Biasa la den nih, orang lain dah tengok cerita nih sebulan lepas, den baru berkesempatan tengok semalam.

Den sebenarnya takde high expectation terhadap movie nih selepas insiden Batman v Superman : Dawn of Justice tuh.

Tak sangka movie Justice League nih best.

Justice League for me macam best sangat….setanding je dengan Avengers. Nih pendapat orang yang tidak pernah baca langsung komik DC dan Marvel la….yang tak tau jalan cerita atau keistimewaan setiap superheroes yang digarapkan dalam setiap komik tuh.

Movie nih bagi den dari mula sampai habis penuh dengan actions. Memang tak sempat nak terberangan sebab ceritanya fast pace.

Sinopsis cerita secara ringkasnya adalah Batman mengumpulkan 5 superheroes lain iaitu Wonder Woman, Superman, Aquaman, Flash dan Cyborg bagi menentang Stephenwolf yang bercita-cita menakluk dunia.

#apa lagi storyline yang boleh dibuat kalau melibat superheroes kan? Dah tentu kena selamatkan bumi atau planet lain daripada dijajah oleh penjahat. Den tak pasti juga kenapa orang jahat terutamanya makhluk asing berkenan sangat dengan bumi nih. Depa tak tau ke umur bumi dah semakin tua, bumi dilanda pelbagai pencemaran dan ditadbir oleh kebanyakan politikus yang malas den nak komen.

Batman dalam movie nih adalah seumpama Iron Man dalam Avengers di mana terpaksa jadi ketua kumpulan bagi mendapatkan kerjasama semua superheroes yang available membentuk satu pasukan bagi menentang penjahat yang super terror.

Tapi ketua kumpulan sebenar dalam movie nih bagi pendapat den adalah Wonder Woman. Gal Gadot is the Wonder Woman. Payah juga nak cari galang ganti the next Wonder Woman di masa akan datang. Setiap kali ada scenes yang melibatkan Wonder Woman, den terpesona dan dah terlupa sekejap ada superheroes lain. 
Cantik betul minah nih
Flash ala-ala Spiderman dalam Avengers di mana dia adalah ahli kumpulan yang terpaling muda yang tak sangka akan dijemput masuk ke dalam kumpulan elite gittew. Dia teruja bila berjumpa superheroes lain dan banyak bercakap (sama macam Spiderman juga). Banyak scenes lawak dicetuskan oleh Flash.
Pak lawak in the movie. Si anak ikan yang berumur 20an.
Den macam kecewa dengan Aquaman sebab dia macam tak ummpphh sangat dalam movie nih. The same goes to Cyborg yang den rasa kalau takde dalam movie nih pun tak apa. Tak pasti samada Aquaman boleh stand alone dalam movie dia nanti.
Sayang watak tak beberapa nak berkembang
Kalau takde pun tak mencacatkan movie
Boleh tak dalam seramai-ramai superheroes yang ada dalam movie nih, den berkenan dengan Steppenwolf si penjahat sebab den rasa dia handsome hahhahahaha.
Tang mana yang handsome tuh?
Ternampak kelibat Green Lantern. Hollywood kena reboot movie Green Lantern dengan hero baru sebab movie sebelum ni dengan Ryan Reynold adalah memang tidak best okay. Hopefully Green Lantern tidak menerima nasib yang sama seperti movies Hulk yang telah dibuat dua kali dengan dua heroes berbeza (Eric Bana dan Edward Norton) tetapi tetap tak best. Dah la Green Lantern dan Hulk sama-sama warna hijau. Semoga nasib Green Lantern lebih baik daripada Hulk.

Scene:

Barry Allen : What is your superpower?
Bruce Wayne : I am rich.

Mengingatkan den kepada scene:

Steve Rogers : Big man in a suit or armor. Take that off, what are you?
Tony Stark : Genius billionaire, playboy and philanthropist.

Walaupun Ben Affleck ala-ala nak ikut Robert Downey Jr masa scene tuh tapi cara RDJ lebih bersahaja dan seksi.

Masa den tengok Flash dalam movie nih den terfikir ‘di mana ya pernah kulihat mamat ini’. Rupa-rupanya den pernah tengok dia berlakon sebagai Credence Barebone dalam movie Fantastic Beasts and Where To Find Them.

Ada juga sesi terbandingkan tubuh kekar di antara Aquaman dan Superman masa depa shirtless. Why don’t Batman go shirtless and joint the wagon kan? It’s a shame the outcome of rigorous training by Ben Affleck not being shown in this movie.

