Den tak pernah tau pun ada hotel bertemakan kabin di kawasan sawah padi di Selangor nih sampai la ternampak iklan Sekinchan Padi Box di FB.
 
Ada satu lagi penginapan kabin di Sekinchan iaitu Farm Ville Café and Homestay yang mana kabinnya lebih banyak dan kawasannya lebih luas dari Sekinchan Padi Box. Masa den booking Padi Sekinchan, den tak tau pun tentang kewujudan Farm Ville Café and Homestay ni. 

Den booking nak menginap di sini masa Jun lepas lagi, main belasah je booking walaupun tau masa tuh tiada cuti sekolah. Alih-alih budak-budak nih diberi cuti seminggu sempena Deepavali. Makanya tiada la kejadian memonteng sekolah hehehhhhehee. Masa den nak booking tuh den tanya pekerja kat Sekinchan Padi Box waktu yang sesuai nak pergi sana masa sawah padi sedang menghijau. Pekerja tuh cakap datang masa pertengahan Oktober. Sebab tuh la den booking nak menginap di sini pada 15 Oktober tuh.

Nih merupakan pengalaman pertama kitaorang menginap di hotel atau homestay yang bertemakan kabin. Nak menginap di The Kabin Jeram tuh macam mahal la pulak. Makanya kitaorang menginap la di Sekinchan Padi Box nih dengan tema cabin + pemandangan sawah padi.

Lokasi Sekinchan Padi Box nih hanya sepelaung dari jalan besar dari Kuala Selangor ke Sungai Besar tuh. In sya Allah dari tepi jalan dah nampak kabin yang berwarna warni nih. Kedudukan Sekinchan Padi Box nih betul-betul atas tanah bendang. Memang dikelilingi sawah padi yang menghijau masa kitaorang pergi tuh.

Reception kaunter dan area dia simple yet cozy.
Antara aktiviti yang disediakan di sini. Boleh juga booking untuk trip ke Skymirror, Kelip-Kelip dan Eagle Feeding di sini
Cabin di sini disusun dua tingkat. Kitaorang diberi kabin yang bawah.

Den booking kabin dengan 2 katil Queen dengan harga RM 158/malam.

Tak sangka kabin nih selesa walaupun agak sempit. Bilik dilengkapi tv, aircond, tempat sangkut baju dan 4 botol air minuman. Bilik air dia pun just nice.

Selesa sangat k duduk dalam kabin nih. Tidak panas walaupun tengahari sebab aircond 1.5 hp kot.

Persekitaran kat sini pun sangat menarik dan cozy sebab dikelilingi sawah padi. Disediakan buaian panjang di kawasan berdekatan reception counter. Disediakan juga ruang untuk berehat siap dengan kerusi malas di luar reception counter menghadap sawah padi. Memang best untuk berehat sambil berangan di kala mendengar lagu-lagu dendangan Bruno Mars (nak jugak kan).
Tinggi juga buaian nih
Merenung jauh mengenangkan bila la nak kaya kayak nih
Kuch Kuch Hota Hai
Mujur tiada adegan tergolek dalam sawah padi

Ada disediakan perkhidmatan sewa basikal untuk kita meronda di sekitar kawasan sawah padi. RM 10 untuk 2 jam bagi setiap basikal single. RM 15 untuk 2 jam bagi setiap basikal couple.
Basikal yang tersedia untuk disewa

Di luar kabin kitaorang disediakan hammock untuk kita berehat-rehat. 

Ada disediakan lampu hiasan di luar kabin yang mana anak-anak den ingat telur binatang. Bila malam memang cantik sebab lampu nih akan memancarkan cahaya berwarna warni.
Telur dinosaurs katanya

Di tingkat atas ada disediakan ruang buaian yang mana kita boleh berbuai sambil menghayati keindahan pemandangan sawah padi nan menghijau. Memang breathtaking view.
Bersama cinta hati

Breakfast disediakan di sini dengan bayaran tambahan iaitu RM 5 untuk sebungkus nasi lemak + sebotol air mineral atau sandwich + sebotol air mineral. Boleh request nak minum kopi tapi depa tiada kopi o, depa cuma ada expresso dan capucino (yang nih kena bayar lain ye).

Café untuk kita breakfast yang terletak di tingkat atas cabin comel sangat. Boleh muatkan dalam 10 orang kat bahagian dalam. Di luar café disediakan kerusi meja yang boleh muat dalam 6 orang. Kalau cuaca tak panas, memang cantik kalau breakfast di luar sebab boleh nampak sawah padi. Di bahagian dalam café hanya 1 meja dapat mengadap pemandangan sawah padi secara langsung. Hiasan kat café nih pun sweet je.

Ada disediakan ruang untuk bersantai bagi penghuni kabin di sini yang mana ada pool table, tempat melepak sambil dengar lagu, etc. 

Pemandangan di sekitar Sekinchan Padi Box nih pada waktu malam sangat menarik sebab banyak lampu berwarna-warni.

Bila terjaga dari tidur di pagi hari rasa tenang sangat sebab dengar bunyi burung berkicauan. Rasa tenang dan aman damai. Rasa macam nak duduk kampong je kalau kaya kayak nanti.

Sebelah kawasan Sekinchan Padi Box nih, ada satu restoran yang dalam bas lama yang telah diubahsuai. Tiada tanda halal tapi no pork camtuh la. Budak-budak nih sakan plak nak naik bas tuh. Makanya kitaorang naik la ke bas tuh malam masa menginap di kabin dan pagi sebelum check out dari kabin. Makan sepotong kek dan minum 1 tin air gas je pun sebab budak-budak nih lebih pada nak berlari-lari ke hulu ke hilir dalam bas tuh. Dari dalam bas nih memang nampak pemandangan sawah padi. Yang tak tahannya 1 potong kek tuh berharga RM 14…..hipster sangat harga nih kalah Secret Recipe.
Dok perati kenapa papa dia belum naik bas lagi. Anak busuk papa yang sorang nih.
RM 14 sepotong....pitam
Kesayangan den

Terdapat pelbagai restoran di sekitar Sekinchan Padi Box nih. Nak makan dekat restoran yang menyajikan mentarang bakar pun dekat je. 10 minit perjalanan dari sini. So jangan risau nak makan kat mana kalau menginap kat sini. 

Dari Sekinchan Padi Box nih memang dekat kalau nak pergi ke Sekinchan 3D Art Gallery (dalam 5 minit naik kereta) dan Pantai Redang (dalam 10 minit naik kereta). 

Kalau nak datang menginap samada di Sekinchan Padi Box atau Farm Ville Café and Homestay nih, yang paling sesuai dan masa pemandangan sangat cantik adalah semasa padi mula tumbuh (dapat tengok pemandangan sawah padi menghijau) atau masa nak menuai padi (dapat tengok pemandangan sawah padi menguning). Bila masanya tuh kena la telefon tanya pekerja kat both cabins ye.

Untuk info lebih lanjut tentang Sekinchan Padi Box, boleh tengok di http://padibox.com/

2 Comments

  1. interesting sgt, btw mmg tgh cari info untuk ke sini nanti, tq sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama puan.Semoga maklumat ini sedikit sebanyak memberi manfaat.

      Delete