Movie nih sebenarnya dah cliché sangat dah jalan cerita dia. Biasa ditemukan di kebanyakan movie Hollywood yang lain macam Transporter, etc.
Jalan cerita yang simple dan dapat diagak sebab dah terbiasa disogokkan dengan cerita macam nih.

Pembunuh upahan yang sangat terror nak mampus iaitu Darius Kincaid (Samuel L Jackson) bersetuju untuk memberikan bukti kekejaman pemerintah diktaktor bagi negara Belarus iaitu Vladislav Dukhovich (Gary Oldman) semasa perbicaraan di Mahkamah Jenayah Antarabangsa. 

Of course la konco-konco Vladislav nih telah diarahkan untuk memastikan Darius ini dibunuh dan tidak sampai di mahkamah supaya kesnya dapat dibuang dan dia akan kembali menjadi pemerintah Belarus.

Michael Bryce (Ryan Reynolds) diminta oleh ex-girlfriend dia iaitu seorang agen Interpol untuk melindungi Darius selepas konvoi Interpol diserang hendap semasa sedang dalam perjalanan ke mahkamah akibat sabotaj oleh Timbalan Pengarah Interpol yang telah diberi rasuah oleh Vladislav.

So sepanjang perjalanan nak ke mahkamah tuh, si Darius dan Michael nih menempuh pelbagai halangan terutamanya apabila dikejar oleh konco-konco Vladislav. Daripada saling menyampah di antara satu sama lain sebab prinsip hidup yang berbeza, Darius adalah pembunuh upahan dan Michael adalah bodyguard, etc depa akhirnya jadi agak kamcing selepas tau sejarah hidup masing-masing.

Akhirnya dah tentu la si Vladislav mati dibunuh oleh Darius selepas dia cuba melepaskan diri dari mahkamah selepas dia tembak Michael.

Ada aksi tapi hanya biasa je la. Ada je la adegan tak logic macam tak kena walau sebutir peluru pun walau telah ditembak dengan machine gun.

Yang buat cerita nih menarik dan funny adalah chemistry yang wow antara Samuel L Jackson dan Ryan Reynolds. Watak tambahan Salma Hayek (Sonia Kincaid) dan agen Interpol ex-girlfriend Michael tuh hanya untuk penyedap rasa je. Kalau takde pun takpe sebab tak menjejaskan jalan cerita pun.

Tapi bagi den Samuel L Jackson is the one who really own the movie. Walaupun dia nih tak handsome langsung tapi dia terror berlakon.

Den macam ada terasa yang Ryan Reynolds nih harap muka handsome (easy on the eyes) dan badan six pack je la kot sebab dia berlakon macam biasa-biasa je tak sampai level Jack Gylenhall lagi, level Leonardo Dicaprio lagi jauh la. 

Yang tak boleh blah adalah poster movie nih ala-ala seumpama movie The Bodyguard (Kevin Costner dan the late Whitney Houston).

3.5 stars untuk movie nih.

#Kenapa Gary Oldman nih jarang berlakon ye? Dia nih pelakon versatile yang sangat mantap kot lakonannya. Patut dapat lebih banyak peluang sebab he is truly a superb actor.

0 Comments