In sya Allah, ini adalah bahagian terakhir ringkasan buku ini.
Sementara cikgu zumba sampai, den gigih membaca buku nih
21. Bab 29, Menghancurkan Mitos Melaka Tumbang Kerana Senjata Api menceritakan tentang tumbangnya Empayar Kesultanan Melayu Melaka pada 15 Ogos 1511 akibat serangan Portugis.

Secara ringkasnya, Empayar Kesultanan Melayu Melaka musnah di tangan Portugis walaupun barisan pertahanan Melaka telah berjuang berhabis-habisan daripada segi diplomasi, pertahanan, taktik dan strategi pertempuran termasuk menggunakan pelbagai senjata api berat meriam yang lebih besar daripada Portugis adalah kerana pelbagai faktor iaitu Melaka mempunyai musuh di setiap penjuru termasuk orang di dalam Melaka sendiri + tentera upahan Jawa yang belot dan sengaja berperang tidak bersungguh-sungguh setelah ketua mereka disogok Portugis walaupun mereka telah dibayar gaji 3 bulan advance + armada laut Melaka yang sangat kuat berada di luar perairan Melaka (sekitar Riau – Lingga) semasa Melaka diserang (by the time Laksama berpatah balik ke Melaka selepas mendengar Portugis menyerang, Melaka telah jatuh ke tangan Portugis + sikap terlalu memberi kepercayaan kepada anak dagang atau bangsa asing. Bab 29, mukasurat 214-221.

#ayat yang den boldkan tuh den rasakan terpakai terutamanya dalam keadaan sekarang di mana pelbagai isu yang melibatkan keamanan dan kedaulatan Malaysia yang berlaku (lambakan pekerja asing, pelaburan berskala tinggi dari China, kehilangan tanah Felda di kawasan stragetik secara senyap, rasuah yang berleluasa, etc).

Empayar Kesultanan Melayu Melaka pada 15 Ogos 1511 ini menyebabkan den teringat kata-kata Baron Zemo dalam movie Captain America: Civil War. “An empire toppled by its enemies can rise again, but one which crumbles from within? That's dead... forever”. 

22. Kesultanan Perak sehingga ke hari ini adalah warisan daripada Kesultanan Melayu Melaka dan Pedang Cura Simanjakini adalah salah satu alat kebesaran Negeri Perak. Bab 31 dan 32, mukasurat 231-235.

23. Kesultanan Johor bermula dengan susur galur keturunan Kesultanan Melayu Melaka. Selepas kemangkatan Sultan Mahmud Shah II (Sultan Mahmud Mangkat Dijulang), waris terakhir daripada keturunan Kesultanan Melayu Melaka, Kesultanan Johor diteruskan dengan Bendahara Tun Abdul Jalil sebagai Sultan Johordan dikenali sebagai Sultan Abdul Jalil IV. Selepas Sultan Abdul Jalil IV dibunuh oleh pengikut Raja Kechil yang merampas takhta, anak Sultan Abdul Jalil IV, Tengku Sulaiman meminta bantuan ketenteraan daripada 5 orang anak raja Bugis bersaudara untuk menumpaskan Raja Kechil. Tengku Sulaiman seterusnya ditabalkan menjadi Sultan Johor dan keturunan 5 orang anak raja Bugis diberikan jawatan-jawatan penting dalam pentadbiran Johor. Keturunan Kesultanan Johor hari ini adalah daripada kturunan Dinasti Temenggung yang bermula dengan Temenggung Daeng Ibrahim. Bab 33, mukasurat 237-244.

Den cakap dengan buong sayang tiada produksi di Malaysia yang hendak membuat movie berkaitan Tanah Melayu, at least kalau buat tentang Kesultanan Melayu Melaka pun dah best dah sangat.  

Cukup la kot setakat ini ringkasan yang den petik dari buku nih. 

Den menyarankan kepada semua untuk membaca buku ini sepertimana penutup buku ini yang mengatakan “sejarah adalah milik bangsa, bukan milik negara”. Kita perlu membaca buku ini untuk mengenang ketamadunan bangsa Melayu serta mengambil iktibar dari kisah sejarah untuk kelangsungan bangsa Melayu di masa akan datang.

Sepanjang hidup den, ini adalah buku Bahasa Melayu yang paling berat, penuh dengan maklumat bersejarah, yang menyentuh hati, etc.

Review buku ini juga adalah review yang terpanjang den pernah buat.

5 bintang. Please read this book.

0 Comments