Hopefully ini adalah bahagian terakhir untuk review buku ini. Tak sure macam mana nak crampkan notes in 4 pages kepada 1 entry sahaja nih hehehehehe.

Mukasurat 121 dan 122 di dalam buku ini mengatakan bahawa lebih 72% Bumiputera tidak mempunyai asset kewangan dan 74.3% Bumiputera tiada hartanah.

Mukasurat 133 mengatakan bahawa jika hendak menjadi kaya, kita perlu mengelakkan sector perikanan dan pertanian tapi ianya tidak dijelaskan secara terperinci tetapi den rasa ni mungkin lebih kepada perikanan dan pertanian tradisional.

Pemilikan rumah telah menjadi semakin tidak dapat dimiliki walaupun ianya dikategorikan sebagai rumah mampu milik. Rasanya kebanyakan rumah mampu milik telah menjadi rumah mampu lihat. Kerajaan seharusnya revamp housing policy supaya tidak terlalu menyebelahi pemaju, mengurangkan dan mengambil tindakan terhadap projek perumahan terbengkalai, menekankan kepada pembinaan lebih perumahan kos rendah dan kos sederhana rendah, etc.

Di Malaysia, sistem percukaian memberi manfaat kepada orang kaya tetapi menekan orang yang dalam kategori sederhana.

Secara kesimpulannya, purata simpanan orang Malaysia hanya boleh cover perbelanjaan untuk 1.8 bulan. Purata financial asset hanya boleh cover perbelanjaan untuk 6 bulan sahaja. Majoriti orang Malaysia tiada asset hartanah.

#Berdasarkan pengamatan den yang tak seberapa nih masih ramai juga orang Malaysia yang tidak mempunyai simpanan pun, let alone financial asset dan hartanah.

Banyak lagi isu yang dikupas oleh penulis buku nih yang faktanya menyebabkan hati den terhiris, etc tetapi tak dapat den nak meringkaskan buku ini dengan baik sebab ianya begitu real. So kena la baca sendiri ye.

Ada pelbagai cadangan yang disarankan oleh penulis buku yang sewajarnya diambil maklum dan diberi pertimbangan untuk tindakan lanjut oleh Kerajaan bagi menjamin kelangsungan dan keharmonian rakyat Malaysia. Bumiputera terutamanya orang Melayu juga dimohon untuk bermuhasabah diri dan mengambil tindakan sewajarnya supaya tidak terpinggir dari tanah air sendiri.

Kalau bukan kerana member den yang meminjamkan buku ini dan mengarahkan supaya den membaca buku ni, in sya Allah memang den tidak akan membaca buku ni sebab buku seumpama ini (yang penuh fakta dan sangat heavy) tidak termasuk dalam genre buku yang den akan baca. Dah la buku ilmiah, dalam Bahasa Inggeris plak tuh kan, memang mencabar minda sungguh nak baca. Terima kasih kawan.

Walau bagaimana pun, den bersyukur sangat sebab ada rezeki berpeluang membaca buku nih sebab ianya sangat bermanfaat dan membuka mata den di dalam menilai wealth dan merancang masa depan yang lebih tersusun dan berhemah especially untuk anak-anak den yang masih kecil tuh dan retirement mapping untuk den dan buong.

Memang benar hakikat kekayaan tidak boleh dibawa ke kubur tetapi kekayaan diperlukan untuk kelangsungan hidup supaya kita sebagai umat Islam lebih dapat menyumbang kepada pembangunan ummah termasuk meningkatkan kadar bayaran zakat, bersedekah, wakaf, etc. Even kalau kita dengar ceramah tentang kisah perjuangan Nabi Muhammad s.a.w, isteri baginda iaitu Siti Khatijah serta sahabat baginda seperti Saidina Abu Bakar, Saidina Uthman bin Affan serta Abdul Rahman bin Aouf berupaya menyumbang kepada perkembangan agama Islam dengan kekayaan mereka.

Bila den dah follow pengarang buku nih di instagram beliau, baru den tau buku nih ada dalam Bahasa Melayu dengan tajuk Antara Dua Darjat : Agihan Pendapatan Di Malaysia tapi kalau den tau terawal pun pasal buku nih pun, den sure tak akan beli.

Bagi den buku ini sewajarnya dibaca oleh semua orang sebab ianya sangat membantu kita untuk bermuhasabah diri lagi-lagi dengan perkembangan ekonomi, sosial (lambakan pekerja asing, masalah sosial, etc) dan politik semasa di Malaysia ini.

0 Comments