Salah satu program yang dianjurkan semasa lawatan tapak pada 7 Februari 2018 bagi Network Of Asian River Basin Organizations (NARBO) Training Integrated Water Resources Management (IWRM) For Sustainable Development adalah program penanaman pokok bakau spesies Berembang di kawasan Kampung Kuantan yang diuruskan sepenuhnya oleh Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang dikenali Inspirasi KAWA (dulu namanya Kelab Alami KAWA).
Dah blog den haruslah ada gambar den yang menanam pokok bakau ye

Inspirasi KAWA yang menyediakan tapak untuk menanam pokok Berembang, plak dan papan tanda, peralatan untuk penanaman pokok, berurusan dengan Persatuan Pendayung Kelip-Kelip Kampung Kuantan, memastikan semua peserta program dapat menanam pokok Berembang dengan jayanya. Diaorang buat semua kerja, pejabat den cuma sediakan peruntukan sahaja.

Inspirasi KAWA merupakan NGO yang berusaha bersungguh-sungguh terlibat di dalam usaha pemeliharaan dan pemuliharaan Sungai Selangor terutamanya bagi kawasan yang melibatkan habitat kelip-kelip.

Antara aktiviti yang Inspirasi KAWA laksanakan termasuklah penanaman pokok bakau dan pokok nipah di kawasan riparian Sungai Selangor, nursery penanaman atau pembiakan pokok bakau dan pokok nipah, pengutipan sampah di dalam Sungai Selangor, memberi taklimat tentang kepentingan memulihara dan memelihara Sungai Selangor dan alam sekitar serta lain-lain.

#Semua gambar adalah daripada FB Inspirasi Kawa dan Eddie Malek.

Usaha-usaha pemeliharaan dan pemuliharaan Sungai Selangor yang dilaksanakan oleh Inspirasi KAWA telah beberapa kali mendapat liputan di dalam media arus perdana termasuk surat khabar, Majalah 3 dan sebagainya. Usaha-usaha Inspirasi KAWA juga telah mendapat perhatian antarabangsa termasuk International Lake Environment Committee, etc.

Setakat ini, Inspirasi KAWA mendapat dana bagi melaksanakan pelbagai aktiviti daripada syarikat Hartalega Sdn Bhd dan Global Environmental Centre (juga merupakan NGO).

Sekiranya mana-mana syarikat berminat untuk berkolaborasi dengan Inspirasi KAWA bagi melaksanakan aktiviti berkaitan pemeliharaan dan pemuliharaan Sungai Selangor sebagaimana yang telah diceritakan di atas melalui program Corporate Social Responsibility (CSR) yang mana syarikat tuan puan boleh mendapat pelepasan cukai pendapatan syarikat di samping terlibat menjaga alam sekitar, bolehlah menghubungi En Eddie Malek di 012-4064712.

Untuk maklumat yang lebih terperinci yang dilaksanakan oleh Inspirasi KAWA, bolehlah melayari FB mereka Inspirasi KAWA.

Untuk Inspirasi KAWA, terima kasih banyak-banyak di atas kerjasama menjayakan program NARBO pada 7 Februari lepas. Semoga ada rezeki untuk kita bekerjasama lagi di masa hadapan ye. In sya Allah.

0 Comments