan yang anda lakukan dengan membantu saya dan hari ini saya mendapat pinjaman sebanyak RM75,000.00 untuk menyelesaikan masalah saya.
    Saya terima telefon saya pada pagi ini amaran dari bank saya CIMB yang mengesahkan bahawa saya memperoleh pinjaman dalam akaun saya dengan jayanya.
    Saya mengucapkan terima kasih kepada wanita Puan Deborah kerana saya berpegang kepada kepercayaan saya dan dengan rahmat Allah, saya telah berjaya mendapatkan pinjaman saya.
    Terima kasih banyak - banyak.
    Saya juga akan memaklumkan kepada kawan-kawan dan orang tersayang yang memerlukan pinjaman. Terima kasih banyak Deborah, saya berdoa agar Allah menyertai kamu.
    Hubungi Ibu Deborah melalui
    e-mel: avantloanson@gmail.com
    WhatsApp: +6281334785906

    ReplyDelete