Urusan duniawi memang tak akan habis kan sebab ada je la perkara yang nak kena diuruskan dan diselesaikan. Poyo je ayat hehehehehe.

Bulan Januari ni memang sibuk dengan macam-macam hal.

Awal bulan memang la sibuk dengan urusan sekolah F termasuklah sakan membalut semua buku teks termasuk buku kerja. Disebabkan darjah 2 nih cikgu sekolah kebangsaan tak wujudkan group whatsapp makanya kira nasib aje la kalau ada bilangan buku yang diterima tidak mencukupi, homeworks berjaya disalin separuh jalan, etc sebab tak tau nak tanya kat mana. Kiranya F dah nak pergi sekolah pun dah kira cukup baiklah. Apa lagi nak dikatakan ye tak?

Menjadi urusetia yang melibatkan penglibatan orang luar memang adalah sangat pening ye. Sekejap diaorang nak suruh masukkan clausa pasal refund in case of earthquake la bagai. Lepas tuh masa mula-mula kita bincang tentative program diaorang cakap tak nak pergi tengok kelip-kelip semasa site visit sebab dah malam sangat. Alih-alih tak sampai seminggu nak program, diaorang cakap nak pergi pula tengok kelip-kelip. Tak ke buat team den sakit jiwa. Macam-macam hal lagi la kisah persediaan nak menganjurkan program pada 5 - 8 Februari 2018 nih.

Mengemaskini perkara-perkara berkaitan kewangan peribadi pun agak mengerikan dan memeningkan. Bila pergi berurusan di cawangan bank, pegawainya cakap perlu buat A. Bila call center telefon berkaitan A tuh, dicakapnya tak betul, kena buat B pula. Lepas den submit B pada cawangan, mereka tak nak terima sebab mereka kata perlu buat A. Tak pasti kenapa tiada penyelarasan antara ibu pejabat dan cawangannya. Bank besar kot kat Malaysia, SOP masih tidak teraturkah?

Alhamdulillah, den sempat melaksanakan KPI untuk membaca sebuah buku Bahasa Melayu dan sebuah buku Bahasa Inggeris pada Januari 2018 nih iaitu Kitab Tamadun Melayu (The Patriots) dan The Colour of Inequality (Muhammad Abdul Khalid). Kedua buah buku ini adalah sangat heavy untuk den yang biasa genre fiction ni kerana intipati buku mengisahkan sejarah, fakta dan bangsa Melayu yang meruntun hati. In sya Allah akan diusahakan untuk membuat ulasan sepintas lalu tentang buku The Colour of Inequality pada bulan Februari ni.

Begitu la cerita serba sedikit kisah den di bulan Januari ini.

#tidak dilupakan den tumpang gembira sebab Bruno Mars berjaya menang besar di dalam anugerah Grammy Awards baru-baru nih. Ha….tiada kaitan pun dengan entry ni sebenarnya hehehehehehe.

0 Comments