Sejak si F tengok cerita Upin Ipin yang ada pasal angkasawan tuh, dia memang nak sangat jadi angkasawan….rasanya ada setahun lebih juga la dia bercita-cita macam tuh. Macam-macam soalan la dia tanyakan berkaitan dengan angkasawan. Den cuba la jawab sedaya upaya yang den tau (of course ada fakta yang terpleot di sana sini termasuk jawapan yang mungkin tersasar dari landasan yang benar).

Sekali tuh kitaorang tengok cerita Geostorm lakonan Gerard Butler pasal misi nak menyelamatkan dunia akibat stesen angkasa lepas disalahguna oleh State Secretary USA untuk merampas kuasa daripada Presiden USA. 

Jalan cerita memang dah macam cliché sangat tapi masih best je la. Of course la kan Gerard Butler sebagai hero adalah sangat terror nak mengelakkan dunia daripada ancaman bencana alam yang digelar geostorm yang dicetuskan oleh satelit-satelit akibat konfigurasi maklumat di stesen angkasa lepas tuh. Ada la a few scenes yang melibatkan hero dan beberapa pelakon lain kena pakai baju angkasawan untuk buat siasatan, etc.

Of course akhirnya hero berjaya menyelamatkan bumi serta menangkap dalang guling dalam lipatan di dalam pentadbiran Kerajaan USA tuh.

Dialog di bawah berlaku selepas habis je kitaorang sekeluarga menonton filem nih.

F : Mama…..abang rasa abang tak nak jadi angkasawan la?

Den : Eh…kenapa tak nak jadi angkasawan?

F : Nanti ada banyak benda meletup-letup dan terbakar macam dalam cerita tuh.

#ada scenes yang seumpama itu dalam movie Geostorm terutamanya masa ada kerosakan peralatan di stesen angkasa lepas, etc.

Den : Itu cerita je abang. Kalau abang kerja elok-elok nanti, biasanya akan jadi okay je.

F : Tak nak la mama. Abang takut la nanti terjatuh semua. Lepas tuh cedera. Lepas tuh mati. Nanti abang jadi benda lain ye?

Thanks to Gerard Butler dan Geostorm yang membantutkan sebentar cita-cita buah hati den tuh. Trauma budak tuh. Sampai hari ini masih belum jumpa cita-cita baru.

#Gerard Butler nih den rasa macam tak beberapa nak cemerlang kat Hollywood. Dia nih den kategorikan sebagai pelakon aksi tapi dia tak termasuk dalam kelompok The Rock, Liam Neeson, etc padahal okay je la dia berlakon rasanya. Movie dia yang den paling suka adalah Law Abiding Citizen. Jalan cerita menarik. Antara movie yang den suka ulang tayang bila boring kat ofis.

0 Comments