“There are two stories for every life; the one you live, and the one others tell.”
 
“Losing a loved one is never really ‘starting over’. More like ‘continuing without’.”

Buku nih mengisahkan beberapa orang di Coldwater, Michigan yang menerima panggilan telefon daripada orang yang telah meninggal dunia yang mana pernah ada kaitan dalam hidup mereka yang masih hidup nih. 

Antara orang yang menerima panggilan nih adalah Katherine Yellin (perunding hartanah) yang terima panggilan daripada kakak dia, Jack Sellers (ketua polis) yang terima panggilan daripada anak dia, Tess Rafferty yang terima panggilan daripada ibu dia dan Elias Rowe yang terima panggilan daripada bekas pekerja dia.

Panggilan nih semua meminta mereka yang hidup untuk teruskan kehidupan dengan lebih baik dan berlapang dada.

So bila Katherine Yellin dan Elias Rowe membuat pengakuan terbuka di dalam gereja pasal mereka menerima panggilan daripada orang yang telah meninggal dunia, perkara ni tersebar ke banyak tempat.

Ramai orang terutamanya orang yang berharap akan dapat menerima panggilan daripada orang tersayang yang telah meninggal dunia datang ke Coldwater, Michigan untuk merasai keajaiban yang berlaku.

Ada paderi yang percaya panggilan ni betul-betul daripada mereka yang telah meninggal dunia dan berada di syurga. Ada paderi yang tidak percaya kepada perkara ini dan berpendapat ada orang yang buat prank.

Sully Harding, seorang juruterbang tentera yang dipecat daripada perkhidmatan dan baru keluar dari penjara akibat membawa pesawat dengan paras alcohol melebihi had yang dibenarkan cuba memulakan hidup baru bersama anaknya Jules yang berumur 7 tahun. Isterinya meninggal dunia semasa beliau dalam penjara selepas sekian lama koma akibat kemalangan jalan raya semasa ingin menjemput Sully di lapangan terbang.

Sully pun berpendapat ada orang yang bermain-main dengan panggilan nih dan berazam untuk siasat siapa yang membuat onar mempermainkan perasaan mereka yang kehilangan orang tersayang lagi-lagi selepas anaknya, Jules berharap akan menerima panggilan daripada isterinya yang telah meninggal dunia.

Akhirnya selepas menyiasat dengan bersusah payah, Sully mendapati Horace, pengurus rumah mayat adalah merupakan bekas perisik tentera yang mempunyai kepakaran di dalam perkara berkaitan alatan telekomunikasi. Bila Sully pergi berjumpa Horace di rumahnya, Sully mendapati ada set up alat telekomunikasi yang canggih dan memang terbukti Horace yang buat panggilan kepada Katherine Yellin, Jack Sellers, Tess Rafferty dan Elias Rowe berdasarkan maklumat orang yang meninggal yang ada dalam fail di rumah mayat.

Sully tanya Horace kenapa mempermainkan perasaan orang, Horace cakap dia cuma nak orang yang masih hidup nih menerima sedikit keajaiban supaya mereka boleh teruskan hidup dengan baik. Horace mengaku pada Sully yang nama sebenarnya adalah Eliot Gray Sr yang mana anaknya iaitu Eliot Gray Jr adalah orang yang bertugas di menara telekomunikasi dan memberi maklumat yang salah kepada Sully untuk dia mendaratkan kapal terbang dia. Semasa Eliot Gray Jr lari dari menara telekomunikasi tuh, dia bawa kereta dengan sangat laju sehingga kemalangan dengan isteri Sully yang menyebabkan isterinya koma tuh.

Sully mengamuk dan memusnahkan semua alat telekomunikasi yang terdapat di dalam rumah Horace. Horace sempat melarikan diri, menelefon polis dan meninggal dunia akibat sakit jantung.

At the end, Sully terima panggilan telefon daripada isterinya yang telah meninggal dunia sedangkan semua alat komunikasi kepunyaan Horace telah dimusnahkan. So adakah Sully truly received the call from heaven?

Kesimpulan buku nih bagi den adalah orang yang masih hidup di dunia nih berharap dapat buat dua perkara bersama orang yang disayangi yang telah meninggal dunia iaitu:

1. Nak tau bagaimana kehidupan selepas mati, adakah lebih baik atau sebaliknya; dan 

2. Nak ada one last conversation as a closure terutamanya bagi perkara-perkara yang tidak terucap termasuklah kemaafan, kali terakhir ucapan I love you, unresolved conflicts, etc supaya orang yang masih hidup dapat teruskan kehidupan dengan berlapang dada camtuh la.

Buku nih sama tema dengan For One More Day, Five People You Meet In Heaven dan The Time Keeper (buku-buku oleh Mitch Albom yang den dah baca) iaitu hubungan di antara orang yang masih hidup dan orang yang disayangi yang telah meninggal dunia.

Buku nih pada den tak dapat menandingi keunikan dan kehebatan novel For One More Day dan Five People You Meet In Heaven yang den telah ulang baca beberapa kali dan tetap ada rasa nak ulang baca lagi.

3.5 stars untuk buku ni.

0 Comments