Pertengahan November lepas, kitaorang sekeluarga datang ke Selangor Fruit Valley nih. Ingatkan tak ramai orang tapi ramai betul orang. Siap ada rombongan warga emas yang menaiki 2 buah bas. Keluarga yang datang dengan kereta sendiri pun ramai. Penuh parking k.
Selepas parking den layan dulu budak-budak bermain dengan pokok semalu. Diaorang memang terkesima tengok pokok semalu nih sebab pertama kali diaorang jumpa pokok semalu nih. Anak bandar sangat nih. Sakan depa dok main dengan pokok semalu tuh.
Terkesima jumpa pokok semalu
Kemudiannya kitaorang pergi ke bangunan yang menempatkan kaunter menjual tiket.

Harga tiket adalah seperti berikut:
Disebabkan terlalu ramai orang + kekerapan tram yang sangat lama (sebab kuantiti tram sikit agaknya) + orang ramai serbu je naik tram tanpa beratur, makanya kitaorang menanti hampir 40 minit untuk naik tram.

Dari depan bangunan kaunter tiket nak ke check point pertama iaitu Eco Bridge dan Laman Mini mengambil masa lebih kurang 10 minit. Di sini kita semua akan diminta turun membuat aktiviti di sini sementara nak tunggu tram lain ambil kita dan dibawa ke check point kedua iaitu Taman Rusa.

Kat sini banyak aktiviti yang boleh dibuat seperti lunch di Rimbun Café yang menyediakan lauk pauk kampung yang sedap, bergambar secara berleluasa terutamanya di Eco Bridge dan replika buah-buahan yang disediakan dan membeli belah buah-buahan tempatan dan souvenirs seperti tshirt, topi, balm, etc.
Sementara menunggu buong dan kiddos menjamu selera kat Rimbun Café, den berjalan di sekitar Eco Bridge mengambil gambar sebab bagi den Eco Bridge nih memang cantik. Siapa yang nak buat pre-wedding shooting kat sini pun sesuai rasanya sebab pemandangan sangat cantik.
Cantik kan
Lepas tuh den menjengah kawasan yang menjual buah-buahan tempatan dan souvenirs.
Banyak tempat lagi boleh lawat kat sini sebab ada macam ladang buah-buahan tapi disebabkan panas dan kemalasan, kitaorang hanya melepak kat kawasan nih je. Tak terambil gambar pun dengan replika buah-buahan sebab tak lalu rasanya sebab panas.
Masa kitaorang tunggu tram untuk pergi check point seterusnya yang mengambil masa lebih kurang 20 minit, sempat la pula budak-budak nih membuat vandalism iaitu dengan memetik dua biji buah limau barli yang belum masak. Dalam dipantau tuh sempat juga diaorang membuat onar. Haish.
Mula-mula pegang je
Limau barli yang terkorban
Disebabkan cuaca tiba-tiba mendung macam nak hujan, makanya tram tak berhenti pun kat Taman Rusa, kitaorang hanya memandang rusa dari kejauhan je la.

Sampai je di Taman Arnab yang turut menempatkan taman permainan ringkas bertemakan buah-buahan yang dah tentu budak-budak gembira main kat situ, hujan turun dengan selebat-lebatnya. 
Makanya semua pelawat berteduh kat bawah bangunan yang ada jualan jagung termasuk buong. Den dan budak-budak berteduh kat bangunan sebelah yang menempatkan kandang arnab. Arnab-arnab pun sibuk nak berlindung di bawah jerami yang ada kat dalam kandang tuh sebab depa pun kesejukan. Dalam kesejukan tuh budak-budak nih main juga la dengan arnab-arnab yang turut kesejukan.
Selepas dalam setengah jam di sini, ada sebuah tram yang telah diletakkan plastic bagi menghalang hujan masuk ke dalam tram. Kitaorang pun naik la tram nih dan dibawa ke laluan yang menghala ke kawasan utama yang menempatkan parking kereta tuh. 

On the way nak ke keluar tuh, kitaorang dibawa di laluan yang ada tarikan lain yang mana kitaorang tengok dari kejauhan sebab hujan masih lebat. Kitaorang lalu di jeti keranji, laman rumah kampung, taman herba dan rempah ratus dan kelulut valley. Memang pandang dari kejauhan je la sebab takde rezeki nak singgah di mana-mana pun.

Kalau pelawat datang SFV pada masa cuaca cantik, mungkin boleh melawat semua tempat tarikan di SFV seperti ladang buah-buahan dan sayur-sayuran, eco bridge, pavilion, laman mini, laman rumah kampung, taman rusa, taman arnab, taman herba dan rempah ratus, kelulut valley, jeti keranji, taman orkid dan makmal tisu kultur.

SFV juga menyediakan perkhidmatan tram ride dan sight seeing, aktiviti air, aktiviti padang, bilik seminar (tanpa penginapan) dan pakej lawatan berkumpulan.

Kalau nak tempat pakej berkumpulan, bolehlah contact SFV nih di 03-32720019/20.

Waktu operasi SFV adalah Selasa hingga Ahad (9.00 pagi hingga 4.00 petang). Hari Isnin, SFV tutup ye.

Den rasa antara perkara yang mungkin boleh ditambahbaik oleh pihak pengurusan SFV terutamanya apabila waktu puncak dan ramai orang:

1. Tambah bilangan tram untuk memastikan kekerapan tram bergerak dari satu check point ke satu check point adalah lebih cepat;

2. Sediakan seorang pekerja untuk memastikan pelawat beratur apabila hendak menaiki tram bagi mengelakkan orang berebut-rebut dan it should be first come will be the first to board the tram. Den faham kita nak mendidik rakyat kita supaya berhemah macam rakyat Jepun tanpa perlu dipantau tapi masalahnya mentaliti kita masih belum bersedia sepenuhnya ke arah itu. Masih perlu gunakan konsep merotan camtuh; dan

3. Mohon dipastikan tandas terutamanya di dalam bangunan yang menempatkan kaunter tiket berfungsi dengan baik.

Rasanya macam kena datang ke sini lagi sebab banyak tempat yang sempat lawat due to heavy rain.

0 Comments