Pusat Penghayatan Alam Taman Wetland, Putrajaya

Pusat Penghayatan Alam Taman Wetland terletak di Presint 13, Putrajaya.
Taking photo with kiddos be like

Waktu operasi pusat nih adalah 6 hari seminggu dari 9.00 pagi sehingga 5.00 petang setiap hari. Hari Isnin, pusat nih ditutup untuk penyelenggaraan. Waktu rehat 1.00 - 2.00 petang pun ianya ditutup.

Disebabkan kitaorang datang masa hari bekerja makanya tak ramai la orang. Masa kitaorang sampai, hanya kitaorang je yang melawat pusat nih.

Free entrance cuma perlu daftar kat buku pelawat di kaunter selepas pintu masuk tuh. Jika datang dalam kumpulan, hanya perlu tulis nama seorang je dan nyatakan berapa bilangan pelawat dalam kumpulan tuh.
Daftar di sini
Bangunan nih ada 3 level iaitu LG, G (Aras Utama) dan tingkat 1.

Pintu masuk dan kaunter adalah di tingkat G (Aras Utama). Di tingkat nih ada lobi, ruang pameran, cafeteria dan kedai cenderahati.

Di ruang pameran nih yang paling meriah sekali dengan pelbagai maklumat termasuk tayangan video, beberapa spesies ikan hidup di dalam aquarium kecil, replika pokok bakau, lantai yang ada gambar cicak dan ikan bergerak-gerak, khemah, etc.

Kiddos memang sangat gembira kat sini sebab ada banyak benda depa boleh tengok. Cumanya memang la den tak sempat nak baca maklumat apa pun sebab hampir semua maklumat begitu terperinci, budak-budak nih especially A memang la tak minat. Dia sakan dok berlari ke hulu ke hilir je.

Budak-budak paling suka dekat lantai yang ada gambar cicak dan ikan bergerak-gerak dan ikan hidup di dalam aquarium kecil. Kiddos memang suka benda yang bergerak-gerak nih. Benda statik depa tak layan sangat.

Aras atau tingkat satu menempatkan pusat sumber, sudut info dan pelantar tinjau. Kawasan nih den rasa lebih sesuai untuk kiddos yang dah besar sedikit sebab kawasan nih macam ilmiah. Banyak bahan bacaan dan maklumat yang boleh dibaca di sini. Cuma kawasan nih macam kosong sedikit. Kawasan luas tapi tidak dilengkapi dengan pelbagai kemudahan lain yang boleh menarik perhatian budak-budak especially toddlers. 

Boleh je rasanya ditambahbaik dengan meletakkan bean bags, boleh buat replika setiap jenis spesies ikan yang dijumpai di dalam Tasik Putrajaya beserta maklumat ringkas, replika haiwan yang terdapat di Kawasan Tadahan Tasik Putrajaya, etc. Boleh laksanakan konsep bermain sambil belajar kat sini macam sediakan sudut aktiviti mencantumkan puzzle spesies ikan atau burung yang terdapat di sini. Rasanya budak-budak lagi suka sebab depa akan benda nak kerobek.

Di aras bawah (LG), ada corridor walk dan Cineplex yang telah ditentukan waktu untuk tayangannya (paling awal pukul 10 pagi). Corridor walk tuh menarik sebab ada lantai yang panjang dengan ikan-ikan bergerak-gerak. Menarik dah. Budak-budak nih suka sebab dapat berlari ke hulu ke hilir cuma den rasa kawasan nih macam kosong je. Den siap lumba lari dengan depa sebab kitaorang je yang ada kat sini hehehehehehe.

Lepas dah puas berlari ke hulu ke hilir, den bagi budak-budak nih mewarna gambar bas di ruang depan kaunter tuh. Dari cafeteria kita boleh pantau anak-anak yang dok mewarna nih. Kalau pengurusan pusat nih dapat tambah beberapa jenis gambar lagi tentu budak-budak lagi gembira nak mewarna.

Sempena budak-budak mewarna, den dan buong sempat makan second breakfast kat cafeteria Warung D’Desa. Harga kat sini okay. 

Tempat yang menarik untuk bawa anak-anak cuma kalau ada peruntukan, harapnya pengurusan pusat nih tambahbaik lagi kemudahan yang ada bagi memeriahkan lagi tempat nih.
My boys.....langkah seiringan

5 comments:

  1. Best jugak... Tq for the sharing

    ReplyDelete
  2. Baru je balik dari sana... tingkat bawah tutup.. under maintenance kata staff tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. La...kesiannya. Kena ulang semula pergi ke sana bila maintenance dah settle

      Delete
    2. Laaaa.yeke..baru plan nk g sana arinie....

      Delete

Powered by Blogger.