1. Memang kena tawar menawar, cuba dapatkan harga borong (grosir). Kiosk yang kitaorang terjah tuh bagi je harga grosir walaupun kitaorang beli skit je.
 
2. Agak-agak dia bagi harga yang kita tak berkenan, jalan je dulu sebab banyak kedai lain. Biasanya dia akan bagi harga lagi rendah bila dia nampak kita dah nak bergerak ke kedai lain.

3. Berhati-hati dengan pickpocket sebab dikhabarkan memang ramai di kedua-dua tempat shopping nih.

4. Mohon pakai sport shoes atau sandal yang bertapak selesa sebab kita akan berjalan dengan sakannya sebab kawasan nih adalah sangat luas. 

5. Pakai baju yang serap peluh la ye sebab kita akan berhimpit-himpit dengan orang + kawasan kat sini agak panas.

6. Sila bawa back pack atau beg sandang belakang untuk mengisi semua hasil tangkapan shopping. Kalau tak jadi macam kitaorang on the first day, jinjit la semua beg plastic ke hulu ke hilir (dari Tanah Abang ke Serina Mall ke Tugu Monas ke Serina Mall semula).

7. Untuk masa shopping yang optima, sila datang pada 9 pagi (waktu Jakarta) semasa banyak kiosk telah mula dibuka.

8. Ada je mesin ATM di Tanah Abang dan Mangga Dua. So jangan susah hati kalau tak cukup duit shopping.

9. Tempat macam nih macam kurang sesuai untuk budak-budak kecil dan warga emas yang tidak larat berjalan.
Colorful cottons

0 Comments