Apa yang membuatkan movie nih meledak kat pawagam adalah ianya merupakan the first ever black superhero movie yang dibarisi hampir 70% pelakon yang kurang dikenali serta mempunyai jalan cerita yang sangat berbeza dengan superheroes movies yang lain (yang sokmo la kan cerita pasal makhluk asing atau orang jahat nak menakluk bumi).
Kalau Marvel Studios meng’whitewashing’kan movie nih, harapan untuk dikecam memang sangat tinggi la. Mujur Marvel Studios cerdik pada kali ini.

Secara sinopsisnya kepada den, movie ini adalah mengisahkan tentang pelantikan raja baru Wakanda (negara ala-ala Afrika) iaitu King TChalla yang akan mempunyai kuasa superhero Black Panther daripada heart shape herbs. King TChalla mempunyai visi yang sama dengan the late king (T’Chaka) iaitu melindungi anugerah terhebat Wakanda iaitu Vibranium dan kehebatan Wakanda daripada pengetahuan dunia. Berlaku rebutan kuasa dan takhta oleh sepupunya (N’Jadaka@Eric Killmonger) yang sakit hati bapanya (N’Jobu) dibunuh oleh King T’Chaka akibat N’Jobu mencuri Vibranium camtuh la lebih kurangnya. 

Mungkin disebabkan ianya nak establishkan atau menjustifikasikan kewujudan Black Panther sebelum movie Avengers: Infinity War, makanya movie ini ada agak banyak sesi dialog walaupun ianya tidak membosankan tapi bagi anak-anak den yang berumur 3 dan 7 tahun tuh, diaorang boring la sebab diaorang sibuk nak tengok superhero bergasak dengan orang jahat.

Jalan cerita yang menarik dan berbeza daripada superheroes movies yang cliché.
Aksi fighting memang menarik samada semasa cabaran nak merebut takhta di tepi air terjun atau black panther T’Challa vs blank panther N’Jadaka atau askar Dora Milaje vs W’Kabi dan tenteranya (termasuk 3 ekor badak sumbu). Aksi kejar mengejar menggunakan kereta Lexus di Korea Selatan pun best.

Pemandangan di Wakandan memang menarik terutamanya masa di air terjun dan matahari terbenam.

Superhero movie yang menarik, lain dari yang lain.

Antara quotes yang den minat daripada movie nih adalah:

You are a good man, with a good heart. And it’s hard for a good man to be a king.”

A man who has not prepared his children for his death has failed as a father.”

 You’re going to struggle so surround yourself with people you trust.”

Walaupun movie ni dilengkapi oleh pelakon kulit hitam yang pernah dapat anugerah Oscar macam Forest Whitaker (Yuri) dan Lupita Nyong’o (Nakia) serta pelakon yang dah lama tak nampak dia berlakon iaitu Angela Basset dan juga pelakon yang dah ada nama di Hollywood iaitu Michael B Jordan, ramai pelakon baru yang first time den tengok depa berlakon yang stole the movie from the Black Panther himself gittew seperti Daniel Kaluuya (W’Kabi), Winston Duke (M’Baku), Letitia Wright (Shuri) dan Danai Ukira (Okoye).


Movie ni juga menyediakan perkembangan watak yang seimbang di antara lelaki dan wanita. Tiada damsel in distress yang perlu diselamatkan. Tiga watak utama wanita iaitu Lupita Nyong’o (Nakia), Danai Gurira (Okoye) dan Letitia Wright (Shuri) masing-masing sangat hebat di dalam membantu King T’Challa menyelamatkan Wakanda.

Walaupun Nakia merupakan ex-girlfriend Black Panther tapi dia sendiri merupakan seorang perisik yang cemerlang. 

Okoye merupakan seorang pahlawan yang sangat hebat dan dia juga merupakan General yang memimpin tentera Dora Milaje yang melindungi Wakanda dan Black Panther. 

Walaupun Shuri merupakan seorang remaja tapi kecekapan dia di dalam menggunakan teknologi di samping not a bad fighter.

Shuri dalam movie nih mengingatkan den kepada Tony Stark sebab dia sangat bijak menggunakan dan memanipulasi teknologi.
Nakia, Shuri dan Okoye
W'Kabi @ Daniel Kaluuya @ next Bond?
Daniel Kaluuya nih dikatakan antara calon yang dipertimbangkan untuk menggantikan Daniel Craig sebagai James Bond tapi den lagi suka kalau Idris Elba yang jadi the first black Bond.
Winston Duke. Tinggi gila mamat nih. 1.93 m.
Tak sangka Michael B Jordan sajak sungguh bawa watak penjahat. Memang buat kita menyampah rasa nak katok-katok je dia ni.

Bila tengok movie ni, den macam ternampak-nampak sekumpulan pelapis pelakon kepada pelakon-pelakon kulit hitam yang ada den kenal sejak zaman den muda remaja. Rasanya Chadwick Boseman, Daniel Kaluuya dan Winston Duke bakal menggantikan the legendary Denzel Washington, Will Smith, Forest Whitaker, Samuel L Jackson, Morgan Freeman, etc (just to name a few).

Movie yang best. 4 stars. 

Sila tengok ye. Sangat berbaloi.
My superheroes
Den akhiri review tentang movie ini berdasarkan pengamatan den yang memang tiada background apa-apa pun berkaitan pembikinan filem dengan cover Rolling Stone of King T’Challa yang dikhabarkan telah membuatkan ovaries kebanyakan makcik-makcik bawang meletup.

2 Comments

  1. tak tgk lagi ni.. last tgk citer jumanji. heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wajib tengok movie nih sebab ianya antara movie superhero yang terbaik.

      Delete