I think its time for us to cut some slack for Ben Affleck and Henry Cavill. 

Untuk Ben Affleck, dia dah buat yang terbaik sebagai Batman walaupun sampai semalam den dan buong masih ada perasaan dia bukan calon terbaik untuk Batman sebab dia kurang misteri dan kurang lincah. 

Buong rasa other actors that will do better justice to Batman are Jake Gylenhall (den rasa dia sajak), Tom Hiddleston (sajak juga tapi dah jadi Loki) dan Michael Fassbender (not a bad choice but he is already Magneto). Macam yang den pernah cakap dulu, Batman should be given to unknown actor. 

Ben Affleck nih berwajah romantic. Jenuh dah dia buat muka dark and brooding tapi tuh la memang payah nak dapat aura seumpama Christian Bale (the best Batman so far).

Nasib engkau la ye Ben Affleck. Adat la bila mantan Batman adalah yang terbaik bagi ramai peminatnya dan pengkritik.

Sama la situasi dengan Menteri Besar Selangor. Tan Sri Khalid Ibrahim (TSKI) telah meletakkan benchmark yang tinggi kepada pemerintahan Kerajaan Negeri Selangor dengan meninggalkan rizab sebanyak RM 3.2 billion pada 2014 selepas 6 tahun mengambil alih tampuk pemerintahan daripada Dr Khir Toyo (rizab masa nih RM400 juta). Bila MB ssekarang, Dato Azmin Ali meningkat rizab Selangor kepada RM 3.26 billion pada 2015. Maknanya TSKI dapat menyediakan rizab sebanyak RM267 juta/tahun dan MB Selangor sekarang dapat sediakan rizab RM60 juta/tahun. Walaupun Dato Azmin Ali dah buat yang terbaik, rakyat dan pengkritik sering membandingkan beliau dengan TKSI sebab TKSI telah letakkan benchmark yang tinggi.

The same goes to Ben Affleck. Dah la rupa tak beberapa nak dark and brooding kan, Christian Bale plak sangat cemerlang sebagai Batman. Memang la akan dibandingkan selamanya sebab it is a big shoes to fill.

Eh….apa kaitan ulasan movie superhero dengan pemerintahan Kerajaan Negeri Selangor?

So adakah TSKI adalah Batman aka Christian Bale dan Dato Azmin Ali adalah Batman aka Ben Affleck?

Rasanya kita semua kena berlapang dada dan terima hakikat yang Christian Bale is Batman no more. Kita terima hakikat Ben Affleck is Batman sekarang.
This is our Batman now. Deal with it.
Sama la dengan hakikat Michael Jackson is no more. The great entertainers we have for this generation now are Bruno Mars and Ed Sheeran. Eh nak jugak hhehehehehehehe. 

Walaupun dalam movie Justice League nih, memang jelas ketara tanpa bantuan Superman, kombinasi Batman + Wonder Woman + Aquaman + Flash + Cyborg tidak akan dapat menandingi kekuatan Steppenwolf, tak pasti kenapa den ada terasa Superman ni macam lembik skit?

Jelas dah Superman yang terpaling kuat di antara semua superheroes yang ada dalam movie nih tapi mengapa ya Superman tidak kelihatan gagah? Superman suit dah molek dah (tiada lagi spender merah di luar suit), badan dah terlebih kekar dah, gigi dah sangat cantik dah. So apa yang kurang ye?

Den rasa sebab air muka Henry Cavill yang macam anak manja emak dan muka agak jambu. Superman seumpama Christopher Reeves muka matang gittew. Tapi kalau nak dibandingkan Brandon Routh dan Henry Cavill sebagai Superman, memang sajak lagi Henry Cavill nih.
Please man up a little will you
Den harap sangat Henry Cavill diversify watak dia dalam movies lain. I really hope he will succeed in Hollywood.

A great movie. 

5 stars from me.

#Disebabkan movie nih dah lama ditayangkan, makanya dalam panggung wayang semalam hanya ada 8 orang yang menengoknya. Kitaorang sekeluarga (4 orang) dan 2 pasang couples. Best la plak bila tak ramai orang sebab boleh je duduk di mana suka + bila budak-budak bergelinjangan takde la kita risau akan membuat kacau ganggu kepada penonton lain. Bley dijadikan SOP nih, tengok wayang bila tayangan movie tuh dah lepas waktu puncaknya.

0 Comments