Insurans Perjalanan Luar Negara

Dah banyak blogs yang cerita pasal kepentingan mempunyai insurans perjalanan setiap kali kita keluar Negara. 

Bagi mereka yang memang tergolong di dalam kategori hard core travellers, travel insurance is a must atau perkara wajib yang mesti disediakan setiap kali mereka nak melancong.

Setakat den pergi berjimbaan beberapa kali ke luar Negara, tak pernah terfikir nak mengambil insurans perjalanan sebab pelbagai alasan. Antaranya adalah sebab den tidak berilmu, den rasa tak kan la den jatuh sakit sebab pergi oversea sekejap je pun, etc….betapa ignorance nya den kan?

Rasanya tahun 2016 ada beberapa kes yang melibatkan rakyat Malaysia yang jatuh sakit, terbersalin awal, etc di luar Negara yang memerlukan bantuan sumbangan orang ramai untuk membolehkan mereka membayar kos perubatan yang amat tinggi sebelum mereka dapat balik ke Malaysia. 

Ada juga kes yang memang telah ambil insurans perjalanan tetapi coverage insurans tersebut tidak dapat menampung kos perubatan di luar Negara yang terlalu tinggi. Ada juga rakyat Malaysia yang tidak layak mengambil insurans perjalanan atas factor umur. So bila terjatuh sakit di luar Negara, memang akan bermasalah daripada segi pembayaran kos perubatan.

Sejak terbaca semua berita sebegini baru la den macam tersedar diri yang kita tak tau apa akan terjadi pada kita semasa kita di luar Negara (even lagi 5 minit pun kita tak tau apa nasib kita sebenarnya). Kita boleh jadi terjatuh sakit, terlibat dengan kemalangan jalan raya, terlibat dengan kemalangan berkaitan aktiviti yang kita buat, terhilang passport, bag, etc.

Makanya setelah terinsaf sedikit tuh, den buat julung-julung kalinya telah membeli insurans perjalanan untuk sesi berjimbaan ke Bali pada September 2017. And thank God I bought the travel insurance tuh sebab that trip especially masa di Nusa Penida adalah sangat mengerikan. Bila terkenang ada insurance tuh, hati ada sedikit tenang.

Seterusnya untuk trip berjimbaan ke Jakarta pada November 2017, den turut mengambil insurance perjalanan untuk ketenangan minda gittew.

Bagi kedua-dua trips nih, den ambil insurance perjalanan AXA Smart Traveller Insurance sekali perjalanan sahaja sebab den rasa macam okay je coverage dia dan mampu milik camtuh. Den bayar RM 52.50 untuk trip 8 hari ke Bali dan RM 37 untuk trip ke Jakarta. Den beli kat website dia dan buat payment through online banking. Tak sampai setengah jam, den terima polisi insurans melalui email. 

#kalau siapa yang memang selalu berjimbaan ke luar Negara, bolehlah mempertimbangkan insurans yang bayar yuran tahunan.

Ada banyak je travel insurance di pasaran. Dah tentu la conventional travel insurance ada lebih banyak daripada takaful travel insurance. Terpulang atas kita nak pilih pakej yang mana bergantung kepada coverage yang kita hendak, jenis aktiviti yang kita nak buat dan our willingness to pay gittew. 

#Den rasa kalau pergi Negara yang memang belah-belah omputih tuh kan elok la ambil yang coverage tinggi sebab kos rawatannya pun telah diketahui mahal gegak gempita.

Ada pelbagai manfaat yang travel insurance tawarkan bergantung kepada pakej yang kita pilih. Ada travel insurance yang cover kos perubatan, kemalangan, kehilangan bag, kehilangan passport, kelewatan perjalanan, penghantaran pulang jenazah, etc.

Berdasarkan laman sesawang imoney, ada disenaraikan beberapa jenis travel insurance untuk kita pilih dan bandingkan pakejnya. Boleh lihat di PELBAGAI JENIS INSURANS PERJALANAN

Den tak pasti bagaimana travel insurance ini berfungsi apabila kita mengalami kecelakaan di luar Negara. Ada insurance yang memerlukan kita membayar dulu semua kos yang ditanggung dan claim daripada syarikat insuran apabila kita kembali ke Malaysia. 

So kita perlu siasat atau perhalusi procedure bagaimana travel insurance nih berfungsi sebab setiap insurance kaedah tuntutan dan bayarannya adalah berbeza. Contoh pengalaman orang yang pernah claim insurans perjalanan adalah di PENGALAMAN CLAIM INSURANS PERJALANAN

Bagi kakitangan kerajaan yang hendak ke luar Negara atas tujuan peribadi, Kerajaan membiayai insurans perjalanan satu kali setiap tahun melalui Syarikat Takaful Malaysia Berhad sehingga 22 Ogos 2018. Lepas 22 Ogos 2018, mungkin Kerajaan Malaysia lantik syarikat insurans lain plak. So kena sentiasa alert dengan pekeliling ye. Sekali je tau setahun, Kerajaan tolong cover. Ianya bagi perjalanan tidak melebihi 31 hari. Boleh baca dengan lebih terperinci di INSURANS PERJALANAN KAKITANGAN AWAM BAGI TUJUAN PERIBADI

Untuk tahun 2018 nih, marilah kita sama-sama berazam untuk mengambil travel insurance apabila kita nak berjimbaan di luar Negara, tak kisahlah kalau pergi balik hari pun sebab malang tidak berbau.

Berbaloi ke tak kita ambil travel insurance nih? Konsepnya sama je la dengan medical card atau insuran perubatan yang kita ambil tuh. Kita ambil semua insurans, bukannya berharap kita mengalami musibah tetapi lebih kepada menyediakan payung sebelum hujan, langkah berjaga-jaga dan meminimakan risiko gittew.

Di dalam kita menabung untuk keluar Negara seperti tabungan membeli tiket kapal terbang, hotel, makan, aktiviti, souvenirs, etc, kita wajib masukkan sekali tabungan travel insurance sebagai jaminan kita apabila terjadi worst case scenario.

Marilah kita bersama-sama menjadi pelancong yang bijak ye dengan mengambil travel insurance setiap kali kita nak pergi berjimbaan.

#Untuk member den yang tak reti-reti nak ambil travel insurance tuh walaupun dok ke hulu ke hilir, next time kalau kita pergi berjalan-jalan bersama dan engkau masih tak nak ambil travel insurance, sekiranya engkau terpleot semasa kita berjimbaan tuh, memang den tinggalkan je engkau kat tempat orang ye.

No comments:

Powered by Blogger.